ROYAL CANIN BERINTERAKSI DENGAN PENCINTA KUCING DI EKSPO KUCING 2024!


Dari 6 hingga 8 September, Royal Canin telah menerima kunjungan lebih daripada 5,000 orang dalam tempoh tiga hari tersebut ke reruainya di Ekspo Kucing 2024. Para pengunjung dapat menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang direka khas untuk membimbing pemilik-pemilik kucing mengenai penjagaan kucing yang bertanggung jawab, dan kepentingan memberikan yang terbaik semasa fasa tumbesaran awal anak kucing.

Di pameran yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur tersebut, Royal Canin telah memberikan tumpuan utama kepada rangkaian produk Start of Life bagi kucing. Pameran tersebut mengetengahkan rangkaian produk Start of Life Royal Canin yang memberi zat-zat yang diperlukan oleh anak kucing untuk menguatkan lagi sistem imun mereka agar dapat membesar menjadi kucing dewasa yang sihat.

“Kami sangat teruja dapat menyertai Ekspo Kucing 2024! Ia adalah sebuah platform yang hebat untuk kami berhubung dengan pemilik-pemilik kucing, berkongsi pengetahuan mengenai kesihatan melalui pemakanan dan meningkatkan kesedaran mengenai pemilikan kucing yang bertanggungjawab. Kami juga merasa bangga apabila menerima sambutan yang hebat daripada begitu ramai pemilik kucing yang hadir pada hujung minggu tersebut. Kami bersyukur kerana mendapat peluang ini untuk membimbing dan mencetuskan inspirasi kepada para pemilik haiwan peliharaan di Malaysia.” kata Ms Teh Meng Li, Ketua Pemasaran Royal Canin Malaysia.


Royal Canin juga mengambil peluang ini untuk membimbing orang ramai tentang penggunaan Protein Mudah Hadam (Low Indigestible Proteins/ L.I.P) dalam produk mereka. Ia menunjukkan manfaat protein premium yang sangat mudah dihadam untuk membantu kucing menyerap nutrien penting tersebut dengan lebih cekap. Ini memastikan tahap kesihatan kucing yang optimum kerana ia memberi fokus kepada kebolehhadaman protein untuk digunakan oleh badan, dan bukannya jumlah protein yang tinggi tetapi berkemungkinan tidak berkesan. Ini menunjukkan dedikasi Royal Canin untuk menyediakan hanya pemakanan berkualiti tinggi untuk kucing kesayangan kami.

Ms Teh menegaskan lagi komitmen syarikat terhadap kesihatan haiwan peliharaan dan menyatakan, “Di Royal Canin, kami percaya setiap haiwan peliharaan berhak untuk hidup dengan sihat. Rangkaian Start of Life kami untuk anak anjing dan anak kucing mengandungi Protein Mudah Hadam (L.I.P) yang berkualiti tinggi untuk memastikan anak anjing dan anak kucing menerima khasiat pemakanan penting yang mereka perlukan untuk fasa tumbesaran awal.”

Beliau menambah, “Dengan peningkatan kadar haiwan peliharaan terbiar di Malaysia tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, pendidikan bagi pemilik haiwan peliharaan menjadi lebih kritikal! Royal Canin komited untuk bekerjasama dengan pakar haiwan peliharaan profesional untuk memberikan bimbingan kepada pemilik haiwan peliharaan yang sedia ada dan juga akan datang untuk menjelaskan tentang keperluan haiwan peliharaan dan juga cara untuk memberikan penjagaan yang rapi agar mereka dapat hidup dengan lebih baik! Matlamat utama kami adalah berusaha untuk memberikan dunia yang lebih baik kepada haiwan peliharaan selaras dengan slogan kami di Royal Canin - "A Better World For Pets".

Ms Teh Meng Li, Ketua Pemasaran Royal Canin Malaysia

Di sepanjang hujung minggu yang penuh keseronokan tersebut, para pengunjung ke reruai Royal Canin disajikan dengan enam stesen yang direka cipta untuk menampilkan pengalaman unik yang dinamik, bermaklumat dan interaktif:

● Reruai #1: Permainan skrin sentuh yang menarik dan menyeronokkan tentang kepentingan pemakanan yang betul di sepanjang fasa tumbesaran anak kucing.

● Reruai #2: Paparan visual interaktif yang menangkis mitos mengenai diet protein tinggi, menjelaskan manfaat L.I.P kibble Royal Canin melalui penerangan yang mudah difahami.

● Reruai #3: Tinjauan bermaklumat yang menawarkan cadangan pemakanan dan garis panduan pemberian pemakanan kucing mengikut keperluan khusus mereka.

● Reruai #4: Sebuah stesen yang dikhususkan untuk mendidik para pengunjung tentang manfaat pemberian campuran makanan basah dan kering yang seimbang untuk mengekalkan kesihatan kucing pada tahap optimum.

● Reruai #5: Reruai foto di mana pemilik kucing boleh merakamkan gambar kenangan bersama si bulus mereka untuk dibawa pulang.

● Reruai #6:. Sesi Bertemu Vet yang sangat dinanti-nantikan di mana peserta berpeluang untuk mendapatkan panduan daripada pakar veterinar mengenai kesihatan, cara penjagaan kucing yang bertanggungjawab, tingkah laku dan cara membela haiwan kesayangan mereka dengan sebaik mungkin.


Pada keseluruhannya, kehadiran Royal Canin di Ekspo Kucing 2024 menunjukkan dedikasi berterusan mereka untuk mendidik pemilik haiwan peliharaan dan menyokong penjagaan kucing yang bertanggungjawab. Dengan adanya reruai interaktif, nasihat pakar dan aktiviti yang menarik, Royal Canin berjaya berinteraksi dengan pencinta kucing dan mengetengahkan kepentingan untuk menyediakan pemakanan dan penjagaan yang betul untuk haiwan peliharaan di sepanjang hayat mereka. Apabila selesai acara tersebut, para hadirin diharapkan dapat membawa pulang apa yang telah dipelajari untuk membantu mengekalkan tahap kesihatan dan kesejahteraan kucing mereka, lantas mengukuhkan lagi kedudukan Royal Canin sebagai peneraju dalam kesihatan dan pemakanan haiwan kesayangan.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif Start of Life Royal Canin Malaysia dan maklumat produk tambahan, sila layari https://www.royalcanin.com/my, atau hubungi talian +603 7492 0188.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU