KOTEX MEREALISASIKAN 11 IMPIAN YANG MENGINSPIRASIKAN MENERUSI LEBIH RM100,000 MELALUI DANA #SHECAN
Selepas dua bulan pencarian di seluruh negara, Kotex hari ini melabuhkan tirai kempen Dana #SheCan dengan menganugerahkan sejumlah RM105,000 kepada 11 penerima yang layak. Dana tahun ini diadakan sebagai lanjutan daripada kempen #SheCanPeriodt edisi terhad jenama ini, yang memperlihatkan pek Kotex Soft and Smooth diberi penampilan baharu sebagai penghormatan kepada wanita yang berjaya mengatasi halangan serta melangkaui batas kamampuan diri.
Puan Sarah Chen, Pengurus Kanan Jenama Kotex Malaysia, berkata, “Sehingga hari ini, golongan wanita masih menghadapi halangan yang ketara dalam mengejar impian dan cita-cita mereka, termasuk stigma berat sebelah masyarakat yang melabelkan kami lemah disebabkan haid. Justeru itu, kami melancarkan kempen #SheCanPeriodt untuk mencabar dan menghapuskan persepsi lapuk ini. Lebih daripada itu, kami menggabungkan inisiatif tahunan Dana #SheCan dengan kempen tersebut untuk memberikan sokongan serta sumber yang nyata menerusi misi ini. Justeru itu, kami melancarkan pertandingan di seluruh negara, mengajak para gadis Malaysia untuk berkongsi impian mereka dan bagaimana impian tersebut berupaya mengatasi halangan, memecahkan diskriminasi gender, melangkaui batas, dan/atau memberi inspirasi kepada kemajuan wanita. Mesej yang ingin kami sampaikan kepada para gadis adalah, haid atau tidak, mereka mampu menggapai impian.”
Menggapai Cita-Cita dengan Dana #SheCan Kotex
Memasuki tahun kelima penganjuran, pertandingan Dana #SheCan Kotex 2024 menarik lebih 300 penyertaan, yang mana 11 penyertaan paling menonjol telah dipilih oleh panel hakim.
“Kami menerima penyertaan yang meliputi pelbagai topik – daripada ahli sukan wanita yang ingin membanggakan negara kepada aktivis yang berusaha menjadikan Malaysia lebih selamat dan sihat untuk wanita serta kanak-kanak, penyanyi, penari, artis dan pencipta kandungan yang berbakat serta para wanita yang ingin mencipta kejayaan dalam bidang yang dikuasai lelaki seperti teknologi, bola sepak, dan hip hop. Panel hakim menghadapi cabaran dalam menilai semua idea yang hebat ini, namun kami sangat teruja dengan semangat serta keprihatinan yang ditunjukkan oleh wanita muda Malaysia. Mereka mengungkapkan idea mereka dengan baik dan membuatkan kami benar-benar kagum. Kotex yakin bahawa penerima Dana #SheCan 2024 berada di landasan kejayaan yang unggul,” tambah Sarah.
Jenama tuala wanita terkemuka ini pada asalnya hanya mencari 10 idea terbaik, namun disebabkan oleh penyertaan yang luar biasa, Kotex memutuskan untuk memperluaskan sokongannya kepada seorang pemenang ‘wildcard’ tambahan yang membawa pulang RM5,000, sekaligus menjadikan jumlah dana daripada RM100,000 kepada RM105,000.
Mengetengahkan Kepentingan Sistem Sokongan yang Kuat
Sistem sokongan yang kuat adalah penting dalam membantu wanita muda mencapai potensi penuh diri mereka, dan perkara ini merupakan tema utama dalam perbincangan panel yang diadakan semasa acara tersebut. Barisan panel terdiri daripada Iman Troye, bintang yang melonjak naik dalam industri muzik tempatan; mentor dan guru muziknya, Cikgu Johari bin Mohamad (Cikgu Joe) dan Cikgu Fatin Najihah binti Fazi (Cikgu Fatin); alumni Dana #SheCan Kotex, Nur Adzratull Iffah; serta Puan Sarah Chen.
Iman Troye memulakan perbincangan dengan berkongsi perjalanan beliau dalam mengatasi pelbagai cabaran, termasuk kekurangan pengetahuan dalam teknikal nyanyian dan persembahan. “Penglibatan saya dalam arena muzik bermula ketika saya pertama kali belajar bermain piano pada usia sembilan tahun. Saya bukan seorang penyanyi pada mulanya,” Iman mengimbau. “Semasa zaman remaja, berbekalkan sokongan serta dorongan daripada Cikgu Joe dan Cikgu Fatin, bakat nyanyian saya dicungkil. Malah, ibu bapa saya, terutamanya ibu, tidak pernah menginginkan anak-anaknya menjadi ‘terkenal’, oleh itu kerjaya sebagai penyanyi tidak pernah terlintas di fikiran!” katanya dengan penuh semangat. Setelah banyak berlatih dan mencuba pelbagai genre muzik, Iman menemui identitinya dan mula bertanding dalam pelbagai pertandingan, akhirnya merangkul beberapa gelaran juara. Sepanjang perjalanan tersebut, Iman berkongsi bahawa beliau menghadapi banyak kesulitan dan kritikan. "Tidak semua orang menyokong saya untuk mengejar kerjaya dalam bidang nyanyian, dan terdapat banyak komen negatif di media sosial yang mengatakan saya tidak cukup bagus. Walaupun begitu, dalam mengharungi masa sukar, saya tahu saya perlu terus kuat dan tetap berusaha untuk diri sendiri. Saya tekad untuk membuktikan bahawa saya mampu melakar kejayaan," katanya.
Cikgu Joe memainkan peranan penting dalam membimbing perkembangan Iman, di samping memberikan nasihat praktikal untuk memperhalusi persembahan dan penampilan di pentas. "Anak-anak kita memerlukan seseorang yang percaya pada mereka dan impian mereka. Saya menyedari bahawa Iman mempunyai suara yang hebat, tetapi pada mulanya beliau meragui akan kebolehannya sendiri. Justeru tu, kami berusaha membuatkan beliau berasa selesa menyanyi di hadapan khalayak ramai dengan memberikan platform dan pendedahan yang betul. Apabila kemajuan beliau meningkat dan semakin baik, kami kemudian memberi tumpuan pada koreografi, ketepatan masa, hubungan dengan penonton dan banyak lagi, kerana untuk benar-benar berjaya sebagai seorang penghibur, tidak hanya bergantung pada bakat semata-mata. Iman telah bekerja keras dan sangat berdedikasi,” ujarnya.
Sementara itu, Cikgu Fatin menambah akan kepentingan memberikan sokongan emosi kepada wanita muda dan kanak-kanak. Beliau berkongsi tentang bagaimana beliau membantu Iman melalui masa-masa sukar, termasuk insiden buli di sekolah. "Selain kemahiran teknikal, penting juga untuk kita memberikan sokongan emosi supaya mereka dapat terus maju meskipun berdepan cabaran, di samping terus mempercayai diri mereka sendiri," kata Cikgu Fatin.
Nur Adzratull, penerima Dana #SheCan Kotex tahun 2019, pula mengulas bagaimana dana tersebut menjadi sistem sokongannya dan membolehkannya mengejar impian untuk mengajar pelajar dengan keperluan khas di Jakarta. “Saya bersemangat untuk berbakti kepada komuniti yang kurang bernasib baik tetapi kekurangan dana untuk merealisasikannya. Bagi saya, Dana #SheCan Kotex lebih daripada sekadar bantuan kewangan. Dana ini memberikan saya tujuan dan membuktikan kebolehan, usaha, serta minat saya. Dalam sekelip mata sahaja, impian saya tidak lagi kelihatan mustahil dan sukar dicapai,” kongsinya. Bantuan kewangan yang diterima membolehkan beliau menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk pelajarnya dan memberikan impak yang bermakna, sekaligus mengukuhkan komitmennya untuk mengatasi halangan dalam pendidikan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan.
Acara tersebut juga menyaksikan Iman Troye mempersembahkan lagu ‘Mimpi Iman’ secara langsung, iaitu sebuah lagu yang beliau cipta khusus untuk kempen ini. Liriknya yang penuh makna bertujuan mencetuskan inspirasi dalam diri para gadis agar memecahkan persepsi masyarakat dan bangkit daripada stigma negatif yang sedang mereka hadapi, membuktikan bahawa dengan azam, mereka mampu mencapai apa sahaja yang mereka impikan.
Bulan lalu, Kotex menjalin bekerjasama dengan barisan ikon Malaysia yang berpengaruh dalam bidang masing-masing, seperti pasangan beregu wanita badminton negara Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan, rapper dan penyanyi Bunga; peninju hijabi pertama di dunia Diana Phoenix, kapten pasukan bola sepak wanita negara Steffi Sidhu; atlet sukan motor Leona Chin dan penyampai radio serta personaliti dalam talian Dhabita Auji. Setiap daripada mereka berkongsi pengalaman peribadi dan pencapaian tersendiri dalam menghadapi cabaran dalam kerjaya, dan bagaimana mereka mengatasi halangan diri untuk sampai ke tahap yang mereka kecap pada hari ini.
Berbekalkan semangat untuk memperkasakan dan menyokong wanita dalam perjalanan masing-masing, Kotex telah memperkenalkan pek Soft and Smooth edisi terhad pada bulan Oktober. Dengan reka bentuk yang menarik dan inovatif, Kotex mempersilakan semua wanita untuk mengambil langkah pertama atau meneruskan perjalanan mereka dalam mencapai apa yang mereka impikan. Setiap pembelian memperkasakan mesej, “meskipun berhadapan cabaran, #SheCanPeriodt.
Comments
Post a Comment