ZURICH MALAYSIA MENINGKATKAN SOKONGAN TERHADAP KOMUNITI KURANG BERKEMAMPUAN DENGAN SUMBANGAN ZAKAT RM60,000 KEPADA YAYASAN EZ PRIHATIN
Zurich Malaysia, melalui cabang takaful am Zurich, meneruskan komitmennya bagi membantu komuniti kurang berkemampuan di negara dengan menyalurkan zakat berjumlah RM60,000 kepada Yayasan EZ Prihatin (YEZP). Sumbangan ini selaras dengan kempen jenama Zurich Malaysia ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’ dan dedikasinya untuk mencetuskan impak positif dalam masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Berhad (ZGTMB), Shamsul Azman, berkata, “Dalam persekitaran ekonomi yang mencabar hari ini, kami mengiktiraf dan berempati dengan keperluan masyarakat, serta cabaran yang dihadapi oleh golongan kurang berkemampuan. Kami berbesar hati untuk menyokong YEZP dalam usaha mereka untuk menambahbaik kehidupan dan membantu golongan yang memerlukan di seluruh Malaysia. Kami akan memastikan pelaksanaan kewajipan zakat kami untuk cabang Zurich takaful keluarga dan takaful am kami. Semoga sumbangan sederhana kami akan meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga-keluarga kurang berkemampuan.”
Zurich Malaysia secara konsisten terlibat dalam pelbagai inisiatif yang menyasarkan pemuliharaan alam sekitar, program literasi kewangan, usaha tebatan banjir dan aktiviti keterlibatan komuniti. Sementara itu, YEZP juga melangkah jauh dalam usaha memberi sokongan pendidikan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada komuniti terpinggir. Usaha kolektif ini bukan hanya menyerlahkan strategi global Zurich untuk memupuk komuniti yang lestari, tetapi juga mencerminkan impak tanggungjawab sosial korporat yang bermakna ke arah pembentukan masyarakat yang lebih inklusif dan positif.
Untuk maklumat terkini tentang usaha berterusan Zurich Malaysia dalam menyokong komuniti kurang berkemampuan di seluruh negara dan #LindungiSegalaPerkaraYangBermakna, layari https://www.zurich.com.my/en/care-for-what-matters. Untuk mengetahui berita, acara terkini dan inisiatif masa depan, kunjungi laman Zurich Malaysia di Facebook, Instagram dan X.
Comments
Post a Comment