PELANCARAN PELAN PELAKSANAAN DAYA TAHAN KOMUNITI (CRIP) UNTUK KAMPUNG PASIR BARU DAN PPR BERINGIN, KUALA LUMPUR
Dalam langkah penting bagi meningkatkan daya tahan komuniti terhadap perubahan iklim, dua pelan pelaksanaan baharu telah direka untuk komuniti terpilih di Kuala Lumpur. Sebagai sebahagian daripada Program Daya ahan Iklim Bandar (UCRP), satu usaha dibangunkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Z Zurich, Zurich Malaysia dan C40 Cities di mana pelan ini memberi keutamaan kepada penduduk dalam membentuk penyelesaian untuk masa depan yang lebih selamat dan bersedia menghadapi perubahan iklim.
Pelan Pelaksanaan Daya Tahan Komuniti (CRIP) yang baharu ini telah disediakan bersama penduduk Kampung Pasir Baru (Jalan Klang Lama) dan PPR Beringin (Jinjang Utara), dua kawasan kejiranan yang paling terdedah kepada perubahan iklim di Kuala Lumpur. CRIP adalah hasil daripada kerjasama pelbagai pihak termasuk maklum balas daripada penduduk, pakar tempatan dan badan kerajaan.
Melalui bengkel kolaboratif, penilaian risiko iklim, dan penglibatan berterusan dengan penduduk, CRIP menggambarkan tindakaN utama yang diperlukan untuk komuniti paling terjejas oleh banjir, haba ekstrem dan risiko iklim lain.
Pelan ini merangkumi pemasangan sistem amaran awal banjir di Kampung Pasir Baru dan program celik kewangan kepada mereka yang tinggal di kawasan perumahan sosial seperti PPR Beringin yang terjejas oleh haba ekstrem.
Dalam berlangsungnya pelaksanaan CRIP, DBKL akan memulakan pelbagai inisiatif dengan kerjasama agensi berkaitan untuk mengintegrasikan strategi CRIP ke dalam pelan adaptasi iklim yang sedia ada di Kuala Lumpur. Pelan ini akan berfungsi sebagai dokumen hidup yang akan terus berkembang, panduan untuk tindakan tempatan, mengetengahkan pemilikan komuniti, dan mengukuhkan penyelarasan antara DBKL, agensi persekutuan dan pihak berkepentingan lain.
Dengan menguji penyelesaian daya tahan di peringkat komuniti, pendekatan ini akan menyokong Pelan Tindakan Haba pertama Kuala Lumpur dan strategi iklim lain, dan memperlihatkan bagaimana sumbangan UCRP terhadap tindakan di peringkat Kuala Lumpur dalam menghadapi perubahan iklim.
Dato' Sri TPr. (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, merasmikan pelancaran ini dan menegaskan komitmen bandar terhadap penyesuaian iklim yang inklusif yang dipimpin oleh komuniti:
"Saya berbangga kerana inisiatif berasaskan komuniti ini adalah selaras dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040, 15 Program Perdana DBKL, serta komitmen kukuh DBKL terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Inisiatif ini pasti menyumbang kepada aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang berdaya tahan, lestari, inklusif, dan bersedia untuk masa depan."
Di majlis pelancaran tersebut, Gregory Renand, Ketua Yayasan Z Zurich, dan Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara, Zurich Malaysia, menegaskan komitmen jangka panjang organisasi mereka terhadap inisiatif ini dan menekankan kepentingan pelaburan dalam daya tahan iklim yang berasaskan komuniti.
"Membangunkan daya tahan terhadap perubahan iklim memerlukan kerjasama pelbagai pihak untuk memastikan perlindungan yang lebih holistik dan mampan bagi komuniti tempatan. Dengan pendekatan berdasarkan pencegahan, kami melengkapkan komuniti rentan dengan pengetahuan, alatan dan sumber yang diperlukan untuk mempersiapkan diri mereka daripada kesan negatif perubahan iklim. Kami berharap dapat mengintegrasikan hasil kajian kami melalui CRIP yang disesuaikan dan dipimpin oleh komuniti, dengan sokongan daripada rakan kongsi kami di DBKL serta C40," Gregory Renand, Ketua Yaysan Z Zurich berkata.
Selain itu, Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara, Zurich Malaysia menambah, "Di Zurich Malaysia, kami percaya bahawa impak sebenar bermula di peringkat komuniti. Pelancaran CRIP ini adalah bukti apa yang boleh dicapai apabila penduduk tempatan diberi kuasa untuk memimpin. Dengan memenuhi keperluan penduduk di Kampung Pasir Baru dan PPR Beringin, kami bukan sahaja menyediakan perlindungan secara fizikal tetapi juga membina budaya kesiapsiagaan, daya tahan, dan penjagaan. Berlandaskan komitmen jangka panjang kami untuk Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna, kami berusaha membantu komuniti dalam menghadapi cabaran perubahan iklim."
Pelancaran ini membuktikan dengan jelas kepimpinan Kuala Lumpur dalam daya tahan iklim bandar, yang dibina atas kerjasama kukuh antara kerajaan tempatan, komuniti, dan rakan sektor swasta. Program ini disokong oleh C40 Cities sebagai rakan teknikal dan dibiayai oleh Yayasan Z Zurich, bersama Zurich Malaysia yang memainkan peranan utama dalam menyelaraskan kepimpinan daripada sektor swasta dan tindakan iklim yang dipimpin oleh komuniti.
Majlis tersebut juga menampilkan panel perbincangan interaktif, pengiktirafan kepada wakil-wakil komuniti tempatan, serta memberi penekanan terhadap maklum balas, idea dan keutamaan komuniti. Ini menandakan permulaan perjalanan ke arah kerjasama berterusan dan kemajuan yang bermakna ke arah membina Kuala Lumpur yang lebih berdaya tahan. Dengan usaha ini, Kuala Lumpur bersedia untuk memimpin dalam daya tahan iklim, membinamasa depan yang lebih kukuh dan mampan untuk penduduk dan menjadi contoh untuk bandar-bandar di seluruh dunia.untuk bandar-bandar di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai UCRP yang dibiayai oleh Yayasan Z Zurich, disokong oleh Zurich Malaysia dan usaha-usaha dalam membina komuniti yang berdaya tahan iklim, sila layari www.zurich.com.my/about-zurich/corporate-responsibility/urban-climate-resilience-program.
Comments
Post a Comment