IOI CITY MALL BERSEDIA UNTUK MERAIKAN AMBANG TAHUN BAHARU 2025 DENGAN BARISAN ARTIS YANG MELETOP
Raikan Tahun Baharu dengan penuh gaya di salah satu acara sambutan pengiraan detik tahun baharu yang paling dinanti-nantikan di Lembah Klang! Pada 31 Disember, IOI City Mall Putrajaya akan menjadi destinasi sambutan Ambang Tahun Baharu yang hebat dan sukar untuk dilupakan, dipenuhi dengan hiburan tanpa henti, permainan interaktif, dan hidangan lazat daripada kenderaan saji. Acara sambutan bakal mencapai kemuncak dengan Konsert Countdown MeleTOP, yang dipersembahkan dengan kerjasama Astro, menampilkan persembahan barisan artis popular untuk menyambut 2025 dengan penuh gemilang.
“Selama ini, sambutan Ambang Tahun Baharu kami telah menjadi bukan sekadar sebuah acara—ia merupakan sebuah tradisi istimewa yang menyatukan komuniti untuk bersama meraikan permulaan baru. Ketika kita mengucapkan selamat tinggal kepada 2024 dan menantikan ketibaan 2025, IOI City Mall kekal komited untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan menyatukan orang ramai melalui detik-detik yang meriah, mesra, dan bersemangat positif,” kata Chris Chong, Ketua Pegawai Operasi Pelaburan Hartanah IOI Properties (Malaysia).
Perayaan dan Karnival Hiburan Yang Tiada Seumpamanya
Menepati statusnya sebagai pusat beli-belah terbesar di Asia Tenggara dan reputasinya sebagai penganjur pesta akhir tahun terbesar dan paling meriah, sambutan Ambang Tahun Baru di IOI City Mall menjanjikan kemeriahan yang tiada tandingannya. Perayaan bermula pada jam 5 petang di Symphony East, menampilkan tayangan filem di laman luar dan barisan kenderaan saji yang menawarkan pelbagai hidangan lazat, melengkapkan dengan sempurna pilihan makanan dan minuman yang meluas di pusat beli-belah tersebut.
Bermula jam 6 petang, suasana bakal dimeriahkan dengan persembahan daripada penghibur bergerak seperti penjugel LED, ahli silap mata, dan pemain biola untuk menghiburkan penonton dari semua peringkat umur. Pada jam 7 malam, aksi berani oleh artis pyro dan pemakan api bakal menyinari suasana malam.
Kemeriahan semakin memuncak pada jam 7:30 malam dengan segmen interaktif yang dikendalikan oleh pengacara Keanu Azman. Pemain biola terkenal Dennis Lau bakal membuka tirai persembahan dengan alunan biola yang memukau. Ini diikuti dengan kemunculan ceria maskot Oga & Friends. Kanak-kanak dan keluarga boleh turut sama menyanyikan lagu tema ‘Sayangi Dunia Kita’, yang dipersembahkan oleh Dinda Dania, suara di sebalik lagu yang digemari ramai ini.
Dinda Dania juga akan meneruskan persembahan dengan lagu tambahan sebelum menyerahkan pentas kepada barisan penyanyi berbakat seterusnya, iaitu Shahrul Kamal dan Scha Nuril. Segmen ini kemudiannya beralih kepada sorotan khas drama baharu ‘Curang Tanpa Niat’, yang dibintangi oleh Mira Filzah, Shukri Yahya dan Sharifah Sakinah, sebelum diakhiri dengan persembahan bertenaga daripada Wani Kayrie dan Nadeera Zaini.
Konsert Countdown MeleTOP Astro: Persembahan Bintang Ternama
Pada jam 10 malam, Konsert Countdown MeleTOP Astro, yang dihoskan oleh personaliti terkenal Nabil, Hawa, dan Namie, bakal menjadi tumpuan. Pentas akan bergegar dengan persembahan hebat daripada penyanyi berbakat Aina Abdul, penghibur serba boleh Shila Amzah, bintang sensasi Canto-pop Hong Kong William So Wing Hong, dan legenda muzik tanah air Dato’ Ramli Sarip.
Kemilau bintang terus diserikan dengan kehadiran ikon tempatan seperti Noraniza Idris, Naqiu Mohd, dan Ayda Jebat. Mereka akan disertai oleh artis terkenal dan pemuzik rock, termasuk Drama Band, Shiha Zikir, Khai Bahar, dan Bunga Isme. Dengan gabungan penyanyi berbakat, pelakon yang karismatik dan penghibur yang memukau, persembahan malam tersebut pastinya menjanjikan hiburan yang luar biasa kepada semua.
Sambutan akan mencapai kemuncaknya tepat pada detik tengah malam dengan pertunjukan bunga api selama 10 minit. Percikan bunga api yang berwarna-warni, menerangi langit saat menyambut ketibaan tahun 2025, pastinya mencipta detik yang sukar untuk dilupakan oleh para penonton yang hadir.
Malam yang Tidak Dapat Dilupakan untuk Semua
Sama ada anda bersama keluarga, rakan-rakan, atau orang tersayang, sambutan Ambang Tahun Baru di IOI City Mall, Putrajaya menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk semua. Menampilkan pelbagai makanan lazat, persembahan secara langsung yang hebat, suasana keramaian yang ceria dan pertunjukan bunga api yang bakal menerangi langit, ia adalah satu acara yang anda tidak harus lepaskan.
Rancang malam istimewa anda sekarang untuk menyertai sambutan Ambang Tahun Baharu yang paling MeleTOP! Untuk maklumat acara terkini, sila ikuti IOI City Mall di Instagram @ioicitymallmy.
Comments
Post a Comment