MARRYBROWN MENYAMBUT KETIBAAN RAMADAN DENGAN MENU ’RIANG RAMADAN RAYA’


Marrybrown®, rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal (QSR) terbesar di Malaysia, teruja untuk menyambut bulan Ramadan dengan mengembalikan menu istimewa ’Riang Ramadan Raya’ yang akan tersedia di seluruh negara untuk tempoh terhad.

Menu istimewa ini menampilkan pelbagai hidangan khas sempena meraikan Ramadan dengan Sambal Ayam Penyet istimewa Marrybrown® sebagai tarikan hidangan utama. Sambal ini memberikan rasa pedas yang menyelerakan dan menjadikan setiap hidangan lebih sempurna, sesuai untuk berbuka puasa.

“Di bulan Ramadan, ramai yang menginginkan hidangan pedas dan berperisa untuk juadah berbuka. Kami telah mencipta Sambal Ayam Penyet istimewa ini untuk memenuhi cita rasa tersebut selain menghidangkan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan bagi mereka yang berpuasa,” kata Encik Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®.

Untuk penggemar makanan pedas, item menu ’Riang Ramadan Raya’ yang menyelerakan ini boleh dijadikan pilihan:

Kombo Nasi Ayam Penyet (bermula harga dari RM17.50): Menampilkan ayam goreng Marrybrown® dengan Sambal Ayam Penyet, dilengkapi dengan Kriuk-kriuk dan tempe, dihidangkan dengan Fanta® Strawberi (saiz biasa).


Kombo Ayam Penyet Burger (bermula harga dari RM17.30): Menampilkan Ayam Penyet Marrybrown® dan roti burger lembut dan gebu berwarna coklat/hijau, dihidangkan dengan Fanta® Strawberi (saiz biasa).


Pai Strawberi Kastard (RM4.99): Pastri lazat dengan kerak keemasan dengan isi strawberi dan kastard.


Ayam Penyet Box Meal (bermula harga dari RM27.90): Hidangan lengkap yang menampilkan Burger Ayam Penyet, 1-pc Ayam Penyet, Kentang Goreng (saiz biasa), dan Fanta® Strawberi (saiz biasa).


MB Meriah Bucket (bermula harga dari RM45.90): Sesuai untuk keluarga, menampilkan Ayam Goreng MB® dalam set 6, 9 atau 12 ketul, dilengkapi dengan Pai Stawberi Kastard, Cheesy Wedges, dan Fanta® Strawberi.
Untuk Ramadan ini, Marrybrown® memperkenalkan ‘Buka Puasa di Marrybrown’, perkhidmatan tempahan pra-pesanan. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan mengelakkan kesesakan waktu puncak dan merancang sesi berbuka dengan lebih mudah dan efisien.

“Sebagai jenama tempatan yang telah berkhidmat untuk rakyat Malaysia selama bertahun-tahun berkomitmen untuk terus menyampaikan hidangan ‘Memang Best’ yang dapat menyatukan masyarakat. Dengan menu Riang Ramadan Raya dan perkhidmatan pra-tempahan ini, kami berharap dapat mempermudahkan urusan berbuka puasa bagi komuniti Islam di negara ini,” tambah Encik Daniel Chan.

Marrybrown kini menyajikan lebih 600 lokasi di 16 buah negara sambil mengekalkan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan, dan nilai tertinggi untuk pengalaman menjamu selera yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, App MB®, promosi, dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Instagram: Marrybrownmy
TikTok: Marrybrownmy
Threads: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!