BAZAR MERDEKA MR D.I.Y. MENYEMARAKKAN KEBANGGAAN, PERPADUAN, DAN KEGEMBIRAAN RAKYAT MALAYSIA


Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], akan menjadikan sambutan Hari Merdeka lebih istimewa dengan Bazar Merdeka anjurannya, ‘Bersama Satu Suara’.

Bazar selama tiga hari yang merupakan bazar pertama oleh peruncit tempatan tersebut, berlangsung dari Jumaat, 30 Ogos 2024 hingga Ahad, 1 September 2024, di PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Bazar itu menampilkan lebih daripada 100 gerai vendor makanan tempatan yang paling popular di Malaysia serta produk daripada jenama Kumpulan MR D.I.Y. sendiri - MR D.I.Y., MR. TOY, EMTOP, dan MR. DOLLAR. Terdapat juga aksesori buatan tangan, alat tulis, kosmetik, dan kraf yang kebanyakan dihasilkan oleh usahawan dan peniaga tempatan, serta permainan yang menyeronokkan, bengkel kreatif dan persembahan menarik.

Salah satu tarikan utama Bazar ini ialah Galeri Perpaduan, sebuah pameran seni yang memaparkan hasil karya beberapa artis muda yang berbakat besar dari Malaysia.

Lebih menarik lagi ialah persembahan istimewa oleh selebriti Alif Satar & The Locos, Jaclyn Victor, dan Priscilla Abby, yang akan menyanyikan secara langsung buat kali pertama lagu patriotik ‘Bersama Satu Suara’ yang diilhamkan oleh MR D.I.Y.. Persembahan ini akan berlangsung pada 31 Ogos 2024 jam 8:30 malam.


Mengulas mengenai Bazar ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “‘Bersama Satu Bazaar’ meraikan kebanggaan dan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia dalam satu acara yang menyeronokkan dan menghiburkan. Segala aktiviti yang telah disediakan menjanjikan sesuatu yang menarik untuk semua orang dan akan mencipta kenangan yang bermakna bagi setiap pengunjung - menjadikan ia cara yang indah untuk meraikan negara Malaysia dan menghargai keistimewaan kita sebagai rakyat Malaysia.”

Goh berkata MR D.I.Y. mencetuskan idea Bazar ini untuk menyediakan sebuah platform kepada vendor, usahawan, artis, dan penghibur tempatan untuk berkumpul dan mempamerkan bakat serta produk mereka, sambil menyediakan pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan untuk rakyat Malaysia.

“Persembahan secara langsung lagu ‘Bersama Satu Suara’ yang kami hasilkan dan pameran seni Galeri Perpaduan menjadikan acara ini lebih bermakna, kerana ia meraikan perpaduan, kepelbagaian, dan kreativiti semua rakyat Malaysia. DNA unik Malaysia ini amat kami hargai di MR D.I.Y, dan ini adalah cara kami untuk berkongsi penghargaan tersebut dengan semua rakyat Malaysia. Hebahkan acara ini dan jemputlah datang bersama keluarga dan rakan-rakan; kami sangat teruja untuk meraikan ulang tahun ke-67 Malaysia bersama anda,” tambah beliau.

1,000 pengunjung pertama yang melengkapkan cabaran Pasport Bazar setiap hari akan menerima beg tote percuma. Mereka juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM12,000.


Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Bersama Satu Bazaar’ MR D.I.Y, layari https://www.mrdiy.com/promotion/mrdiy-bersama-satu-bazaar-2024.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MR D.I.Y, layari mrdiy.com, mrdiy.com.my dan ikuti jenama ini di Facebook, Instagram, dan TikTok.

Comments

Popular posts from this blog

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KENALI ISMAIL ZAIN DALAM PAMERAN “MEMBAYANG MAKSUD”

PONTIANAK 200KG - FILEM KOMEDI PALING BERAT ABAD INI BAKAL MENGGIGIT DI PAWAGAM MULAI 5 SEPTEMBER