PEREBUTAN KUASA DUA KELUARGA MAFIA LAHIRKAN BIBIT CINTA DALAM "BILA TAKDIR MELARANG CINTA"



Bagaimana jika takdir menemukan cinta didalam dunia yang didominasi oleh kuasa, dendam dan pengkhianatan?

Jawapannya ada dalam "Bila Takdir Melarang Cinta", drama bersiri iQIYI Original penuh aksi dan emosi ini bakal membawa penonton ke dalam dunia “underground” yang penuh bahaya, di mana dua hati terperangkap dalam cinta penuh konflik dan mustahil digapai. Penstriman akan bermula secara eksklusif di platform iQIYI pada 14 Februari 2025.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fadlan Hazim, Nadia Brian, Afiq Muiz, Eddy Syahir, Yaakob Abdul Aziz, Dato' Eizlan Yusof, Zarynn Min, Hanna Halim, Faizul Syaharin, Adam Shahz dan Shatirah Amanda, drama ini diarahkan oleh pengarah Shuhaimi Zulkefli, terbitan Metrowealth dan hasil pena kreatif oleh penulis Keetan Brenan.


Rayyan & Hawa – Cinta Terlarang Dunia Kongsi Gelap

Di sebalik kesibukan kota Kuala Lumpur, dua kartel jenayah terbesar—keluarga Salim dan keluarga Borhan—bergelut merebut kuasa.

Rayyan (lakonan Fadlan Hazim), anak kepada Salim, tekad untuk keluar dan tidak mengikut jejak langkah bapanya, merancang untuk melepaskan diri dari kegelapan yang membelenggu hidupnya. Menurut Fadlan Hazim, "Walaupun Rayyan adalah seorang mafia, dia tetap berpegang teguh dengan prinsip hidupnya walaupun dia adalah anak kepada ketua mafia." Mengulas mengenai keunikan watak Rayyan, beliau menambah, "Watak Rayyan ni lain daripada yang lain kerana dia mendambakan kehidupan tanpa jenayah, walaupun dia tahu dia akan berdepan risiko dengan menentang bapanya sendiri, yang merupakan Ketua Kartel terbesar di Malaysia."


Hawa (lakonan Nadia Brian), pewaris keluarga Borhan pula bercita-cita untuk mengubah perniagaan gelap bapanya dan mencari tempat di dalam dunia kejam dan penuh dusta. Ketika diajukan soalan mengenai harapan Nadia Brian terhadap watak Hawa, "Saya harap semua wanita di luar sana dapat memahami isi hati Hawa dalam drama ini dan kenapa dia sanggup lakukan perubahan dalam hidupnya demi keluarga."

Namun, apabila sebuah perjanjian damai bertukar menjadi serangan berdarah akibat pengkhianatan, konflik mula tercetus. Tanpa disedari, Rayyan telah melindungi Hawa—musuh yang sepatutnya dibenci. Di tengah-tengah hujan peluru dan rahsia yang semakin tersingkap, perasaan cinta yang tak sepatutnya mula wujud. Namun, dalam dunia di mana kepercayaan adalah nilai paling berharga, mampukah mereka bertahan melawan takdir?

En. Jony Deng, Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura berkata, “Bila Takdir Melarang Cinta bukan sekadar drama cinta biasa, ia penuh dengan aksi, emosi dan dilema yang pasti akan membuatkan penonton teruja. Dengan plot yang mendebarkan, barisan pelakon yang mantap dan kisah cinta yang diuji oleh kepercayaan, dendam dan pengorbanan, saya yakin drama ini akan menjadi kegemaran ramai. 


Saksikan drama iQIYI Original terbaru "Bila Takdir Melarang Cinta" secara eksklusif di semua platform iQIYI bermula 14 Februari 2025. Langgan iQIYI VIP sekarang dan tonton episod baru tanpa gangguan iklan dalam kualiti berdefinisi tinggi dan bersedia untuk menyelami kisah epik yang akan membawa anda ke dunia penuh konflik, ketegangan dan keazaman dalam mempertahankan cinta!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari laman media sosial rasmi iQIYI atau ikuti media sosial rasmi drama ini.



Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!