TAWARAN KERJA IMPIAN ATAU PERANGKAP? KENALI JENIS PENIPUAN (SCAM) PEKERJAAN


Dalam usaha mencari pekerjaan, ramai pencari kerja mengidamkan tawaran impian yang menawarkan gaji lumayan, fleksibiliti, dan peluang masa depan yang cerah. Namun, di sebalik iklan yang kelihatan hebat, semakin banyak kes penipuan pekerjaan muncul, memperdaya individu dengan janji palsu yang akhirnya membawa kerugian kewangan dan ancaman terhadap keselamatan maklumat peribadi.

Sebagai platform kerjaya yang dipercayai, Jobstreet by SEEK berada di barisan hadapan dalam usaha membanteras penipuan ini. Dengan meningkatnya jumlah kes penipuan kerja, platform ini komited dalam melindungi pencari kerja menerusi proses saringan ketat, pemantauan terhadap ancaman siber, dan usaha meningkatkan kesedaran mengenai taktik penipu.

Berikut adalah antara bentuk penipuan pekerjaan yang perlu dikenali agar pencari kerja dapat melindungi diri daripada menjadi mangsa:

1. Penipuan Tugasan Cryptocurrency

Penipuan ini mensasarkan mereka yang mencari peluang kerja jarak jauh dengan janji bayaran dalam bentuk cryptocurrency untuk menyelesaikan tugasan mudah seperti tinjauan atau kemasukan data. Setelah tertarik dengan iklan kerja yang kelihatan sah, mangsa akan diminta membuat bayaran awal atau membeli cryptocurrency untuk mendapatkan akses kepada tugasan. Namun, sebaik sahaja bayaran dibuat, penipu menghilang, meninggalkan mangsa tanpa tugas mahupun bayaran yang dijanjikan.

2. Penipuan ‘Money Mule’

Penipu memperdaya mangsa untuk menjadi perantara bagi pemindahan dana haram. Iklan kerja palsu menawarkan gaji tinggi untuk kerja mudah seperti menguruskan transaksi kewangan. Mangsa, tanpa menyedari bahaya, menerima dana ke akaun mereka dan diarahkan untuk memindahkannya ke akaun lain dengan janji komisen. Apabila penipuan terbongkar, mangsa boleh berdepan tindakan undang-undang atas penglibatan mereka dalam aktiviti pengubahan wang haram.

3. Penipuan Pencurian Identiti

Penipu menggunakan iklan kerja palsu untuk mengumpul maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan salinan kad pengenalan. Mereka sering menyamar sebagai syarikat sah bagi meyakinkan pencari kerja bahawa peluang yang ditawarkan adalah tulen. Maklumat yang diperoleh kemudian digunakan untuk tujuan penipuan seperti membuka akaun bank atau memohon pinjaman atas nama mangsa, menyebabkan mereka mengalami kerugian kewangan dan kesukaran mendapatkan kembali kawalan terhadap identiti mereka.

4. Penipuan Penyamar

Penipu semakin giat mendekati individu melalui mesej WhatsApp, panggilan telefon, dan media sosial, menawarkan pekerjaan bergaji tinggi atau memberi ‘kelulusan’ terhadap permohonan kerja. Mereka sering meminta mangsa berurusan di luar platform rasmi dan mengumpul maklumat peribadi atau meminta bayaran untuk proses lanjut. Jobstreet by SEEK menegaskan bahawa semua komunikasi rasmi hanya dilakukan menerusi platform selamat, dan pencari kerja harus segera melaporkan serta menyekat mesej mencurigakan yang diterima.

Melindungi Pencari Kerja dari Penipuan

Pada separuh pertama tahun 2024, penipuan pekerjaan meningkat ke tahap membimbangkan. Jobstreet by SEEK bertindak dengan strategi komprehensif bagi memastikan pencari kerja dilindungi:

✔ Proses saringan ketat bagi majikan dan iklan pekerjaan
✔ Keutamaan terhadap perlindungan data
✔ Pemantauan berterusan terhadap ancaman penipuan

Sepanjang Julai 2023 hingga Jun 2024, platform ini telah menyemak 4.9 juta iklan pekerjaan di rantau Asia Pasifik, dengan 10% dikenal pasti untuk siasatan lanjut, lebih 1,400 majikan berisiko tinggi disekat, dan 1,200 iklan penipuan dibuang melalui pemeriksaan proaktif serta laporan komuniti.

Nicholas Lam, Pengarah Urusan Jobstreet by SEEK Malaysia.

"Penipu memanipulasi pencari kerja yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan dengan segera. Eksploitasi ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan tetapi juga merosakkan kepercayaan terhadap peluang yang sah. Meningkatkan kesedaran adalah langkah utama untuk mengatasi masalah ini," kata Nicholas Lam, Pengarah Urusan Jobstreet by SEEK Malaysia.

Jobstreet by SEEK terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan serta menambah baik langkah pengesanan penipuan bagi memastikan ekosistem pencarian kerja kekal selamat.

Pencari kerja digesa untuk sentiasa berwaspada, melindungi maklumat peribadi, dan melaporkan sebarang iklan yang mencurigakan. Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan pekerjaan dan langkah berjaga-jaga, layari Security and Privacy Hub di https://my.jobstreet.com/security-privacy.

Jika anda menghadapi komunikasi yang mencurigakan, sila hubungi Jobstreet by SEEK:

📞 Malaysia: +60-3-2778 9000
📩 Emel: ads-my@jobstreet.com

Dengan usaha berterusan ini, platform ini bertekad untuk memastikan pasaran kerja Malaysia kekal selamat, telus, dan bebas daripada penipuan. Jangan biarkan impian anda berubah menjadi perangkap—lindungi diri, kenali tanda-tanda penipuan, dan buat keputusan bijak dalam mencari peluang pekerjaan!

Feature photo by www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

KRU & ICON ENTERTAINMENT LAKAR SEJARAH TERIMA 2 PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBR)