ACO LAB MEMBAWA PENGALAMAN CRAYON SHIN-CHAN RASMI PERTAMA KE MALAYSIA


ACO Lab mengumumkan pelancaran Pengalaman Crayon Shin-Chan pertama di Malaysia — satu acara pengalaman imersif yang menghidupkan dunia Crayon Shin-Chan yang digemari ramai.

Selepas kejayaan Pengalaman Jujutsu Kaisen, ACO Lab dan ACO Media kembali memukau peminat dengan tema istimewa yang bakal membawa pengunjung mengimbau semula kenangan zaman kanak-kanak mereka!

Pengalaman Crayon Shin-Chan
Tarikh: 14 September 2024 (Sabtu) - 10 Disember 2024 (Selasa)
Masa: 10AM – 10PM, Isnin hingga Ahad
Tempat: Pavilion Bukit Jalil, Tingkat 3 (Pink Zone), Lot 3.102, 3.103 & 3.58

Crayon Shin-Chan, budak nakal yang telah menawan hati ramai orang dengan lebih 1,000 episod dan 148 juta naskhah manga yang diedarkan, akan tiba di Malaysia dengan tiga kawasan di ACO Lab.

Pengalaman yang unik ini akan menampilkan sentuhan inspirasi Van Gogh, menggabungkan dunia Shin-Chan dengan gaya artistik ikonik Van Gogh, mencipta pengalaman yang menawan dan tidak dapat dilupakan!

Jelajahi Pengalaman Crayon Shin-Chan:


[Anime Café]
Bersedia untuk merasai pengembaraan kulinari yang luar biasa di ACO Lab Anime Café. Nikmati hidangan yang diilhamkan khas oleh watak-watak kegemaran anda dari Crayon Shin-Chan. Daripada sajian utama yang lazat, minuman yang menyegarkan hingga pencuci mulut yang tidak dapat ditolak, setiap hidangan disediakan dengan penuh kasih sayang dan perhatian terhadap perincian, memberikan pengalaman yang lazat dan imersif untuk semua peringkat umur.

[Zon Foto Imersif]
Melangkahlah ke dalam dunia Crayon Shin-Chan dengan lebih daripada lima zon foto yang direka dengan teliti. Setiap zon menangkap intipati anime, menggabungkan kenangan zaman kanak-kanak dengan gaya artistik. Rasai detik dekat bersama Shin-Chan dan rakan-rakannya, serta abadikan gambar dan video yang pasti menjadi kenangan sepanjang hayat!


[Kedai Merchandise]
Lawatan anda ke Pengalaman Crayon Shin-Chan pasti tidak lengkap tanpa singgah di Kedai Merchandise ACO Lab. Terokai lebih daripada 100 merchandise eksklusif Crayon Shin-Chan berlesen rasmi – daripada koleksi sehingga pakaian. Sama ada anda mencari cenderamata unik atau hadiah yang sempurna untuk rakan-rakan, kedai ini adalah syurga barangan yang wajib dimiliki dan sukar ditemui di tempat lain.

Tandakan Kalendermu! Pakej Pengalaman Crayon Shin-Chan akan tersedia untuk pembelian bermula dari 26 Ogos 2024 (Isnin), 12PM (MYT) melalui Ticket2U (www.ticket2u.com.my). Pastikan tempat anda dan bersedia untuk pengembaraan yang akan menghidupkan semula kenangan dan kenakalan zaman kanak-kanak anda!

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila follow media sosial rasmi ACO LAB:


Butiran Pakej Kad Cenderahati

✦ PAKEJ RM25
✧ Tiket Kemasukan Zon Foto Tunggal
✧ Kad Cenderahati
✧ Minuman Bertema Shin-Chan
✧ Pelapik Cawan

✦ PAKEJ RM50
✧ Tiket Kemasukan Zon Foto Tunggal
✧ Kad Cenderahati
✧ Sajian Utama Bertema Shin-Chan
✧ Gelas
✧ Kad Aktiviti
✧ Kad Koleksi (*akan diberikan selepas kad aktiviti diselesaikan)

✦ PAKEJ RM80
✧ Tiket Kemasukan Zon Foto Tunggal
✧ Kad Cenderahati
✧ Set Makanan Bertema Shin-Chan (x1 Sajian Utama, x1 Minuman dan x1 Pencuci Mulut)
✧ Pelapik Cawan
✧ Gelas
✧ Kad Aktiviti
✧ Kad Koleksi (*akan diberikan selepas kad aktiviti diselesaikan)
*Hadiah percuma akan diberikan secara rawak

**Harga tidak termasuk Caj Tiket




Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA