SUNNYSTEP LEBAR SAYAP KE MALAYSIA, BANTU ANDA MELANGKAH DENGAN SIHAT, SELESA DAN BERGAYA


Sunnystep, jenama kasut Singapura yang terkenal dengan kasut-kasut bergaya dan reka bentuk saintifik, melebarkan sayap ke Malaysia dengan pembukaan gedung pertamanya di The Exchange TRX. Pengembangan itu adalah selaras dengan peningkatan gaya hidup lebih sihat dan aktif dalam kalangan rakyat Malaysia dalam dunia pasca pandemik.

Ketika ramai rakyat Malaysia memulakan gaya hidup lebih cergas, mereka memerlukan kasut yang sesuai untuk meningkatkan keselesaan dan menyuntik semangat positif. Berbekalkan misi memperkasakan orang ramai untuk bergerak bebas dan ceria, Sunnystep menawarkan penyelesaian kasut yang sempurna dengan menambah baik postur badan, keseimbangan dan kestabilan.

Pasukan Sunnystep - Yani Amiza, Pengurus Operasi Sunnystep, Claire Yu, Pegawai Eksekutif Kanan Pemasaran Sunnystep dan Mao Ting, Pengasas Sunnystep

“Kisah kami bermula selepas satu kecederaan tulang belakang yang parah mengubah cara saya berjalan, duduk dan berdiri selama-lamanya. Ketika itu, saya tidak menemui sebarang jenama kasut yang menawarkan ciri versatiliti dan sokongan fungsi yang amat diperlukan oleh badan saya,” kongsi Pengasas Sunnystep, Ting Mao. “Saya yakin kasut yang sesuai boleh mengubah hidup, postur, potensi serta langkah anda ke hadapan. Jadi, Sunnystep dilahirkan bagi membantu orang ramai hidup dengan sejahtera dan menikmati keceriaan yang dibawa pergerakan.”

Produk utama Sunnystep seperti Balance Runner (RM475) dan Dream Sneaker (RM595) direka bentuk dengan teliti bagi menyokong gaya hidup yang sihat dan sejahtera. Dengan kerjasama MIT Sports Lab, Sunnystep gigih mengkaji aerodinamik dan taburan tekanan yang tepat pada kasut-kasutnya bagi memastikan tekanan minimum pada bahagian kaki serta badan.


Contohnya, lapik dalaman proprietari Sunnystep, ‘Polyurethane Cloud Cushioning’ menawarkan sokongan lengkung yang stabil dan tidak tenggelam, serta kusyen gel di bahagian depan dan tumit – iaitu bahagian utama yang terdedah kepada impak tinggi – untuk penyerapan kejutan yang semula jadi. Selain itu, Kasut Sunnystep juga mempunyai alas yang lebih lebar serta lapik luaran yang anti-kejutan bagi meminimumkan impak dan meningkatkan kestabilan. Ditambahkan lagi dengan bahagian atas yang mencegah lepuh, semua unsur reka bentuknya meminumumkan tekanan dan ketidakselesaan, sekali gus menjamin keselesaan berpanjangan bagi setiap langkah anda.

Selain selesa, kasut Sunnystep juga praktikal dan mudah dijaga. Sifat kasutnya yang kalis gelincir, kalis air dan tahan lasak – digabungkan dengan bahan cepat kering dan mudah dibersihkan – memastikannya sentiasa bersedia untuk sebarang pengembaraan. Tambahan pula, ciri anti-mikrob dan anti-bau memastikan kaki anda kekal segar sepanjang hari.


Bagaimanapun, komitmen Sunnystep terhadap inovasi tidak terhenti di situ. Dedikasi jenama itu terhadap kelestarian terbukti melalui reka bentuk Dream Sneakers yang menampilkan bahagian atas yang diperbuat daripada kulit vegan berasaskan bio yang diperakui GRS serta menggunakan sisa kopi kitar semula. Setiap kasut Sunnystep hanya 150g (saiz 37), menjadikannya selesa dipakai sepanjang hari.

“Falsafah teras kami memfokuskan kepada ‘Joy of Movement’ atau ‘Keceriaan Pergerakan’, dengan membudayakan hidup yang lebih ceria dan sihat melalui kasut yang terbaik,” tambah Ting. “Ini termasuk gabungan sains, kelestarian dan gaya melalui kerjasama dengan kilang-kilang yang diperakui bertanggungjawab, dedikasi kami untuk menggunakan bahan-bahan mesra alam, dan komitmen kami untuk mengangkat amalan kelestarian.”


Ketibaan Sunnystep di Malaysia akan menyemarakkan lagi perkembangan landskap kasut tempatan. Tidak kiralah anda sedang mencari kasut yang serasi dengan gaya hidup aktif anda, atau sekadar ingin mengamalkan rutin harian yang bergaya dan selesa, Sunnystep sedia menyokong anda! Untuk maklumat lanjut, layari https://my.mysunnystep.com/

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA