KARNIVAL JUALAN MEGA PERTENGAHAN TAHUN SKYAVENUE DI RESORTS WORLD GENTING BERAKHIR DENGAN HADIAH BERNILAI RM128,000 UNTUK PELANGGAN BERTUAH


Karnival Jualan Mega Pertengahan Tahun SkyAvenue yang berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Julai 2024 telah melabuhkan tirainya dengan majlis cabutan bertuah yang gilang-gemilang di Times Square, SkyAvenue. 

Acara yang penuh meriah ini telah diadakan pada 10 Ogos jam 3 petang, dan turut diserikan dengan kehadiran Encik Mokhtaruddin Dahiri. Penolong Pengarah Wilayah Tourism Malaysia. Kempen selama 47 hari ini, yang dilaksanakan dengan kerjasama Tourism Malaysia, bertujuan untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang istimewa dan menghargai pelanggan setia SkyAvenue. 

Pelanggan berpeluang menyertai cabutan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM128,000. Untuk menyertai cabutan ini, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM300 untuk ahli Genting Rewards atau RM350 bagi bukan ahli Genting Rewards, dengan gabungan maksimum dua resit. 

“Kami amat teruja dengan sambutan luar biasa daripada orang ramai terhadap Karnival Jualan Mega dengan semangat dan penyertaan pelanggan yang mengagumkan. Kami juga bersemangat untuk terus menyediakan pengalaman membeli-belah yang hebat dengan lebih banyak acara seperti ini di masa hadapan. Kami ingin merakamkan penghargaan kepada lebih daripada 350 penyewa yang telah mempercayai kami sejak awal,” kata Encik Yeap Chin Chong, Ketua Penyewaan di Resorts World Genting. 

Encik Mokhtaruddin Dahiri turut menyokong acara ini dengan menyatakan, "Acara seperti Karnival Jualan Mega bukan sahaja memacu industri peruncitan, tetapi juga meningkatkan pengalaman pelancongan di Malaysia secara keseluruhan. Penyertaan yang meriah dan kesan positif terhadap ekonomi kita adalah sangat menggalakkan." 

Pelanggan bertuah telah menerima hadiah-hadiah hebat, termasuk hadiah utama seperti baucar tunai pelayaran Genting Dream bernilai RM12,538 dan RM9,158, TV LED Sony X90L siri (75”) Full Array, barangan elektronik Dyson, gajet Apple, serta pelbagai baucar lain dengan keseluruhan hadiah cabutan bertuah melebihi 80 hadiah. Kempen yang berjaya ini hanyalah permulaan. Pelanggan boleh menantikan jualan hujung tahun yang akan datang dan Karnival Jualan Mega seterusnya di RWG SkyAvenue. 

Untuk peluang menjadi pemenang bertuah seterusnya, ikuti kami melalui social media di @skyavenue_official dan layari rwgenting.com.

Comments

Popular posts from this blog

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KENALI ISMAIL ZAIN DALAM PAMERAN “MEMBAYANG MAKSUD”

PONTIANAK 200KG - FILEM KOMEDI PALING BERAT ABAD INI BAKAL MENGGIGIT DI PAWAGAM MULAI 5 SEPTEMBER