RAIKAN MERDEKA DENGAN REDBUS: TEROKAI 67 LALUAN BAS MENARIK DAN RAIH KEMENANGAN BESAR!
Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-67, apa cara yang lebih baik untuk menyertai perayaan ini selain daripada meneroka keindahan yang berpelbagai dinegara yang menakjubkan ini? Dalam semangat Merdeka, kami teruja untuk membawa anda dalam perjalanan yang tidak dapat dilupakan di seluruh Malaysia, memaparkan 67 laluan bas yang meriah yang pasti akan membangkitkan semangat pengembaraan dan kebanggaan nasional anda.
Daripada perjalanan ditepi pantai yang menakjubkan hingga hab budaya yang sibuk dan destinasi makanan yang menggoda, laluan-laluan ini menawarkan peluang unik untuk mengalami kekayaan warisan dan keindahan pemandangan Malaysia.
Bagi menandakan Merdeka, redBus mengajak anda untuk menerokai semula permata-permata tersembunyi atau ‘hidden gems’ dan mercu tanda ikonik Malaysia dari 29 Ogos hingga 17 September dengan diskaun eksklusif 67% untuk laluan bas dan feri, dan juga pelbagai aktiviti! Manfaatkan tawaran perjalanan istimewa ini dan mulakan perjalanan yang meraikan landskap pelbagai dan budaya meriah Malaysia.
Selami tradisi tempatan, nikmati hidangan lazat, dan terokai khazanah sejarah sambil menjelajah ke seluruh negara. Bersiap sedia untuk menikmati perjalanan yang luar biasa!
Selain itu, Redbus mempunyai cabaran menarik untuk anda! Kembara ke semua 67 destinasi menjelang Ogos 2025 dan kongsi pengembaraan anda dengan kami. Muat naik kolaj perjalanan anda di Instagram, tag @redbusmy dengan hashtag #Explore67withredBus, dan anda mungkin menjadi salah seorang daripada dua pemenang bertuah untuk menerima diskaun 30% untuk tiket bas dengan terma dan syarat!
Semua itinerari dan aktiviti perjalanan ini tersedia di aplikasi dan laman web redBus. Beli tiket melalui bahagian ‘Things to Do’ untuk mengelakkan barisan panjang dan nikmati tawaran dan diskaun hebat. Rancang perjalanan anda dengan mudah, dan fokus pada mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Comments
Post a Comment