JOM MAKAN AWANA: NIKMATI HIDANGAN RAMADAN DAN AIDILFITRI DENGAN SENTUHAN NOSTALGIA
Resorts World Awana, dengan latar kehijauan hutan hujan yang damai, menawarkan ketenangan sempurna bagi tetamu yang ingin bersantai dan menyegarkan minda. Raikan kemeriahan Ramadan dengan bufet buka puasa berkonsepkan bazar di Jom Makan Awana!
Menggabungkan warisan kulinari dan resipi keluarga, Bufet Ramadan Warisan Awana hasil sentuhan Eksekutif Chef Ahmad Rosnie menyajikan pengalaman berbuka puasa yang menggamit nostalgia cita rasa tradisional. Rasai kemeriahan suasana bazar tradisional dengan gabungan warna-warni, alunan bunyi yang menghidupkan suasana, serta haruman rempah yang membangkitkan selera.
Pakar kulinari kami menyajikan pelbagai hidangan klasik dan juadah istimewa yang pasti memuaskan cita rasa, antaranya Gulai Ikan Tongkol, Rendang Tok, Pasembur Pulau Pinang, Sotong Bakar, Nasi Kandar, Seafood Shell Out, serta hidangan kegemaran ramai, iaitu Kambing dan Daging Bakar.
Tidak ketinggalan, Sup Gearbox yang kaya dengan rasa!
Nikmati hingga 10 pes sambal dan kondimen Lost Recipes yang dihasilkan semula khas untuk sambutan istimewa ini! Raikan selera anda dengan pelbagai pilihan pembuka selera dan pencuci mulut tradisional, termasuk aneka kuih tempatan.
Selain itu, lempeng hangat yang turut dihidangkan bersama kari dhal, chutney kelapa, dan kesari. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pelbagai stesen masakan secara langsung disediakan untuk menggamit selera anda sepanjang pengalaman kulinari ini!
Rasai pengalaman kulinari yang pelbagai dan penuh kenikmatan dengan sajian istimewa ini di Jom Makan Awana, sempena meraikan keberkatan dan kemeriahan bulan Ramadan.
Nikmati harga istimewa untuk tempahan dalam talian dari sekarang hingga 30 Mac 2025, dengan hanya RM106 seorang untuk dewasa (RM118 tanpa tempahan) dan RM86 seorang untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun serta warga emas berumur 60 tahun ke atas (RM96 tanpa tempahan).
Untuk tempahan, hubungi +603 6436 9000 (samb. 7605) atau e-mel ke awanaf&b@rwgenting.com. Sementara itu, Jom Makan SkyAvenue, Aras G di Resorts World Genting menyajikan pilihan istimewa Ramadan hasil sentuhan Chef NorHamizi sehingga 30 Mac.
Nikmati set lazat dengan hidangan nasi minyak, ayam percik. jelatah, pajeri nanas, krim karamel, dan minuman, semuanya pada harga RM28 sahaja. Hidangan ini boleh dinikmati setiap hari dari jam 4 petang hingga 8:30 malam.
Sempena Aidilfitri, raikan dengan hidangan khas nasi tomato, ayam masak merah, jelatah, keropok ikan, krim karamel, dan minuman, semuanya pada harga RM28 sahaja. Set istimewa ini tersedia dari 31 Mac hingga 6 April, setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 8:30 malam.
Jangan lepaskan peluang menikmati set kombo istimewa Nasi Ayam Gepuk dan Pengat Pisang oleh Chef Murugan Munisamy sempena Ramadan & Aidilfitri, hanya pada harga RM28 sahaja!
Nikmati hidangan istimewa ini di Jom Makan Street Food, Aras 4, SkyAvenue, dari sekarang hingga 2 April, setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 9 malam. Rasai keunikan cita rasa tempatan dan tradisi, hanya di Jom Makan Street Food & SkyAvenue!
Untuk maklumat lanjut mengenai hidangan lazat dan perkembangan terkini di resort, sila layari rwgenting.com.
Comments
Post a Comment