HABIB RAIKAN TAHUN BARU CINA 2025 DENGAN KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN YANG BERMAKNA


Dalam menyambut Tahun Baru Cina yang penuh bermakna, HABIB dengan bangga melancarkan kempen sempena perayaan ini. Bermula 3 Januari sehingga 2 Februari 2025, HABIB menjemput para pelanggan untuk menerokai koleksi baharu yang menakjubkan, termasuk Oro Italia 916, berlian, batu permata dan barangan eksklusif edisi terhad emas 999, untuk pelanggan meraikan musim perayaan ini dengan kesejahteraan dan kebahagiaan.

Tema Kempen Tahun Baru Cina 2025

Tema kempen diketengahkan melalui simbolisme empat musim dalam setahun dan bunga-bunga yang melambangkan keunikan tersendiri. Dari bunga orkid di musim bunga yang melambangkan permulaan yang baharu, hingga ke bunga ume (plum blossom) di musim sejuk yang mencerminkan kekuatan dan keanggunan, kempen Tahun Baru Cina HABIB menggabungkan musim musim ini dengan warna-warna yang melambangkan tuah dan simpul infiniti. Simbolisme ini bukan sahaja menggambarkan hubungan yang kekal di antara keluarga dan orang tersayang, malah kebijaksanaan, kasih sayang, interaksi, dan keberuntungan yang melimpah.

Koleksi Oro Italia 916

Raikan tahun baru dengan kemakmuran dan gaya elegan melalui koleksi Oro Italia 916. Dengan kilauan seperti berlian dan rekaan kontemporari, setiap karya dihasilkan dengan ketelitian dan sentuhan halus daripada artisan Itali yang berpengalaman, melengkapkan gaya perayaan anda dengan kilauan yang mempersona.

Koleksi 999

Serikan Tahun Baru Cina dengan koleksi barangan kemas 999 (24 karat) HABIB yang memukau. Dihasilkan dengan teknik emas 5G dan 5D yang terkini, koleksi ini bukan sahaja memberikan penampilan yang menawan, tetapi juga pelaburan yang berharga, dengan gabungan kecantikan dan ketahanan yang luar biasa.

Koleksi Berlian dan Batu Permata

Bagi mereka yang mencari sentuhan moden, HABIB menawarkan koleksi berlian dan batu permata yang direka khas untuk memenuhi citarasa generasi masa kini. Gayakan pakaian dan barangan kemas baharu sebagai tanda permulaan yang baharu. Serlahkan penampilan melalui rekaan yang menonjol atau pilih gaya minimalis untuk melengkapkan gaya harian. Dengan pelbagai batu permata yang berkilauan, pelanggan dapat meraikan tahun baru dengan penuh gaya dan keanggunan.

Syiling Wafer Emas 999.9 Edisi Empat Musim

HABIB turut menawarkan Syiling Wafer Emas 999.9 Edisi Empat Musim dalam empat rekaan unik dengan harga RM138 seberat 0.2 gram setiap satu, atau RM552 untuk satu set. Syiling Wafer Emas ini boleh didapati di semua bilik pameran dan boleh dijadikan alternatif untuk angpau atau hadiah istimewa untuk yang tersayang.

Edisi Terhad Golden Fortune 999.9 Wafer Emas

Sempena tahun ular, HABIB memperkenalkan wafer emas 999.9 edisi terhad Golden Fortune. Diinspirasi daripada kebijaksanaan, transformasi, dan intuisi, rekaan indah ini dipadankan dengan beg keberuntungan, untuk kemakmuran yang berterusan. Ianya boleh didapati secara eksklusif di platform e-dagang dengan harga RM138 setiap satu.
Cara Mendapatkan Maklumat Lanjut

Kempen ini berlangsung di semua bilik pameran HABIB seluruh negara dan di platform e-dagang HABIB dari 3 Januari hingga 2 Februari 2025. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi di www.habibjewels.com dan ikuti sosial media HABIB di Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial), serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB).

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!