10 SEBAB ANDA AKAN JATUH CINTA DENGAN LAMPU CERMIN SOLEK PHILIPS
Signify Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Philips Lighting) telah memperkenalkan Lampu Cermin Solek Philips (Makeup Mirror Light). Dengan rekaan yang anggun dan ciri-ciri berprestasi tinggi, lampu ini bakal menjadi satu keperluan anda di meja solek bagi menyerlahkan lagi kecantikan anda! Jom kita ketahui 10 sebab mengapa lampu ini pastinya akan menawan hati anda!
1. Reka Bentuk Teguh dan Intuitif
Lampu Cermin Solek Philips ini direka untuk tahan ujian masa. Pembinaannya yang kukuh, diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, menjamin prestasi yang tahan lebih lama.
Reka bentuk lampu mengutamakan pengalaman pengguna, menjadikannya sangat mudah untuk dikendalikan dengan kawalan intuitif. Sama ada untuk melaraskan keamatan cahaya atau menukar warna cahaya, prosesnya mudah dan tanpa sebarang kerumitan.
2. Anggun
Lampu Cermin Solek Philips direka bentuk untuk melengkapkan pelbagai gaya dalaman. Rekaan minimalisnya menarik minat mereka yang inginkan gaya yang ringkas dan moden, manakala ia juga fleksibel untuk dipadankan dengan hiasan yang lebih eklektik atau maksimal.
3. Dilengkapi Sumber Cahaya LED yang Terang
Di bingkai cermin, sumber cahaya LED berprestasi tinggi tanpa menjejaskan keselesaan mata membolehkan anda berdandan dengan lebih sempurna. Teknologi LED ini adalah tahan lama dan menjimatkan masa serta wang anda. Penyelesaian cekap tenaga ini juga lebih mesra alam.
4. Pelarasan Cahaya yang Mudah
Kawalan pencahayaan terletak di hujung jari anda! Keamatan cahaya boleh dilaraskan dengan mudah agar sepadan dengan keperluan dan juga pencahayaan persekitaran di mana anda berada. Ciri yang fleksibel membolehkan anda mendapat pencahayaan yang optimum untuk solekan anda setiap masa.
5. Sudut yang Boleh Dilaraskan
Sudut cermin boleh dilaraskan mengikut pandangan bagi membolehkan anda melihat solekan anda dengan mudah.
6. EyeComfort untuk Keselesaan Mata
Philips komited untuk melindungi kesihatan penglihatan anda, dan lampu ini menjadi bukti terhadap komitmen tersebut. Ia telah diuji dan memperolehi pensijilan yang ketat untuk memenuhi piawaian tertinggi bagi keselesaan dan keselamatan mata si pengguna.
7. Perubahan Warna SceneSwitch
Dengan adanya ciri perubahan warna SceneSwitch, anda boleh mengubah warna cahaya agar bersesuaian untuk solekan anda. Pilihan di hujung jari anda - Warm White, Cool White and Natural White.
8. Reka Bentuk Mudah Alih
Sama ada di bilik mandi, di meja solek atau di bilik hotel, rekaannya yang padat dan ringan menjadikannya sesuai untuk dipindahkan ke mana sahaja anda berada. Lampu ini dilengkapi bateri lithium-ion yang boleh dicaj semula 3000 mAh. Ia juga didatangi dengan beg jerut baldu untuk memudahkan anda membawanya.
9. Jangka Hayat Yang Panjang
Lampu LED Philips sememangnya telah dipercayai oleh orang ramai. Dengan anggaran jangka hayat sehingga 15,000 jam, lampu ini direka cipta untuk tahan lama dan juga menjimatkan masa serta wang anda. Lampu ini juga direka untuk mengekalkan kualiti cahaya yang konsisten sepanjang jangka hayatnya.
Lampu LED adalah sejenis lampu efisien tenaga yang mana akan menukar sebahagian besar tenaga elektrik menjadi cahaya, bukan haba. Sebaliknya, mentol lampu tungsten tradisional mengubah sebahagian besar tenaga elektrik menjadi haba, menyebabkan pembaziran tenaga.
Serlahkan kecantikan anda dengan Signify. Dapatkan Lampu Cermin Solek Philips di Stor Online Rasmi Signify: Philips Lighting Store Malaysia (Lazada) hari ini!
Comments
Post a Comment