SATURDAY NIGHT – CELEBRATING BEE GEES: DUA MALAM PENUH NOSTALGIA DI ZEPP KUALA LUMPUR


Bersedialah ntuk menari mengikut rentak kenangan sambil menikmati lagu-lagu ikonik daripada legenda muzik Bee Gees. Pada 31 Julai dan 1 Ogos 2025, Zepp Kuala Lumpur akan bertransformasi menjadi pusat kegemilangan disko bagi pertunjukan khas Saturday Night – Celebrating Bee Gees, sebuah persembahan istimewa yang mempersembahkan himpunan lagu-lagu klasik Bee Gees dalam sebuah pengalaman penuh nostalgia.

Kembara Muzik Merentasi Empat Dekad

Dibawakan oleh Milestone Production, konsert ini meraikan warisan muzik Bee Gees yang melintasi generasi. Dari balada indah seperti Massachusetts dan To Love Somebody, hingga ke rentak funk dan disko mengasyikkan dalam Jive Talkin’, Stayin’ Alive, dan Night Fever—malam ini menjanjikan sebuah perjalanan ke era keemasan muzik disko yang tidak boleh dilepaskan.

Kehebatan Saturday Night Bee Gees

Menghidupkan kembali aura dan kehebatan Bee Gees di pentas ialah kumpulan berbakat dari United Kingdom, Saturday Night Bee Gees. Barisan enam pemuzik ini telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia kerana persembahan mereka yang mengungkap keaslian vokal dan gaya adik-beradik Gibb dengan ketepatan luar biasa.

Peminat boleh menikmati lantunan suara falsetto yang sempurna melalui lagu-lagu seperti How Deep Is Your Love, You Win Again, Tragedy, dan banyak lagi. Ia bakal menjadi malam yang sarat dengan tarian, ritma disko, funk dan nostalgia yang akan menghidupkan semula kenangan indah era Bee Gees.

Dapatkan Tiket Anda Sekarang

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perayaan muzik ini. Tiket untuk Saturday Night – Celebrating Bee Gees kini boleh didapati pada harga bermula RM198 dalam kategori CAT C hingga RM638 untuk kategori Premium.

Eksklusif untuk pemegang kad Maybank: Nikmati diskaun sehingga 25 peratus apabila anda membuat pembayaran menggunakan kad Maybank anda. Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat.


Maklumat Persembahan

Tarikh: 31 Julai dan 1 Ogos 2025
Lokasi: Zepp Kuala Lumpur

Harga tiket:
  • Premium – RM638
  • VIP – RM538
  • CAT A – RM398
  • CAT B – RM298
  • CAT C – RM198
  • Platinum Box – RM4,800 untuk enam orang
Tiket tertakluk kepada yuran tiket RM4 dan yuran transaksi RM10.

Untuk tempahan Platinum Box, pakej korporat atau pembelian berkumpulan serta untuk orang kurang upaya, hubungi Puan Sha di +6012 332 3024 atau e-mel ke sha@milestone-entertainment.com.

Maklumat lanjut dan tempahan tiket boleh didapati di www.milestone-entertainment.com.

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN