FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU
Bagi wanita hari ini, percutian bukan lagi sekadar bersantai di tepi pantai atau menikmati makanan enak. Ramai yang mencari pengalaman yang lebih bermakna — gabungan kesihatan, kecergasan, dan masa berkualiti untuk diri sendiri. Inilah yang ditawarkan oleh StarCruises bersama jenama prestasi global Under Armour melalui Fitness @ Sea, pelayaran 4 malam penuh gaya hidup aktif di atas kapal Star Voyager dari Port Klang ke Phuket dan Singapura pada 19–23 Januari 2026.
Senaman Yang Dirangka Untuk Semua Tahap
Wanita sering berdepan cabaran untuk mengekalkan rutin kecergasan apabila bercuti. Fitness @ Sea menjawab keperluan ini dengan menyediakan pelbagai aktiviti senaman yang sesuai untuk semua tahap kecergasan:
- Animal Flow untuk meningkatkan fleksibiliti dan kekuatan badan.
- Serenity Pilates yang menekankan keseimbangan minda dan tubuh.
- Beast Mode Functional Training bagi mereka yang mahu cabaran lebih intensif.
- Cabaran kecergasan santai yang boleh disertai bersama rakan atau keluarga.
Semua aktiviti ini percuma dan terbuka kepada tetamu, dengan pendaftaran mudah semasa naik kapal. Lebih menarik, peserta yang melengkapkan keseluruhan siri akan menerima barangan eksklusif Under Armour.
Kesejahteraan Holistik: Lebih Dari Sekadar Berpeluh
Bagi wanita yang menghargai keseimbangan hidup, pelayaran ini bukan hanya tentang senaman. Ia juga tentang self-care dan me-time. Antara tarikan lain termasuk:
- Restoran dengan pilihan Halal di Lido Restaurant, sesuai untuk wanita Muslim.
- Taman air dan aktiviti keluarga, menjadikan ia pilihan ideal untuk ibu yang mahu anak-anak turut berseronok.
- Persembahan langsung di Zodiac Theatre untuk hiburan malam.
- Pilihan kabin dari stateroom selesa hingga ke Palace Suites mewah dengan butler peribadi 24 jam — sesuai untuk wanita yang mahu memanjakan diri.
Destinasi Yang Menginspirasi
Selain aktiviti di atas kapal, pelayaran ini membawa anda ke destinasi penuh inspirasi:
Singapura dengan suasana bandar moden yang sesuai untuk membeli-belah atau sekadar berjalan santai.
Phuket dengan pantai tropika, budaya tempatan dan peluang untuk menikmati masa tenang di bawah matahari.
Pelayaran Terhad Dari Port Klang
Fitness @ Sea adalah sebahagian daripada jadual khas Star Voyager dari 19 Disember 2025 hingga 2 Februari 2026, termasuk:
- 3 Malam ke Medan & Singapura – Berlepas setiap Jumaat
- 4 Malam ke Phuket & Singapura – Berlepas setiap Isnin
Dengan Port Klang sebagai titik mula, wanita Malaysia kini mempunyai pilihan percutian aktif yang mudah diakses.
Tempahan
Layari www.StarDreamCruises.com atau hubungi ejen pelancongan rasmi StarCruises untuk maklumat lanjut dan tempahan.
.jpg)
%20(Custom).jpg)
%20(Custom).jpg)
Comments
Post a Comment