ASTRO ANJUR ‘KONSERT COUNTDOWN MELETOP 2025’ ISTIMEWA, PEMBUKA TAHUN BAHARU


Buat julung kalinya, Astro bakal mencipta sejarah dengan penganjuran ‘Konsert Countdown MeleTOP 2025’ yang akan berlangsung pada 31 Disember 2024 di IOI City Mall, Putrajaya. Sambutan ini menghimpunkan barisan selebriti ternama untuk menyambut akhir tahun serta meraikan permulaan tahun baharu 2025 dengan pelbagai persembahan artis terunggul tanah air.

Sambutan ini dirancang khas sebagai tanda penghargaan kepada para penonton yang telah menyokong setiap tawaran dan kandungan Astro sepanjang tahun ini, dan terbuka kepada semua pengunjung secara percuma. Para pengunjung dan peminat bakal dihidangkan dengan hiburan tanpa henti, termasuk persembahan hebat daripada artis jemputan tempatan dan antarabangsa terbaik tahun 2024.

Sambutan ini juga akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang memukau, menandakan detik sambutan ambang tahun baharu 2025 yang akan diraikan oleh semua jemputan dan pengunjung.

Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, berkata, “Dalam meraikan satu lagi tahun yang bermakna, kami di Astro ingin membantu mereka yang memerlukan dengan mengajak semua yang menonton Konsert Countdown MeleTOP 2025 untuk menyumbang kepada keluarga-keluarga mangsa banjir di Malaysia melalui Bantuan Banjir Astro Kasih. Dengan usaha kecil ini, kami berharap dapat meringankan dan memberi mereka semangat untuk memulakan tahun baharu.”

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan ke Bantuan Banjir Astro Kasih boleh mengimbas kod QR yang tertera atau melalui Akaun Yayasan Astro Kasih.


Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sambutan ini. Sertai kami di IOI City Mall Putrajaya, pada 31 Disember ini, dari jam 6.30 petang. Saksikan sambutan ini secara siaran langsung menerusi MeleTOP di Astro Ria (saluran 104), jam 10 malam. Strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box dan Astro GO. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Untuk info lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3