AEON FASHION PREVIEW: KOLEKSI tokidoki x AEON BAKAL SERLAHKAN KECERIAAN TAHUN BAHARU CINA 2025
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Bersiap sedia untuk menyambut Tahun Baru Cina 2025 (CNY) dengan gaya bersama AEON Malaysia! Baru-baru ini AEON Malaysia telah menganjurkan AEON Fashion Preview (AFP), satu acara pratonton koleksi fesyen yang menampilkan gaya Tahun Baharu Cina 2025 yang jatuh pada tanggal 29 Januari 2025.
Dalam acara AFP yang dilangsungkan di AEON IOI Mall Puchong, para jemputan bukan sahaja diberi peluang menyaksikan koleksi CNY tetapi juga menggayakan koleksi tersebut, lengkap dengan nasihat penataan fesyen daripada model yang berpengalaman, Tinie Abdul Aziz serta khidmat solekan dan fotografi profesional!
Tinie Abdul Aziz memberikan tips penataan fesyen kepada para tetamu AFP
Khidmat solekan profesional
Koleksi Tahun Baru Cina tokidoki x AEON Menggambarkan 满 – Kelimpahan dalam Perayaan dan Fesyen
Dalam usaha membawaka sesuatu yang unik, AEON telah bekerjasama dengan jenama gaya hidup global yang terkenal, tokidoki, untuk mencipta koleksi CNY yang berwarna-warni dan penuh keceriaan. Koleksi ini menyaksikan gabungan tradisi perayaan CNY dengan reka bentuk yang berani dan ceria dari tokidoki, menghasilkan himpunan pakaian dan aksesori yang unik dan menarik untuk seisi keluarga.
"Pakaian adalah nadi setiap perayaan," kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON. "Tahun ini, kami bukan hanya tentang fesyen; kami tentang mencipta jalinan hubungan bermakna dan memastikan koleksi pakaian kami mampu dimiliki oleh semua. Kerjasama kami dengan tokidoki mencerminkan usaha ini, menawarkan gaya kreatif yang memberi kuasa kepada individu untuk meraikan musim perayaan ini dengan penuh keyakinan, keaslian dan rasa kepunyaan."
Simone Legno, Pengarah Kreatif tokidoki, menambah, "Kami teruja untuk membawa daya tarikan ikonik tokidoki ke dalam koleksi CNY AEON. Bersama-sama, kami mencipta gabungan tradisi dan gaya kontemporari yang meraikan musim ini dengan cara yang menarik."
Rasakan Kegembiraan 满
Koleksi CNY 2025 AEON menawarkan sesuatu untuk semua, daripada rekaan yang ceria untuk generasi muda hingga pakaian sedondon yang elegan untuk seisi keluarga.
Fesyen dengan Bermakna: Keterangkuman dan Kelestarian
AEON tetap komited terhadap kelestarian dan kemampuan. Koleksi ini menawarkan pelbagai harga, menjadikan fesyen perayaan dapat diakses oleh semua. Selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 dan 15, AEON mengukuhkan misinya untuk mempromosikan keterangkuman dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab.
Perayaan Kepelbagaian, Kreativiti, dan Keterangkuman
Jenama in-house AEON yang terkenal—Scar, Plus Collection, Arcadia, Crème, Guys’ Vision (GV), dan ti:zed—menjadi tumpuan dengan rekaan serbaguna untuk dipadankan setiap personaliti, saiz, dan majlis. Sama ada pakaian perayaan yang berona terang untuk perjumpaan keluarga atau keanggunan sederhana untuk majlis makan malam khas, koleksi ini sesuai untuk semua orang, dari saiz XS hingga 3XL.
Scar
Koleksi Scar yang diperbaharui untuk menggabungkan keanggunan dengan elegan perayaan, menawarkan baju brokat, timbul tekstur, dan organza bersulam dalam warna pastel, biru denim, merah klasik CNY, dan tona bumi. Tersedia dalam saiz dari XS hingga 3XL dan harga bermula dari RM49, Scar memastikan musim perayaan menjadi seanggun seperti mana yang diidam-idamkan.
Plus Collection
Meraikan keindahan dalam pelbagai bentuk dan saiz, Plus Collection memberikan rekaan yang berani dan meningkatkan keyakinan dengan penggunaan fabrik mewah seperti satin dan sulaman. Dari pakaian harian yang selesa hingga pakaian untuk majlis malam yang menonjol, harga dalam rangkuman RM59 hingga RM199, membolehkan semua meraikan CNY yang bersemangat dan inklusif.
Arcadia
Dikenali untuk fabrik yang telus udara (bernafas) dan potongan serbaguna, Arcadia memperkenalkan linen dan bunga abstrak dalam koleksi 2025. Koleksi yang serbaguna ini boleh digayakan sama ada untuk hari perayaan tradisional atau untuk keluar bersiar-siar secara kasual, dengan harga mampu milik dari RM69 hingga RM159.
Crème
Bagi mereka yang mencari keanggunan yang lebih halus, Crème menawarkan pakaian perayaan yang kekal yang diperbuat daripada jakar, chiffon, dan sulaman rumit. Dengan tema warna merah mawar yang dalam dan monokrom klasik, koleksi ini menyerlahkan keanggunan si pemakai untuk semua majlis, dengan harga dari RM69 hingga RM199.
Guys’ Vision (GV) dan ti:zed
Jenama pakaian lelaki AEON menggabungkan gaya yang mudah dengan daya tarikan perayaan. Dari kemeja-T bercetak corak tokidoki hingga samfu berkoordinat, koleksi ini menampilkan warna dinamik seperti merah, emas, dan navy. Dengan saiz dari S hingga 2XL dan harga dari RM29 hingga RM139, pakaian ini memberikan sentuah kontemporari kepada perayaan tradisional.
Kunjungi kedai AEON terdekat anda atau dapatkannya dalam talian di www.aeonretail.com.my. Raikan Tahun Ular dengan kemakmuran, gaya, dan daya tarikan yang tiada seumpamanya dari tokidoki!
Parenthood Media dengan kerjasama Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) baru-baru ini menganjurkan What Women Want Forum: Before We Bloom – A Couple’s Guide to Pre-Pregnancy. Sesi berinformasi ini memfokuskan kepada persediaan awal kehamilan, kesihatan reproduktif serta cabaran dalam perancangan zuriat (TTC).
Citrawarna Speed Festival 2026 mencapai kemuncaknya baru-baru ini menerusi acara Colours of Parade di IOI City Mall Putrajaya, yang menghimpunkan 1,500 penari dan penggiat seni dari seluruh Malaysia dalam satu perayaan meriah berskala besar bagi meraikan kepelbagaian warisan serta tradisi negara.
HOMESOY terus komited untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara dan menyokong usaha pengesanan awal menerusi kempen ‘Stop That Dot Together’ yang kini memasuki tahun ketiga. Kempen tahun ini turut memberi tumpuan kepada tindakan bersama dengan memperluas penglibatan masyarakat agar setiap individu dapat memainkan peranan dalam menggalakkan ujian saringan awal. Selain melibatkan golongan wanita, HOMESOY turut memperkasa pasangan, ahli keluarga, sahabat serta komuniti untuk bersama-sama membantu wanita mengambil langkah pertama yang penting ini.
Hospital Picaso, BD (Becton, Dickinson and Company) dan College of Radiology Malaysia hari ini melancarkan kerjasama strategik bagi memperkukuh keupayaan intervensi payudara serta penjagaan kanser payudara secara multidisiplin di Malaysia. Inisiatif ini menyasarkan latihan sekurang-kurangnya 100 pakar bedah payudara, pakar radiologi payudara dan jururadiografi melalui pendidikan klinikal berstruktur serta pembangunan kemahiran.
SUEN Jewellers memperkenalkan Tita Collection by SUEN, sebuah koleksi 33 barang kemas mewah yang diinspirasikan daripada himpunan tekstil dan warisan busana milik Puan Azah Aziz. Dihasilkan daripada emas 18 karat dan berlian, koleksi ini mengolah corak, tekstur serta bentuk daripada tradisi tekstil dan busana Malaysia menjadi karya kontemporari yang penuh nilai budaya.
Comments
Post a Comment