THE COFFEE BEAN & TEA LEAF® MALAYSIA MENGEMBANG DENGAN PEMBUKAAN KAFE KE-200 MENAMPILKAN KHIDMAT PANDU MASUK DI PULAU PINANG
The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia dengan bangganya meraikan pembukaan kafenya yang ke-200, berlokasi strategik di Caltex Batu Maung, Pulau Pinang, memperkukuhkan reputasi jenama ini sebagai peneraju dalam arena kopi dan teh bertaraf premium. Bukan sekadar menandakan penyebarluasannya merentasi Malaysia, lokasi baharu ini juga menguatkan komitmen jenama ini terhadap kualiti, inovasi dan kemudahan pelanggan menerusi khidmat pandu lalunya.
Kafe di Caltex Batu Maung ini menyuluh visi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk menyediakan akses yang mudah kepada minuman premium, melengkapi kafe pandu masuk dengan tempat letak kereta yang ditetapkan untuk pelanggan, sambil memastikan mereka dapat menikmati minuman buatan tangan kegemaran mereka dengan waktu menunggu yang lebih singkat.
Datuk M. Amar Shah, Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, berkongsi, “Pembukaan kafe kami yang ke-200 bukanlah satu titik pencapaian semata-mata; ia membuktikan kepercayaan dan kesetiaan yang terbina bersama pelanggan kami selama ini. Sementara kami melebarkan sayap ke Batu Maung, kami masih memberi fokus untuk menjamin kualiti setiap minuman, berserta solusi-solusi mudah akses seperti khidmat pandu masuk untuk memenuhi keperluan pelanggan masa kini dengan lebih baik. Kafe ini melambangkan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman yang lebih lancar dan bertaraf tinggi, bagi pelanggan yang bergegas untuk minuman mereka ataupun mereka yang ingin berehat seketika.”
Kafe berkeluasan 2,100 kaki persegi ini menampilkan ruang duduk yang luas, termasuk meja komuniti untuk lapan orang, meja dan tempat duduk yang dapat memuatkan sebanyak 86 orang pelanggan dan pengunjung. Diilhamkan oleh pengaruh California Selatan yang berumbi dalam jenama ini, kafe tersebut membawakan ambien yang tampak cerah dan mesra, untuk memudahkan pelanggan bersantai dan berhubung.
Memperkayakan Pengalaman Pelanggan dengan Aplikasi MyCBTL
Menjadi sebahagian daripada usaha berterusannya untuk menaik taraf pengalaman para pelanggan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga telah melancarkan aplikasi MyCBTL di Pulau Pinang pada 7 November 2024. Direka untuk memudahkan serta menaik taraf bagaimana pelanggan menikmati minuman buatan tangan kegemaran mereka, aplikasi ini menyediakan ciri-ciri seperti tawaran tersuai, promosi istimewa, dan proses pesanan yang lancar. Biar untuk mendapatkan minuman dengan segera atau berehat seketika, aplikasi ini meningkatkan tahap kemudahan dan aksesibiliti, mencerminkan komitmen jenama ini untuk menjadikan setiap detik bersama kopi dan teh yang dihidangkan lebih menikmatkan.
Rai Pembukaan Kafe ke-200 dengan Promosi Eksklusif
Untuk meraikan kejayaan ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia teruja untuk merungkaikan pelbagai promosi yang ditawarkan secara eksklusif di The Coffee Bean & Tea Leaf®, Caltex Batu Maung dari 19 Disember hingga 28 Disember 2024:
- Beli 1 Percuma 1: Valencia Orange Cold Brew Tea dengan Tonic Water.
- Polar Bean Bunny PERCUMA: Dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100, sementara stok masih ada.
- Hadiah Uncang Teh Piramid: Peroleh satu uncang teh percuma dengan setiap pembelian. [10 pelanggan terawal, bagi 10 hari pertama, layak mendapat dua (2) uncang teh bagi setiap pembelian]
*Promosi-promosi ini tidak terpakai bersama promosi atau diskaun yang lain, dan kesemua produk adalah tertakluk kepada ketersediaan, sementara stok masih ada.
Untuk 200 kafe dan selanjutnya, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia terus menetapkan standard bagi minuman premium buatan tangan, menggandingkan inovasi dengan pengalaman pelanggan yang cemerlang.
Nikmati Minuman Khas Sempena Musim Perayaan
Di samping pelbagai promosi pembukaan yang menarik, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga teruja untuk memperkenalkan Minuman Musim Perayaan keluarannya, menyerikan lagi hari para pelanggan dengan setiap hirupan. Sebagai pengasas sebenar Ice Blended®, jenama ini mengalu-alukan musim perayaan ini dengan minuman bertempoh terhad yang amat unik.
Nikmati Black Forest Mocha Ice Blended® (bermula daripada: kecil RM18.90, biasa RM19.90), untuk mengalami gandingan ceri, coklat dan kopi; atau Black Forest Vanilla Ice Blended® (bermula daripada: kecil RM18.90, biasa RM19.90) yang menyajikan keenakan ceri, coklat dan vanila. Bagi para penggemar pudina, Double Chocolate Peppermint Latte, disediakan panas atau berais (bermula daripada: kecil RM16.90, biasa RM17.90), Double Chocolate Peppermint Ice Blended® (bermula daripada: kecil RM17.90, biasa RM18.90), dan Pure Double Chocolate Peppermint Ice Blended® (bermula daripada: kecil RM17.90, biasa RM18.90) merupakan padanan yang sempurna antara kekayaan rasa coklat dan pudina yang menyegarkan.
Minuman buatan tangan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia semestinya asli, menjadikan setiap detik di musim perayaan ini lebih istimewa. Jangan tunggu – rasai minuman istimewa ini sementara ia masih ada di kafe berhampiran anda hari ini!
Kafe Caltex Batu Maung akan memulakan operasi pada 19 Disember 2024, dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam dari Isnin hingga Ahad di Caltex, Jalan Batu Maung, Diamond Valley Industrial Park, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi laman Facebook di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, Instagram di @coffeebeanMY, TikTok di @coffeebeanMY, atau laman sesawang di www.coffeebean.com.my.
Comments
Post a Comment