PAVILION KUALA LUMPUR & ISTANA BUDAYA JALIN KERJASAMA SEMPENA SAMBUTAN HARI MERDEKA KE-67 DENGAN ACARA ‘PAVILION LOVES SUSTAINABILITY’


Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke- 67 dengan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka,’ Pavilion Kuala Lumpur telah melancarkan kempen Merdeka dengan kerjasama jangka panjang bersama Istana Budaya – menandakan jalinan kerjasama yang bermakna dalam mempromosikan seni dan budaya, dan pada masa yang sama menggalakkan warga Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup lestari.

Acara pop-up ‘Pavilion Loves Sustainability’ juga kembali buat tahun kedua. Para pengunjung dialu-alukan untuk meneroka pelbagai aktiviti yang disediakan di Centre Court Pavilion Kuala Lumpur bermula 12 sehingga 18 Ogos 2024. Acara ini disokong oleh Maybank, Istana Budaya, dan Spritzer, bersama pelbagai penyewa yang mesra alam.


Sebagai satu langkah ke arah kelestarian alam, Pavilion KL menamatkan penggunaan botol plastik sekali guna untuk acaranya secara berperingkat dengan memperkenalkan botol biodegradasi  oleh FLOW. Dengan pensijilan boleh dikomposkan di rumah daripada Persatuan Bioplastik Australasia, botol-botol ini diperbuat daripada bahan boleh biodegradasi 100% — serat tumbuhan, minreal semula jadi, kanji dan pelekat yang dipatenkan. 


Botol tersebut boleh dikomposkan di rumah, mereput secara semula jadi di tapak pelupusan sampah atau diinsinerasi. Botol FLOW boleh mereput dalam masa 180 sehingga 360 hari berbanding dengan plastik sekali guna yang mengambil masa kira-kira 450 tahun untuk mereput. 


Para pengunjung boleh menebus sebiji botol FLOW dengan pembelian  RM300 dan ke atas (atau RM150 dengan kad kredit atau kad caj Maybank) dalam satu resit di kedai terpilih dan juga F&B. Pengunjung berpeluang untuk membawa pulang pokok dari  Midorie dan The Body Shop, yang bakal menyumbangkan  400 dan 500 tumbuhan masing-masing, pada hujung minggu 17 dan 18 Ogos.

Pelbagai aktiviti mesra-alam juga disediakan sepanjang tempoh acara ‘Pavilion Loves Sustainability’. 
Antaranya: 
  • DIY Station by Packaton: Melukis dan mewarna beg kertas yang tidak mudah koyak untuk pengalaman beli-belah yang lebih lestari.
  • LUSH: Kenali produk-produk yang beretika, bebas kekejaman dan mesra vegan.
  • PUMA x FIRST MILE Collection: Dapatkan koleksi mesra-alam yang diperbuat daripada bahan mampan dan plastik kitar semula.
  • DÔME Café: Tebus tumbuhan succulent dengan setiap pembelian dan nikmati permainan Gashapon.
  • The Body Shop: Kenali pelbagai produk penjagaan kulit dari sumber yang mampan. Sertai aktiviti menanam pokok (12-16 Ogos), dan pemberian percuma pokok (17-18 Ogos).
  • Bath & Body Works: Dapatkan baucar diskaun 10% dengan mengembalikan botol produk yang telah diguna.
  • Nespresso: Saksikan produk yang diperbuat daripada kapsul kopi yang dikitar semula dan sertai cabutan bertuah.
  • Hydro Flask Malaysia: Kembalikan botol lama untuk mendapatkan diskaun bagi pembelian botol Hydro Flask.
  • Origins: Sertai program kitar semula dan dapatkan sampel dan sesi urut tangan dengan percuma.
  • National Geographic Apparel: Dapatkan pakaian kembara dengan sebahagian keuntungan disalurkan kepada badan tidak berasaskan keuntungan, National Geographic Society.

Siri ‘Plastics Reimagined’ Spritzer

Spritzer mempersembahkan beberapa instalasi seni yang menggunakan bahan-bahan kitar semula dan menampilkan pengkarya tempatan seperti Artsy Daphy dan co2_karbondioksida.

  
Dapatkan ganjaran daripada Spritzer dalam inisiatif ‘Recycle and Get’  

Saksikan karya seni yang menarik di Spanish Steps, sempena sambutan  Hari Merdeka yang ke-67. Instalasi seni ini dihiasi menggunakan  tumbuhan Midorie dan bahan kitar semula — denim untuk biru, karton telur untuk kuning, botol untuk putih, dan pinggan kertas untuk merah — mencerminkan warna-warna bendera Jalur Gemilang.  
 
Persembahan oleh Istana Budaya yang melibatkan Orkestra 24 anggota dan kumpulan koir.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ‘Pavilion Loves Sustainability’ Pavilion KL, sila layari www.pavilion-kl.com atau hubungi kaunter concierge Pavilion Kuala Lumpur di talian 03 2118 8833. Anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini dengan mengikuti laman Facebook, X/ Twitter atau Instagram Pavilion Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KENALI ISMAIL ZAIN DALAM PAMERAN “MEMBAYANG MAKSUD”

PONTIANAK 200KG - FILEM KOMEDI PALING BERAT ABAD INI BAKAL MENGGIGIT DI PAWAGAM MULAI 5 SEPTEMBER