WEDGE BUKA CAWANGAN KEDUA BERKONSEPKAN GAYA HIDUP GOLF DI PETALING JAYA


Wedge, jenama pertama dalam menggabungkan golf dengan pelbagai pengalaman menyeronokkan, dengan bangganya melancarkan tawaran terbarunya, Wedge Range Golf Bar & Social Club. Terletak berdekatan Lebuhraya Persekutuan di Jalan 225 di Boulevard 51, Petaling Jaya, Wedge berusaha untuk menarik minat lebih ramai lagi orang untuk bermain golf. Simulasi padang golf indoor yang cukup bergaya ini merupakan pengalaman sosial sehenti bertemakan sukan golf - lengkap dengan teknologi terkini, pelbagai pilihan koktel yang mengujakan, makanan lazat, dan alunan muzik dari DJ residen serta persembahan kumpulan muzik live.

Sebagai kesinambungan kepada cawangannya di Desa Sri Hartamas yang meraih kejayaan - Wedge Lounge - Wedge Range menjadi tempat di mana ayunan golf bertemu pengalaman sosial santai, berlatar belakangkan rentak irama yang mengasyikkan. "Kami bukan sekadar mencipta destinasi terbaik untuk golf; kami merapatkan jurang yang dahulunya menjauhkan orang ramai daripada permainan hebat ini. Malah, kami percaya golf sepatutnya terbuka kepada semua. Oleh itu, kami mencipta kemudahan di mana pemain golf pemula akan merasa selesa seperti pemain golf profesional. Kami menetapkan standard baru untuk masa depan hiburan golf di Malaysia," kata Tom Sarginson, Ketua Pegawai Eksekutif Wedge.

Wedge Range menawarkan 13 Swing Bays yang bergaya, dilengkapi dengan teknologi penjejakan bola terkini daripada Uneekor dan perisian permainan dari Inrange. Dengan teknologi canggih ini, kemudahan latihan dan padang golf bertaraf dunia yang dibawakan menjadi hidup; membolehkan pemain golf baru mahupun profesional sama-sama menikmati permainan ini dengan gaya masing-masing. Bagi mereka yang mahukan lebih privasi, 4 Suite Premium menawarkan pengalaman mewah dengan segala kelengkapan yang anda inginkan untuk waktu santai bersama rakan, keluarga, atau rakan sekerja.


"Dengan menggabungkan kemampuan penjejakan bola daripada pembekal teknologi terkemuka, Uneekor, diganding pula dengan pakar perisian rangkaian pemanduan, Inrange, kami telah mencipta tempat yang menawarkan dwi-manfaat buat para pengunjung. Pertama, pemain golf yang serius boleh menggunakan data yang tepat pada masa nyata agar mereka dapat berlatih dengan tujuan tertentu, mendapatkan handicap online, dan meningkatkan permainan mereka. Kedua, dari segi sosial, perisian permainan pelbagai pemain (multi-player) menawarkan permainan yang mengujakan untuk kawan-kawan dan rakan sekerja yang datang beramai-ramai untuk berseronok," kata Desmond See, Ketua Pegawai Operasi Wedge.

Wedge Range juga mempunyai akademi PGA yang diketuai oleh jurulatih terkenal, Francois Van Zyl, yang menawarkan pembelajaran interaktif kepada semua pemain golf. Selain itu, bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran memasukkan bola atau mencabar rakan-rakan dalam permainan ini, kawasan bar turut menawarkan padang golf tiruan dengan banyak lubang, sebesar 450 kaki persegi.

Namun, tempat ini bukanlah tentang golf semata-mata! Komuniti adalah keutamaan buat Wedge, yang jelas terbukti dalam pelbagai acara mingguan sosial, pertandingan online, kejohanan pasukan, malam permainan, promosi happy hour, dan sesi muzik live. Wedge Range juga mempunyai zon permainan interaktif dengan darts elektronik dan ping pong mini, di samping pentas muzik live dan 30 skrin LED untuk menonton sukan secara langsung.

Ada rancangan untuk berparti? Wedge Range adalah tempatnya untuk menganjurkan majlis korporat, majlis hari jadi yang meriah, mahupun parti bachelor atau bachelorette yang takkan dilupakan. Dengan katering yang mengikut cita rasa peribadi dan pengurus acara yang berpengalaman, Wedge Range menawarkan sebuah pengalaman yang akan dikenang sehingga bila-bila, untuk majlis anda yang akan datang!

"Setelah mengkaji pasaran golf indoor di KL dan kawasan sekitarnya, kami menyedari bahawa adanya ‘ruang’ dalam pasaran ini untuk tempat yang menitikberatkan aspek sosial yang turut mengetengahkan reka bentuk dan gaya. Satu tempat di mana pemain golf generasi baharu dan mereka yang memburu pengalaman unik berasa selasa seperti di rumah sendiri, tak kiralah ketika memukul bola di Swing Bays atau bersantai dengan rakan-rakan di Bar," jelas Ricki Van Rensburg, Ketua Pegawai Pengalaman di Wedge.

Wedge Range, seperti cawangan sulungnya, adalah lambang pengalaman sosial yang bertemakan golf; menggabungkan teknologi, makanan dan minuman, serta hiburan. Namun, ini hanyalah permulaan - dengan lebih banyak tempat yang kini dalam perancangan, Wedge bersedia sepenuhnya untuk menjadikan golf menyeronokkan, mudah diakses, dan menarik. Akhirnya, lebih ramai orang akan bermain golf!

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi https://wearewedge.com/.

Ikuti Wedge di media sosial untuk berita menarik dan acara yang akan datang.

 

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN