EUCERIN® HYALURON-FILLER EPICELLINE SERUM INOVASI ANTI-PENUAAN TERKINI


Peningkatan usia tanpa kelihatan tua: Sehingga kini, idea awet muda hanyalah sebuah mimpi yang indah. Tetapi kita boleh mengawalnya lebih daripada yang kita fikirkan. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengamalkan gaya hidup sihat, kita dapat memperlahankan tanda-tanda penuaan kulit, sekaligus membantu mengekalkan keremajaan lebih lama. Selepas penyelidikan selama 15 tahun, Beiersdorf AG, salah satu perintis dalam bidang epigenetik kulit, telah mencapai satu lagi kejayaan dari segi anti-penuaan dengan teknologi age clock khusus kulit yang dipatenkan.

Penuaan kulit ialah proses yang sangat kompleks dan memiliki pelbagai faktor di mana para saintis masih belum dapat memahami sepenuhnya walaupun banyak usaha penyelidikan telah dijalankan. Sebagai contoh, telah lama diandaikan bahawa proses penuaan secara amnya ditentukan secara genetik. Namun epigenetik telah secara konsisten menafikan andaian ini. 

Penampilan kulit kita—keremajaan, keanjalan, dan kedutan—dipengaruhi oleh banyak faktor luaran: Adakah kita makan secara sihat dan bersenam dengan cukup? Adakah kita sering mengalami tekanan dan terlalu kurang tidur? Adakah kita merokok atau mendedahkan diri kita kepada faktor persekitaran lain yang merosakkan seperti pancaran matahari tanpa perlindungan UV yang mencukupi? Epigenetik menentukan keadaan di mana gen tertentu "dinyahtaktifkan" dan bila ia boleh "diaktifkan" semula. Semua ini berlaku tanpa perubahan (mutasi) maklumat genetik dalam genom. Sebaliknya, molekul kimia yang kecil dilekatkan pada DNA. Tidak seperti mutasi, proses yang dikenali sebagai metilasi DNA ini boleh diundurkan.


Perintis Epigenetik dalam Penyelidikan Kulit

Beiersdorf memulakan penyelidikan kulit epigenetik pada tahun 2008. Ini menjadikan syarikat barangan pengguna berjenama antarabangsa ini, yang melabur €291 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada tahun 2022 sahaja, sebagai salah satu institusi pertama yang mengenal pasti perubahan epigenetik menyeluruh semasa penuaan kulit. Sehingga kini, saintis Beiersdorf telah menganalisis sampel kulit daripada lebih 1,000 orang. 

Lebih daripada 850,000 tapak metilasi diukur bagi setiap orang untuk mengetahui, melalui analisis corak epigenetik individu, yang manakah penyekatannya dikaitkan dengan penuaan kulit. Selain itu, pasukan epigenetik Beiersdorf, yang merangkumi seramai 20 orang pakar antara disiplin, kini telah meneliti sekitar 50,000 bahan dan ekstrak bagi mengenal pasti dan melayakkan bahan aktif semula jadi untuk pemulihan kulit. 

Pada tahun 2016, Beiersdorf mula membangunkan "age clock" untuk sel kulit dan menerima paten untuk penemuan ini pada tahun 2021. “Algoritma di sebalik jam umur khusus kulit yang unik ini merupakan teknologi penting. Ia membantu kami mencari penyelesaian baharu penjagaan kulit yang menjadikan orang ramai kelihatan lebih muda daripada usia sebenar,” jelas Dr. Gitta Neufang, Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Pembangunan Korporat yang mengetuai lebih 1,000 orang pekerja R&D Beiersdorf di seluruh dunia. 

"Bagi kami, bidang penyelidikan epigenetik mempunyai potensi yang sangat besar dan menandakan langkah yang menentukan ke arah inovasi utama seterusnya dalam bidang pemulihan kulit," tambahnya. "Matlamat kami bukan hanya untuk mengimbangi kekurangan pada sel kulit, tetapi untuk memulihkan sel kulit."


Tahap Baharu (R)evolusi dalam Penjagaan Kulit Anti-Penuaan – Eucerin Hyaluron-Filler Epicelline® Serum

Bagi Encik Christopher Vierhaus, Pengurus Negara Beiersdorf di Malaysia & Singapura, kejayaan terkini dalam penyelidikan epigenetik Beiersdorf menjadi satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan produk inovatif yang boleh disediakan kepada pengguna, sekali gus memberikan sumbangan yang mampan kepada penuaan yang sihat: “Sebagai syarikat penjagaan kulit, kami memiliki pengalaman lebih 140 tahun dalam bidang penyelidikan kulit. Kami kini telah mencapai tahap baharu dalam evolusi penjagaan kulit untuk menemui bahan aktif baharu yang melambatkan tanda "age clock" kulit[1] - untuk pemulihan kulit yang boleh dilihat. Kejayaan ini membolehkan kami menawarkan para pengguna kami nilai tambah yang ketara pada masa hadapan, supaya mereka boleh berasa lebih selesa dengan kulit mereka sendiri untuk lebih lama lagi.”

Dengan penggunaan Eucerin Hyaluron-Filler Epicelline® Serum secara konsisten, ia mendedahkan usia biologi kulit - melawan 10 tanda penuaan untuk menjadikan anda kelihatan lebih muda sehingga 5 tahun dalam masa 4 minggu sahaja*. Keputusan menunjukkan bahawa:
  • 98% mengesahkan tanda-tanda penuaan kulit berkurangan dengan ketara 
  • 98% mengesahkan pengurangan kedutan, kulit kelihatan lebih muda 
  • 98% mengesahkan penuaan kulit kelihatan perlahan 
  • Diuji secara klinikal untuk mengurangkan jumlah kedutan sehingga 78% 
  • Diuji secara dermatologi dengan hasil yang boleh dilihat. 

Penemuan Baharu Teknologi Age Clock yang Dipatenkan dalam Ramuan Epicelline® Melambatkan Tanda-Tanda Penuaan dengan Nyata:
  • Epicelline, bahan aktif anti-penuaan yang paling berkesan daripada Eucerin untuk berfungsi dengan tepat pada tahap selular [4] untuk melawan masalah penuaan kulit pada puncanya.
  • Mengaktifkan semula keremajaan kulit untuk mengurangkan kedutan sedia ada dengan berkesan dan mengurangkan kemungkinan kedutan baru terbentuk. 


Eucerin Hyaluron-Filler Epicelline® Serum (30ML) | RM279.00. Kini boleh didapati di Watsons, Guardian, Shopee, Lazada & Kedai TikTok Rasmi Eucerin Malaysia




Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!