PENDAFTARAN KINI DIBUKA UNTUK KEJOHANAN VOLVO PADEL OPEN 2025


Pendaftaran kini dibuka untuk Volvo Padel Open – kejohanan padel terbesar di Malaysia – yang akan berlangsung dari 21 Jun hingga 27 Julai 2025.

Bekerjasama dengan tiga kelab padel terkemuka di Lembah Klang – Joy Division Padel, Padelground dan PadelKu – kejohanan tahun ini akan memberi peluang kepada sehingga 320 peserta untuk memenangi hadiah wang tunai, barangan eksklusif, waktu sewaan gelanggang, serta pengalaman tujuh hari penuh bersama kenderaan Volvo elektrik sepenuhnya. Jumlah keseluruhan hadiah melebihi RM180,000.

Acara Utama

Tarikh

Pendaftaran

3 June – 3 July 2025

Penilaian Pemain

21 June – 6 July 2025

Klinik Latihan

12-13 July 2025

Pusingan Kelayakan (Beginner)

19 July 2025

Pusingan Kelayakan (Intermediate & Advanced)

26 July 2025

Peringkat Akhir (Semua kategori)

27 July 2025


Untuk menyertai Volvo Padel Open, peserta hanya perlu membayar yuran sekali sahaja sebanyak RM160 seorang, atau RM320 setiap pasukan. Pemilik kenderaan Volvo menikmati potongan 50% untuk penyertaan setiap individu.

Tahun ini, Volvo Padel Open menawarkan tiga kategori utama – Beginner, Intermediate dan Advanced – bagi mengiktiraf peningkatan tahap kemahiran peminat padel sejak kejohanan tahun lalu, di samping membuka ruang kepada pemain rekreasi baharu untuk mencuba aksi kompetitif.

Bagi kategori Beginner, sistem perlawanan “americano” akan diperkenalkan dalam pusingan kelayakan untuk memberi lebih masa dan peluang bermain. Peserta mendaftar secara individu dan akan digandingkan secara bergilir dalam kumpulan masing-masing. Mata akan dikumpul berdasarkan setiap perlawanan.

Hanya 16 pemain lelaki dan 16 pemain wanita terbaik akan layak ke separuh akhir, dan akan digandingkan mengikut jantina dalam format berpasukan – memberikan peluang kepada peserta untuk merasai pelbagai gaya permainan.

Untuk kategori Intermediate dan Advanced pula, peserta akan mendaftar sebagai pasukan sejak awal, dan boleh memilih untuk bertanding dalam divisyen lelaki atau campuran. Pusingan kelayakan akan berlangsung dalam format round-robin (set hingga 5 permainan), manakala peringkat kalah mati akan dimainkan dalam set hingga 7 permainan sebelum ke perlawanan akhir penuh.

Bagi memastikan kesaksamaan, semua peserta dalam kategori Beginner dan Intermediate diwajibkan menjalani penilaian tahap kemahiran oleh jurulatih profesional sebelum menyertai kejohanan.


Seperti tahun lalu, Volvo Car Malaysia turut menyediakan klinik latihan percuma untuk peserta kategori Beginner dan Intermediate – bertujuan meningkatkan keyakinan dan kemahiran sebelum kejohanan bermula. Sesi akan dijalankan selama sejam secara berkumpulan (empat pemain satu sesi) dengan fokus kepada teknik dan strategi permainan.

Peringkat akhir untuk semua kategori akan berlangsung di premis baharu Joy Division Padel di Jalan Penchala, Petaling Jaya (JOY2), yang menampilkan dua gelanggang bertaraf kejohanan. Orang ramai dialu-alukan hadir sebagai penonton, manakala peserta Volvo Padel Open akan menikmati hospitaliti eksklusif secara percuma.

Kejohanan tahun ini turut disokong oleh penaja rasmi: Tactical Padel (bola rasmi, barangan kejohanan dan hadiah utama), Glacéau vitaminwater (minuman tenaga rasmi oleh Coca-Cola Malaysia), dan Directors’ ThinkTank selaku rakan produksi kreatif.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kejohanan padel terbesar di Malaysia. Pendaftaran dibuka sekarang hingga 3 Julai 2025 atau sehingga slot penuh. Sertai sekarang di: https://padel.volvocarmalaysia.com.


Untuk maklumat lanjut, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook (bit.ly/VolvoMY-FB) dan Instagram (bit.ly/VolvoMY-IG).

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

NIKMATI SAJIAN BAKERI SEGAR: TOUS LES JOURS KINI DI SUNWAY PYRAMID DAN SUNWAY VELOCITY

GOLDENHOME LANCAR RUANG PAMERAN SELUAS 10,000 KAKI PERSEGI