BUAT PERTAMA KALI, MALAYSIA JADI TUAN RUMAH PERTANDINGAN BADMINTON SPECIAL OLYMPICS ASIA PASIFIK


Buat pertama kali dalam sejarah, Malaysia akan menjadi tuan rumah Pertandingan Badminton Serantau Special Olympics Asia Pasifik pada September 2025.

Pertandingan bersejarah ini, meraikan individu dengan kurang upaya intelektual dan perkembangan (Intellectual and Developmental Disabilities – IDD), akan berlangsung dari 17 hingga 20 September 2025 di Stadium Juara, Bukit Kiara. Ia bakal menghimpunkan pemain badminton dari seluruh rantau Asia Pasifik, dengan matlamat untuk memupuk rasa hormat, kefahaman dan keterangkuman sosial terhadap komuniti IDD, melalui kekuatan sukan.

Sebagai negara tuan rumah, Malaysia bakal menyambut seramai 81 pemain badminton, termasuk 64 atlet dengan IDD serta 17 rakan unified partners – individu tanpa kurang upaya yang bersukan bersama mereka bagi memupuk semangat kesepaduan. Para peserta adalah daripada program Special Olympics di 10 negara: Bangladesh, India, Indonesia, Maldives, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Thailand dan Malaysia. Mewakili negara tuan rumah ialah 12 atlet Malaysia dengan IDD dan 4 rakan unified partners, bersedia beraksi di gelanggang dengan sokongan padu daripada penyokong tanah air.

Memperkukuh Peluang Sukan Inklusif di Asia Pasifik

Pertandingan ini menjadi platform yang bermakna buat atlet dengan IDD untuk menyerlah, dilihat dan diraikan. Setiap atlet hadir dengan kisah keberanian, ketabahan dan potensi luar biasa, jelas Connie Yee, Pengarah Kebangsaan Special Olympics Malaysia.

Beliau berkata, “Menjadi tuan rumah bagi acara ini adalah satu pencapaian penting dalam memajukan gerakan sukan inklusif di Malaysia. Ia bukan sekadar menampilkan kehebatan dalam sukan, malah mengukuhkan komitmen serantau kita terhadap keterangkuman, maruah dan peluang yang sama rata. Sukan berupaya merapatkan jurang, membina keyakinan dan menyatukan komuniti. Acara ini, yang memberi tumpuan kepada individu dengan IDD golongan yang sering dipinggirkan dan terlepas pandang benar-benar mencerminkan semangat tersebut.”

Kejohanan ini akan mempertandingkan acara Perseorangan dan Beregu Lelaki serta Wanita, termasuk Beregu Unified – kategori unik di mana atlet dengan dan tanpa IDD berpasukan serta bersaing bersama, melambangkan keterangkuman sebenar, semangat berpasukan dan kesatuan melalui sukan. Acara akan dipertandingkan mengikut dua kategori umur: 16 hingga 21 tahun dan 22 hingga 33 tahun.

Bagi ramai individu dengan ketidakupayaan intelektual, sukan bukan sekadar aktiviti fizikal semata-mata. Ia membuka ruang kepada kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik, mengukuhkan ikatan sosial dan membina kehidupan yang lebih berdikari. Menerusi sukan dan pertandingan seperti ini, para atlet bukan sahaja memperoleh keyakinan dan kemahiran, malah diberikan peluang untuk menyerlah dan diraikan.

“Sukan memberi para atlet kita rasa tujuan dalam hidup. Ia bukan sekadar belajar bermain, tetapi membina disiplin, fokus dan ketahanan diri,” ujar Badrul Hisham Bin Majid, jurulatih bola sepak dan badminton untuk Special Olympics Kuching.“Ramai antara mereka datang dengan penuh rasa ragu pada diri sendiri. Tapi menerusi latihan dan semangat berpasukan, mereka mula membina keyakinan. Mereka menjalin persahabatan, membentuk rutin, dan perlahan-lahan mula percaya pada potensi diri, bukan sahaja sebagai atlet, tetapi sebagai individu.”

Among the Malaysian athletes competing is 21-year-old Muhammad Hafiyyan Bin Mat Noor from Putrajaya, who has developmental disabilities. His father who is also his coach, Mat Noor Bin Ramli shared, “Hafiyyan first discovered badminton at the age of 10 and started to grow in confidence with the support of the Special Olympics community. He has since developed a fast-paced playing style that has supported him in reducing the risk of having seizures during prolonged matches.”

Antara atlet Malaysia yang akan bertanding ialah Muhammad Hafiyyan Bin Mat Noor, 21 tahun dari Putrajaya, yang merupakan individu dengan ketidakupayaan intelektual dan perkembangan. Bapanya, Mat Noor Bin Ramli, yang juga jurulatihnya, berkongsi, “Hafiyyan mula mengenali sukan badminton sejak berusia 10 tahun, dan keyakinannya semakin meningkat dengan sokongan komuniti Special Olympics. Sejak itu, dia membangunkan gaya permainan yang pantas dan bertenaga yang secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko sawan ketika perlawanan berlangsung dalam tempoh lama.”

Selepas merangkul pingat emas dalam Kejohanan Badminton Unified Special Olympics Malaysia 2024, Hafiyyan kini menyasarkan kejayaan seterusnya di pentas serantau. “Terpilih sekali lagi untuk wakili Malaysia adalah impian yang jadi kenyataan,” kata Hafiyyan dengan penuh semangat. “Badminton banyak bantu saya jadi lebih kuat walaupun berdepan cabaran. Saya selalu ingatkan diri, jangan pernah putus asa. Saya nak terus maju dan dan berazam untuk menyarung jersi negara dengan penuh kebanggaan.”

Sertai Gerakan Ini

Special Olympics Malaysia mengajak semua pihak untuk menyokong acara bersejarah ini serta memperkukuh gerakan keterangkuman yang lebih luas. Seruan ini amat penting kerana individu dengan IDD seringkali kekurangan peluang untuk menyerlahkan bakat sukan mereka, dan jarang mendapat sokongan yang meluas daripada masyarakat umum.

“Bersama-sama, kita boleh membina masa depan di mana setiap indi,vidu tanpa mengira keupayaan, diberi peluang untuk berkembang,” tambah Connie Yee. “Ini bukan sekadar satu pertandingan tetapi satu gerakan yang melambangkan harapan, keadilan dan keyakinan bahawa setiap orang layak diberi peluang untuk menyerlah.”

Organisasi atau penaja yang berminat untuk memberikan sokongan kepada acara ini atau ingin bekerjasama dengan Special Olympics Malaysia boleh menghubungi:
📧 secretariat@specialolympicsmalaysia.org
📞 012-394 3655



Comments

Popular posts from this blog

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

DARIPADA PENGELAKAN KE TINDAKAN: MEMAHAMI REALITI KONSULTASI BERSAMA PAKAR UROLOGI

FWD SERTAI POS MALAYSIA RUN 2025 SEBAGAI RAKAN UTAMA