"DAM DIM DUM RAYA" - SENTUHAN ISTIMEWA NADEERA UNTUK RAYA ANDA!


Tahun ini, Nadeera hadir dengan sebuah karya istimewa yang menandakan single solo Raya pertamanya sebagai artis, iaitu "Dam Dim Dum Raya". Lebih menarik lagi, Nadeera sendiri terlibat dalam proses penciptaan lagu ini, menjadikan ia lebih bermakna buat dirinya dan peminat.

Sentuhan Kreatif Nadeera

"Saya rasa sangat bersyukur kerana berpeluang merakamkan bukan satu tetapi dua lagu Raya pada tahun ini! Untuk lagu ini, saya mahu menampilkan sisi kreatif saya sebagai pencipta lagu dan memberikan sesuatu yang istimewa buat peminat," kata Nadeera.

Nostalgia Raya Dalam Melodi

Lagu "Dam Dim Dum Raya" ini menggambarkan detik akhir Ramadan dan keterujaan menyambut Syawal bersama keluarga dan sahabat. Dengan melodi yang membangkitkan nostalgia serta lirik yang menyentuh hati, lagu ini pasti akan menemani peminat sepanjang musim perayaan.

Raya Lebih Meriah Bersama Rocketfuel Entertainment!

Dengan lagu istimewa ini daripada Rocketfuel Entertainment, sambutan Raya tahun ini pasti lebih ceria, berwarna-warni dan penuh kemeriahan. Semoga lagu "Dam Dim Dum Raya" ini dapat memeriahkan lagi sambutan Raya anda sekeluarga. Selamat berpuasa dan selamat berhibur!

Comments

Popular posts from this blog

SEPARUH NAFAS CINTA: SENGSARA PERKAHWINAN PAKSA DAN IBU MENTUA DARI NERAKA

ASTRO ANGKAT TEMA ‘BERSAMA LAGI JADI’, BAWA BARISAN KANDUNGAN KEROHANIAN DAN DRAMA TERBAIK RAMADAN 2026

HOCK KEE MASUK FASA PERTUMBUHAN BAHARU DENGAN PELABURAN CREADOR FOUNDATION DAN CENSURIA SERTA PELANTIKAN BELLA ASTILLAH SEBAGAI DUTA JENAMA

TOMOK DEDIKASIKAN KASIH SAYANG KELUARGA DALAM SINGLE “BUAH HATI”