BMW GROUP MALAYSIA DAN QUILL AUTOMOBILES LANCAR PUSAT BAIK PULIH & CAT CANGGIH SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA INISIATIF RELAX. WE CARE.
Quill Automobiles, salah satu pengedar sah terbesar BMW Group di Malaysia, telah melancarkan Pusat Baik Pulih & Cat Quill baharu, menetapkan penanda aras terkini dalam kecemerlangan perkhidmatan selepas jualan BMW. Pusat ini dibangunkan untuk menyediakan perkhidmatan baik pulih kenderaan yang terperinci dan kepakaran kemahiran. Bengkel baharu ini terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan Petaling Jaya dan merupakan manifestasi terkini serta paling menyeluruh bagi pendekatan 360 darjah BMW Group Malaysia terhadap Pemilikan Premium - Relax. We Care.
Inisiatif sokongan pelanggan Relax. We Care. diperkasakan oleh rangkaian perkhidmatan pintar termasuk Janji Servis BMW, Penjagaan Proaktif BMW, dan Keterhubungan Pemanduan Pintar BMW, yang memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan pada setiap peringkat. Berteraskan pendekatan moden dan premium terhadap pemilikan kenderaan, ciri-ciri ini memastikan pelanggan menerima diagnostik kenderaan secara masa nyata, sokongan teknikal daripada pakar, dan kemudahan tempahan servis yang lancar melalui aplikasi My BMW dan antara muka dalam kenderaan. Melalui perlindungan menyeluruh di bawah program Servis & Pembaikan Inklusif BMW, pemilik BMW menikmati liputan servis sehingga enam tahun dan jaminan bateri voltan tinggi selama lapan tahun bagi kenderaan elektrik, disokong oleh program Bantuan Tepi Jalan 24/7 BMW, memastikan pelanggan sentiasa dilindungi dalam apa jua keadaan.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata, “Janji kami kepada setiap pelanggan BMW Group adalah komitmen untuk memberikan Sheer Driving Pleasure bukan sahaja ketika memandu, tetapi sepanjang keseluruhan perjalanan Pemilikan Premium, yang berterusan meskipun selepas memandu keluar daripada bilik pameran buat pertama kalinya. Relax. We Care. mencerminkan matlamat aktif kami untuk memenuhi keperluan pelanggan melalui penjagaan proaktif, perkhidmatan pakar, keterhubungan yang canggih, dan sokongan yang telus. Memandangkan Keterbukaan Teknologi dan Kuasa Pilihan kekal sebagai teras strategi kami, pengalaman selepas jualan juga mesti mencerminkan nilai yang sama iaitu fleksibel, inovatif, dan bersedia menyokong setiap pemilik BMW. Penambahbaikan kemudahan Baik Pulih & Cat di Quill Automobiles ini mengukuhkan lagi janji tersebut, menawarkan tahap kecemerlangan dan penjagaan yang sewajarnya dinikmati pelanggan demi ketenangan fikiran sepenuhnya terhadap kenderaan BMW mereka.”
Alex Tang, Prinsipal Pengedar Quill Automobiles, menambah, “Sebagai salah satu pusat jualan dan servis terbesar BMW Group Malaysia, kami amat teruja untuk melancarkan Pusat Baik Pulih & Cat baharu sebagai lanjutan terhadap pelaburan dalam penjagaan automotif premium untuk pelanggan kami yang dihargai. Dengan penambahan ruang servis khusus dan sistem baik pulih serba canggih yang menawarkan teknologi terkini dalam membaik pulih kenderaan, kami kini bersedia menangani segalanya daripada baik pulih kecil hingga servis yang kompleks dengan ketelitian bertaraf kilang. Matlamat kami adalah memastikan setiap kenderaan yang masuk ke bengkel dikembalikan kepada pemiliknya dalam keadaan terbaik agar ia terus memberikan Sheer Driving Pleasure yang mereka kenali dan cintai.”
Direka dengan susun atur yang memfokuskan fungsi dan infrastruktur canggih, Pusat Baik Pulih & Cat Quill Automobiles baharu ini menawarkan kecemerlangan membaik pulih kenderaan diiktiraf BMW dengan kecekapan dan penjagaan maksimum. Terletak di ruang bengkel seluas 15,625 kaki persegi dan ruang pejabat tambahan seluas 6,397 kaki persegi, kemudahan ini dilengkapi untuk menangani pelbagai keperluan baik pulih daripada kerja kosmetik ringan hingga baik pulih kenderaan yang rumit sambil mengekalkan standard keselamatan, ketelitian, dan keyakinan pelanggan yang tertinggi.
Pusat ini dilengkapi 10 ruang baik pulih utama, dua bilik semburan cat berteknologi tinggi, dan empat ruang persediaan lengkap yang menyokong proses baik pulih serta kawalan kualiti dengan lancar. Sebuah Bilik Campuran Cat disediakan untuk kerja kemasan menyeluruh, manakala sistem penjajaran rangka Car-O-Liner berteknologi tinggi memastikan ketepatan diagnostik masa nyata mengikut spesifikasi pengeluar. Pusat ini menempatkan satu pasukan yang terdiri daripada 11 pakar terlatih yang bekerjasama rapat dengan peralatan dan sistem diagnostik diiktiraf BMW, bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan penjagaan kenderaan yang menyeluruh termasuk baik pulih akibat kemalangan, pembaharuan cat, pemulihan rim, dan penggantian cermin hadapan.
Melangkaui keupayaan fizikalnya, Pusat Baik Pulih & Cat Quill Automobiles baharu ini melambangkan komitmen lebih luas dalam menyokong Masa Hadapan Mobiliti. Dengan infrastruktur khusus dan latihan teknikal yang disediakan, pusat ini bersedia sepenuhnya untuk mengendalikan keperluan unik dalam baik pulih kenderaan elektrik termasuk sistem bateri voltan tinggi, komponen gentian karbon, dan pengendalian bahan-bahan berteknologi tinggi.
Seiring dengan pelancaran rasmi Pusat Baik Pulih & Cat ini, Quill Automobiles turut menganjurkan beberapa siri bengkel teknikal untuk rakan kongsi utama. Sesi khas ini dikendalikan oleh Pengurus Latihan Teknikal & Kenderaan Elektrik BMW, menekankan tahap kepakaran dan perkhidmatan yang dinikmati pelanggan pada setiap kunjunga, termasuk teknik baik pulih BMW yang canggih, proses pencampuran warna yang sofistikated, servis kenderaan elektrik, serta panduan mengenai teknologi terkini dalam diagnostik struktur.
Pusat Baik Pulih & Cat Quill Automobiles beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan Sabtu dari 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Pusat ini ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum. Kemudahan ini terletak di Lot 12, Jalan 51A/241, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor.
Comments
Post a Comment