HANYA DI RTM: SAJIAN TERBAIK PROGRAM HARI KEBANGSAAN 2025
Pengisian sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia tahun ini dimeriahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan pelbagai program-program terbaik untuk semua. Ia termasuklah tayangan filem dalam dan luar negara, telemovie, drama bersiri, hiburan, dokumentari, sitkom dan majalah. Begitu juga program-program khas diatur 34 stesen radio RTM seluruh negara.
Ia sebagai satu usaha meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dengan menghidupkan semangat tema "Malaysia Madani: Rakyat Disantuni" generasi hari ini khususnya dalam kalangan anak muda.
TV
Saluran utama TV1 hadir dengan tayangan enam buah telemovie khas yang mengangkat semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Nantikan siaran telemovie bertajuk “Genggam” pada 16 Ogos ini, pukul 9.00 malam membariskan pelakon Edika Yusof, Lia Natalia, Eizlan Yusof dan Nadia Mustafar. Ia mengangkat kisah Ezanee, bekas anggota Unit Khas Polis yang terpaksa menyimpan rahsia kerjayanya hingga menimbulkan salah sangka orang di sekeliling termasuk keluarganya sendiri.
Pada 23 Ogos, pukul 1.30 tengah hari menemui penonton telemovie bertajuk “Anak Laut China” lakonan Angeline Tan, Idris Mat Diah, dan Yap Ching Fong diikuti esoknya, 24 Ogos, pukul 10.00 malam telemovie “Kau Tetap Mei Hua”, menyorot kisah Mei Fang lakonan Janet Khoo yang yang tidak pernah berputus asa menjejaki anaknya yang hilang sejak zaman komunis. Ia turut dibintangi oleh Adeline Tsen, Ben Amir, Aida Aris, Haeryanto Hassan dan Jason Chong.
![]() |
Telemovie “Kau Tetap Mei Hua” |
Dua telemovie disiarkan pada 30 Ogos iaitu “Legenda Keris Hitam Bersepuh Emas” pukul 1.30 tengah hari, mengangkat kisah sebilah keris yang telah mengubah takdir dan memulakan pengembaraan luar biasa lakonan Syafie Naswip, Shahrol Nizam, dan Ruzaidi Abd Rahman.
Telemovie “Ungku” pula pukul 9.00 malam menggandingkan pelakon utama Nora Danish dan Azlee Khairi. Esoknya disiarkan “Bukan Lelaki Biasa”, pukul 10.00 malam menampilkan pelakon Idris Khan, Radhi Khalid, Catriona Ross, Fendy Bakry, Hafeez Mikael dan Nad Zainal.
Sebuah persembahan dari Orkestra RTM dalam menyatukan generasi-generasi melalui muzik dan menyemai rasa merdeka diterjemahkan dalam “Konsert ORTM Pita Merdeka” pada 31 Ogos, pukul 10.00 malam. Membariskan artis terkenal tanah air Nadeera, Amir Masdi, Liza Hanim, Aina Abdul, dan Lah Ahmad, persembahan mereka diiringi oleh Orkestra RTM.
Saluran TV2 mengetengahkan variasi program menarik pukul 9.00 malam iaitu filem “Indian” disiarkan 10 Ogos ini, diikuti filem “Park” (17 Ogos ini), “Border” (24 Ogos ini), dan “Main Atal Hoon” (31 Ogos ini). Turut disiarkan sitkom terbitan Unit Drama TV RTM bertajuk “Apartmen Putra: Misi Cinta Merdeka” pada 25 Ogos, pukul 9.00 malam, filem “Pagari Bulan” pada 26 Ogos, 9.00 malam lakonan Nazeera Sardi, Aniq Durar dan Trisha Ooi.
Nantikan persembahan “Konsert Unplugged Jiwa Merdeka” pada 31 Ogos ini, pukul 1.00 tengah hari bersama nama-nama artis besar tanah air iaitu Dato’ Francisca Peter, Amir Jahari, Hazama, Suki Low, Bella Astilah, Kmy Kimo, Luka Sickta dan Bob Yusof.
Sementara itu menerusi saluran Okey pula menyiarkan program realiti kerjasama Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) iaitu “Beret”, setiap Jumaat, pukul 9.00 malam yang menguji limitasi diri 20 wanita terdiri daripada kalangan selebriti dan anggota APM yang mengharungi cabaran luar biasa.
Manakala program “Tiga Abdul La” pula merupakan realiti ikhtiar hidup dihoskan tiga pelawak popular Atu Zero, Joe Aziz dan Dewa Arteh di samping artis undangan berbeza antaranya Mek Yun, Dayana Roza, John Bear, dan Amerul Affendi. Ia bersiaran setiap Ahad, pukul 9.00 malam.
![]() |
“Demi Lencana Di Dada” |
Ikuti juga beberapa program lain seperti dokumentari; “Demi Lencana Di Dada”, travelog; “Permata Negara”, drama bersiri; “ID57” juga empat telemovie khas iaitu “Rentap”, “Kapten Papa”, “Wanita Di Hujung Kuala” dan “Tuai Raban Bansa”.
Saluran Berita RTM pula menjanjikan “Siaran Langsung Perbarisan & Perarakan Hari Kebangsaan” pada 31 Ogos ini bermula pukul 7.30 pagi, program-program bicarawara termasuklah “Fresh Brew”, “KopiEkonomi”, “Vasantham”, “What Say You”, “Biz Malaysia”, dan program tontonan ramai “Selamat Pagi Malaysia”.
Turut disiarkan dokumentari khas yang memaparkan detik-detik penting dalam sejarah negara bertajuk “16 September: Hari Malaysia”. Ia bersiaran 15 September ini, pukul 4.05 petang untuk episod pertama dan menyusul esoknya 16 September episod dua pukul 11.00 pagi.
TV6, saluran retro digital RTM yang menyiarkan semula program-program hiburan, drama, telefilem, dan filem klasik yang boleh ditonton melalui MyFreeview saluran 113 atau secara dalam talian melalui RTMKlik juga turut membariskan program khas mereka.
TV6 hadir dengan tayangan telemovie “Maruah” pada 30 Ogos ini, pukul 10.00 pagi, esoknya pada 31 Ogos pula disiarkan “Pak Din Merdeka” (pukul 10.00 pagi), “Suatu Persinggahan” (pukul 1.30 tengah hari), “Tanah Ini Tanah Merdeka” (pukul 4.30 petang), dan “Lelaki” (pukul 9.30 malam).
Bukan itu sahaja, RTM turut mengembalikan nostalgia hiburan dengan menyiarkan program “Zoom In Khas Merdeka” pada 30 Ogos ini, pukul 9.30 malam, “Ritma Pujangga” (31 Ogos ini, pukul 12.30 tengah hari), “HMI: Anak Malaysia” (31 Ogos ini, pukul 3.00 petang), dan diakhiri “Merdekarama 1992” (pukul 5.30 petang).
Radio
Program khas sempena Bulan Kebangsaan ini turut dimeriahkan dengan penglibatan 34 stesen radio RTM untuk tahun ini dimana program radio RTM juga melaksanakan “Jelajah Aspirasi Malaysia” yang akan bermula pada 16 hingga 31 Ogos 2025.
Majlis perasmian pada 16 Ogos di Gua Kelam Perlis manakala majlis penutup di Angkasapuri Kota Media.
Penglibatan untuk Jelajah Aspirasi Malaysia kali ini adalah melibatkan Skuad Jelajah Aspirasi Malaysia dan juga Program “Most Plastic Bottles Collected in A Tour” yang akan dicatatkan dalam Malaysian Book of Records.
Justeru pastikan anda meluangkan masa mengikuti program-program khas sempena sambutan Hari Kebangsaan hanya di RTM.
Comments
Post a Comment