OATSIDE MEMPERKENALKAN DUA PERISA KOPI BAHARU: MOCHA DAN CARAMEL MACCHIATO
OATSIDE, pengeluar susu oat berkrim terkemuka di Asia, dengan sukacitanya mengumumkan pengembangan rangkaian OATSIDE Coffee dengan dua penambahan terbaru yang menarik iaitu Caramel Macchiato dan Mocha. Dihasilkan dengan adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan susu oat istimewa Barista Blend OATSIDE, perisa baharu yang kaya ini selari dengan slogan "OATSIDE dan Kopi, Ngam Sekali!" yang sesuai dengan rutin harian anda dan membolehkan anda menikmati kopi kegemaran anda pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja. Sejak ia dilancarkan di Malaysia pada tahun 2022, Barista Blend OATSIDE telah menjadi kegemaran ramai, disukai oleh kafe, barista dan pengguna. Ia memainkan peranan penting dalam usaha mencipta adunan ini bagi memenuhi jangkaan tinggi para barista dan penggemar kopi. Varian terbaru ini akan membuat penampilan pertamanya di Ping Min Coffee Festival 2.0 di Kuala Lumpur dari 27 hingga 29 September 2024.
“Kami telah melancarkan Pocket Pack kami pada awal tahun ini di Malaysia dan mendapat sambutan hangat untuk OATSIDE Coffee Oat Lattes, yang telah mendorong kami untuk memperkenalkan Caramel Macchiato dan Mocha baharu ini. Kami ingin memastikan ada perisa yang sesuai untuk setiap penggemar kopi di luar sana. Kami mencipta Mocha dengan rasa coklat yang kaya dan beraroma, dan Caramel Macchiato dengan rasa molasses dan karamel yang kuat bagi mengimbangi rasa kopi yang pahit. Kedua-dua perisa ini bukan sahaja hebat tetapi turut mematuhi garis panduan Pemakanan Gred B Singapura dengan memastikan kadar kandungan gula yang rendah,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OATSIDE, Benedict Lim.
Nikmati OATSIDE Caramel Macchiato dan OATSIDE Mocha
CARAMEL MACCHIATO |
Bersedia untuk menikmati rasa OATSIDE Caramel Macchiato yang hebat! Ia bukan sekadar hidangan kopi biasa, ia adalah adunan sempurna oat berkrim dan rasa karamel yang pastinya merangsang selera. Lupakan rasa yang membosankan dan bersedia untuk menerokai pengalaman kopi yang serba baharu!
Bagi anda yang ingin memulakan pagi dan minum tengah hari dengan rasa yang hebat, OATSIDE Caramel Macchiato adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda melenyapkan gelora di dalam jiwa sambil menikmati keenakan oat dan karamel dalam setiap tegukan.
MOCHA |
Tidak dapat memilih antara coklat dan kopi? Dengan OATSIDE Mocha, anda tidak perlu memilih – nikmati kedua-duanya dalam satu cawan yang memikat.
Memperkenalkan OATSIDE Mocha: adunan menarik yang dihasilkan untuk meningkatkan rasa kopi anda. Bayangkan: gandingan unik adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan kehalusan oat, semuanya dalam satu ramuan berkrim yang memikat. Bebas tenusu dan laktosa, ianya sesuai untuk mereka yang mengidamkan rasa mocha tanpa sebarang kompromi. Setiap tegukan memberikan gabungan harmoni antara kelazatan dan kemewahan.
Kedua-dua OATSIDE Caramel Macchiato dan OATSIDE Mocha dihasilkan dengan adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan susu berasaskan oat OATSIDE yang anda gemari, di mana ianya berasaskan tumbuhan, bebas kolesterol dan laktosa serta rendah lemak tepu. Ia boleh didapati tidak lama lagi di Family Mart, 7-Eleven, myNews, CU, Emart, Lotus, Jaya Grocer, Village Grocer, AEON, Shopee, TikTok Shop, dan banyak lagi.
Terokai dunia kopi yang serba meriah di Ping Min Coffee Festival 2.0, di mana OATSIDE dengan bangganya menjadi rakan penganjur rasmi untuk meraikan rasa cinta rakyat Malaysia terhadap kopi. Bermula dari 27 hingga 29 September di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, para pengunjung ke pesta ini boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di samping merebut peluang untuk membawa pulang Pocket Pack perisa kopi terbaru OATSIDE dan pelbagai barangan eksklusif, sementara stok masih ada.
Dalam kerjasama dengan Golden Dough, siap sedia untuk mengalami pengalaman yang mengujakan dengan Giant Dice Jam. Permainan ini memerlukan anda berpasangan dengan rakan anda dan berentap dalam ujian koordinasi yang mendebarkan di mana kedua-duanya perlu melemparkan dadu gergasi secara serentak. Untuk memenangi permainan ini, kedua-dua dadu gergasi yang dilemparkan hendaklah menunjukkan nombor yang sepadan sebanyak tiga kali dalam hanya 15 saat. Pemenang akan menerima hadiah Doughfee yang enak, padat dengan kemewahan rasa OATSIDE Coffee.
Nikmati pengalaman yang lebih menyeronokkan dengan tawaran istimewa! Beli 3 Pocket Pack OATSIDE Coffee pada harga eksklusif RM9 dan dapatkan peluang untuk bermain permainan Twin Spin. Padankan ikon yang sama pada dua roda berputar untuk merebut peluang memenangi pelbagai hadiah hebat!
Jangan lupa untuk menyejukkan tekak anda di Slushie Station, di mana perisa istimewa OATSIDE Coffee bertukar menjadi minuman slushie yang menyegarkan, cara yang berbeza untuk menikmati adunan kopi kegemaran anda. Nikmati slushie OATSIDE dalam dua cara: menangi “SLUSHIE OATSIDE PERCUMA” menerusi cabaran Twin Spin atau beli dengan harga hanya RM7.00.
Siri kopi OATSIDE akan berada di Ping Min Coffee Festival 2.0 untuk hujung minggu yang penuh dengan kegembiraan, rasa, dan barangan eksklusif. Tidak kira sama ada anda seorang penggemar kopi atau sekadar mencari aktiviti unik untuk disertai, pasti ada sesuatu yang “Ngam Sekali” – untuk dinikmati oleh semua orang.
Comments
Post a Comment