PAMERAN ANIMASI ‘JUJUTSU KAISEN’ KINI TIBA DI FAHRENHEIT88


Peminat siri anime terkenal, Jujutsu Kaisen di Malaysia bakal disajikan dengan pengalaman istimewa apabila Animation ‘Jujutsu Kaisen’ Exhibition atau Pameran Animasi ‘Jujutsu Kaisen’ dibuka hari ini sehingga 20 Oktober 2024 di Fahrenheit88, Bukit Bintang. Pameran yang penuh mengasyikkan ini akan menampilkan lebih 100 pameran eksklusif yang diimport dari Jepun, menyerlahkan kemahiran artistik yang terdapat pada animasi Jujutsu Kaisen.

Pengunjung Pameran Animasi ‘Jujutsu Kaisen’ akan dibawa menyelusuri tengah bandar Tokyo seperti yang digambarkan di dalam anime, menerusi replika terperinci lokasi utama, patung bersaiz sebenar dan potongan karakter kegemaran, serta gambaran eksklusif belakang tabir proses penghasilan. Peminat juga akan mendapat peluang istimewa untuk merasai sendiri kesenian dan penceritaannya yang telah memikat jutaan peminat seluruh dunia.


Kupasan Pameran

Pameran Animasi ‘Jujutsu Kaisen’ di Malaysia mempamerkan empat bab utama berdasarkan siri tersebut, yang berjudul “Cursed Womb Must Die”, “Small Fry and Reverse Retribution”, “Kyoto Sister School Goodwill Event”, dan “The Origin of Blind Obedience”. Imbasan semula beberapa momen yang paling diingati dalam anime ini pasti akan membawa peminat kembali ke permulaan, untuk merasai semula keseronokan, kesedihan, dan ketegangan yang pernah dialami.

Antara bahagian dalam Pameran ‘Jujutsu Kaisen’ yang sering disebut-sebut adalah bahagian manuskrip animasi, yang memaparkan lebih 100 lukisan garisan aksi watak dan tetapan karakter utama. Pelbagai butiran yang terperinci dalam manuskrip kertas ini pasti akan menarik perhatian peminat, yang boleh membuat mereka berhenti untuk mengagumi hasil kerja pencipta animasi ini. Bahagian ini juga memaparkan temubual bersama beberapa ahli kumpulan animasi MAPPA, seperti pengarah berbangsa Korea, Park Sunghoo, yang berkongsi tafsirannya sendiri mengenai kisah anime itu. Pandangannya itu akan memberikan peminat kefahaman yang lebih mendalam tentang penghasilan dan perjalanan kisah Jujutsu Kaisen.

Sebagai jawapan kepada maklum balas peminat, Pameran Animasi ‘Jujutsu Kaisen’ Malaysia menawarkan zon gambar istimewa seperti yang dipamerkan di pameran di Taiwan dan Hong Kong. Zon-zon ini membenarkan peminat untuk melihat secara lebih dekat dan berinteraksi secara peribadi dengan model bersaiz sebenar 1:1 bagi watak-watak kesayangan seperti Gojo Satoru, Itadori Yuji, Sukuna, dan banyak lagi. Peluang bergambar ini memberi peluang kepada peminat untuk berinteraksi secara dekat dengan karakter kegemaran, sekaligus merasai kehadiran mereka.

Tambahan pula, pameran ini mempamerkan pelbagai latar yang diilhamkan daripada babak ikonik dalam Jujutsu Kaisen, yang membolehkan peminat untuk menyelami sendiri dunia anime tersebut. Pameran ini bertujuan untuk memberikan nafas buat babak-babak tersebut, di mana pengunjung juga dapat meneroka suasana penting dalam siri tersebut secara terperinci, sekaligus merasai suasana dan perasaan dalam momen istimewa itu secara langsung.

Jari Sukuna - Jangan risau, ia diperbuat daripada coklat dan boleh dimakan 

Di hujung pengembaraan mereka, pengunjung akan disambut dengan bahagian barangan pameran yang menawarkan pelbagai jenis cenderamata di kedai pameran. Terdapat barangan eksklusif yang diimport khas dari Jepun serta pameran Taiwan dan Hong Kong yang hanya boleh didapati dari kedai pameran ini. Tambahan pula, terdapat pelbagai produk pesanan eksklusif buat pameran Jujutsu Kaisen Malaysia seperti lanyard, poster premium, kad tiket edisi khas, dan alat tulis dan aksesori Prison Realm yang hangat di pasaran. Para peminat boleh membeli cenderamata dengan harga bermula dari RM9.90.

Terdapat juga hidangan dan minuman lazat yang dicipta untuk mewakili karakter dalam Jujutsu Kaisen yang dihasilkan dengan kerjasama bersama Souled Out Café. Ia menampilkan menu yang direka untuk mencerminkan beberapa watak ikonik Jujutsu Kaisen seperti Itadori Mango Mint, Nobara Sparkling Orange, Hanami Tempura Salad, Gojo Chicken Curry, Toge Yakitori Don, dan banyak lagi. Harga makanan dan minuman bermula dari RM10.

Antara sorotan utama dan item yang wajib dibeli ialah coklat Jari Sumpahan Sukuna yang dihasilkan bersama Chocolate Concierge. Koleksi coklat ini diilhamkan oleh dunia gelap dan misteri Jujutsu Kaisen, dengan setiap keping coklat dihasilkan dengan begitu terperinci, untuk menghasilkan jari sumpahan Sukuna dan kehadiran berkuasanya.

Pameran Animasi ‘Jujutsu Kaisen’ Malaysia dibawakan oleh pakar inovatif di Moments Experiential di bawah Colony Group. Acara ini juga adalah kolaborasi bersama Trendic dan Incubase Studio, dan dilesenkan di bawah TOHO dan Medialink. Pameran ini juga disokong oleh AniManGaki, yang memastikan pengalaman terbaik untuk semua pengunjung serta peminat-peminat tegar dan orang ramai. “Kami sangat teruja untuk membawa pameran sebesar ini untuk siri popular ke Malaysia buat pertama kalinya! Pasukan kami sudah bertungkus lumus untuk memperkenalkan harta intelek (HI) Jujutsu Kaisen di pasaran Malaysia, membolehkan peminat setia untuk merasai sendiri secara langsung,” ujar Eelynn Kong, Ketua Pegawai Strategik di Moments Experiential.

Tambahnya lagi, “Kami ingin mencipta pengalaman yang tiada tandingan. Apatah lagi, kini kita hidup dalam era baharu di mana kreativiti boleh dirangsang dengan teknologi dan sedikit kemahiran untuk menghasilkan sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Tidak kira sama ada kami bekerjasama dengan HI besar seperti Jujutsu Kaisen atau jenama tempatan, pasukan kami melangkaui batasan konvensional untuk berhubung dengan generasi baharu. Pameran ini adalah sebuah batu loncatan bagi Moments Experiential untuk terus berkembang bersama jenama dan HI lain, sekaligus membantu mereka merealisasikan visi mereka untuk meninggalkan kesan yang mendalam.”


Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman rasmi Pameran Animasi ‘Jujutsu Kaisen’ Malaysia di Facebook dan Instagram.

Tiket untuk pameran tersebut boleh didapati di Ticket2u, Klook, dan Incutix.



Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA