BZU BZU LANCAR LAMPIN VELVETBREEZE – DIREKA KHAS UNTUK CUACA PANAS MALAYSIA DAN SI MANJA YANG LEBIH CERIA
Sebenarnya, bayi di Malaysia bukan hanya memerlukan lampin yang menyerap, tetapi juga lampin yang boleh “bernafas”, dan inilah sebabnya BZU BZU VelvetBreeze dilahirkan.
Dengan berinspirasikan cara ibu bapa menangani cuaca panas, kelembapan dan kulit bayi yang sensitif, VelvetBreeze direka bagi memastikan bayi kekal kering dan selesa dari siang hingga malam. Ia merupakan lampin pertama di Malaysia yang menggabungkan ciri ‘360° Cosmic Circulation’ dan Teknologi AIRJUST™, yang membolehkan udara bergerak bebas sambil menyesuaikan pengudaraan mengikut persekitaran bayi. Hasilnya? Kulit bayi kekal segar, tidak berpeluh dan paling penting, bebas ruam.
“Ketika berbual dengan ibu bapa, keluhan yang sering kami dengar ialah ‘Lampin bayi saya terasa panas dan tidak selesa.’ Di Malaysia, ini memang satu kebimbangan, kerana cuaca yang panas dan lembap menjadikan si manja mudah meragam dan tidak selesa. Jadi, kami sedar kami perlu bertindak,” kongsi Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU, Raphael Jiang.
“Dengan VelvetBreeze, kami bukan sekadar mencipta lampin biasa. Kami mahu memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa, dan keselesaan yang diperlukan bayi untuk kekal ceria dan sihat. Ia diperbuat daripada bahan lembut yang disukai bayi serta pengudaraan yang diperlukan mereka,” tambah Jiang lagi.
Sama ada anda baru bergelar ibu bapa, atau sibuk mengejar si kecil yang aktif, lampin ini direka bagi memudahkan urusan anda. Segala keperluan ibu bapa kini digabungkan dalam satu lampin yang mudah lagi praktikal.
Apa Yang Menjadikan VelvetBreeze Lain Daripada Yang Lain?
BZU BZU akhirnya menemui formula untuk pengalaman lampin yang lebih ceria, dan VelvetBreeze adalah buktinya. Direka dengan gabungan sains, keselesaan dan kasih sayang, Lampin Bayi VelvetBreeze menawarkan pengalaman terbaik buat ibu bapa moden yang sibuk serta bayi yang berkulit sensitif.
● 360° Cosmic Circulation – Kesegaran Sepanjang Hari
VelvetBreeze membolehkan udara bergerak bebas dari pinggang hingga ke belakang dan punggung bayi – memastikan pengaliran udara dari setiap arah. Jadi, ucapkan selamat tinggal kepada lampin yang panas dan basah. Walau dalam panas terik, kulit bayi kekal kering dan selesa.
● Teknologi AirJust™ – Berdasarkan Keperluan Bayi
Ciri pintar ini menggunakan pelarasan aliran udara automatik untuk mengawal pengudaraan di sekitar kawasan lampin. Apabila cuaca panas, ia membebaskan lebih haba; apabila cuaca sejuk, ia menyeimbangkan suhunya. ‘Mikroiklim’ yang selesa ini bermakna kurang ruam, lebih senyuman!
● Lembut dan Bebas Kebimbangan
Diuji secara klinikal terhadap 150 bayi,lebih 96% tidak mengalami atau hanya mengalami ruam yang minimal.VelvetBreeze bebas daripada pewarna, klorin, paraben, ftalat dan bahan kimia berbahaya. Selamat digunakan walau untuk kulit paling sensitif.
● Perlindungan Anti Bocor Sehingga 14 Jam
Untuk hari sibuk dan malam yang panjang, teras VelvetBreeze dengan kuasa penyerapan yang tinggi akan mengunci kelembapan dan mencegah kebocoran. Si manja kekal kering, anda pula bebas tekanan.
● Dihasilkan oleh Jenama yang Dipercayai Ibu bapa
Anda mungkin kenal BZU BZU menerusi rangkaian syampu dan losyen bayi yang lembut dan semula jadi. Kini, jenama yang sama ini telah memperkenalkan lampin yang dihasilkan dengan tahap penjagaan dan piawaian sama yang boleh dipercayai.
Diuji secara teliti oleh pakar dermatologi dengan pengiktirafan ibu bapa, VelvetBreeze menepati piawaian tertinggi dari segi keselamatan, keselesaan dan kualiti. Malah, 9 daripada 10 ibu bapa memilihnya sebagai pilihan utama untuk kulit bayi yang paling lembut dan sihat.
Mengapa Ramai Ibu Bapa Beralih ke VelvetBreeze?
Bukan semua lampin dicipta sama, tanya saja mana-mana ibu bapa! Kami faham memilih lampin yang sesuai boleh membawa perubahan yang besar buat si kecil dan juga untuk diri anda. Jadi, kami senaraikan bagaimana lampin ini melangkaui jangkaan demi keselesaan si kecil, baik siang mahupun malam.
Dapatkan BZU BZU VelvetBreeze Hari Ini!
Daripada tidur siang, masa bermain, hinggalah tidur malam yang panjang, Lampin Bayi VelvetBreeze direka bagi memastikan punggung bayi kekal kering dan selesa. Ia tersedia dalam pilihan Lampin Pelekat dan Lampin Seluar, sesuai untuk setiap fasa dan keperluan. Jika si manjaanda gembira dan bebas ruam, sudah tentu anda juga akan berasa lebih bahagia!
Jom dapatkan hari ini juga di laman web rasmi BZU BZU, Lazada, Shopee serta kedai-kedai fizikal yang terpilih di seluruh Malaysia pada harga runcit yang disyorkan bermula RM42.90! Lampin Pelekat tersedia dalam saiz NB, S, M dan L manakala Lampin Seluar tersedia dalam saiz M, L, XL dan XXL.
Comments
Post a Comment