FATTAH AMIN KINI DUTA NEX – JENAMA AIR MINERAL TERBAHARU DI PASARAN
Stadium Hoki Bukit Jalil bergema dengan sorakan peminat sempena Konsert Jiwa Kacau, namun perhatian turut tertumpu pada pelancaran gaya hidup terkini – air mineral NEX.
Jenama baharu ini mencuri tumpuan dengan booth interaktif, permainan berhadiah, dan barangan edisi khas. Namun kemunculan mengejut Fattah Amin sebagai Duta Jenama menjadikan malam tersebut lebih istimewa. Dengan imej bersih, gaya hidup aktif dan aura inspirasi, Fattah dipilih untuk mewakili falsafah NEX: Hydrate to Elevate.
Pelancaran turut diserikan dengan tayangan Video Rasmi NEX berdurasi 30 saat yang menampilkan gabungan kesegaran dan ekspresi diri—menggambarkan NEX bukan sekadar air mineral, tetapi simbol gaya hidup generasi moden.
Sebagai sebahagian daripada kempen “Hydrate & Win”, pengguna berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk sesi istimewa bersama Fattah Amin. Hanya dengan pembelian RM10 ke atas di TikTok Shop atau Shopee, dan meninggalkan ulasan, 30 pemenang bertuah akan dipilih. Dua pembeli terawal pada malam konsert juga diumumkan sebagai pemenang pertama.
NEX kini boleh didapati di @nexbeverage di TikTok & Instagram. Beli sekarang di TikTok Shop & Shopee — kekal terhidrat, penuh gaya!
Comments
Post a Comment