AIRBNB DAN THINK CITY LANCAR HERITAGE GUIDE TO KUALA LUMPUR, RAIKAN KEKAYAAN BUDAYA DAN NADI KREATIF IBU KOTA


Airbnb, dengan kerjasama Think City, telah melancarkan Airbnb Heritage Guide to Kuala Lumpur – teman perjalanan digital yang direka khas bagi meraikan sejarah warisan ibu negara, kawasan kejiranan yang bertenaga serta komuniti kreatifnya, termasuk Warisan KL yang sedang berkembang.

Panduan ini dihasilkan bagi menyokong visi Malaysia dalam memacu pelancongan berasaskan warisan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Ia menampilkan pelbagai mercu tanda bersejarah dan kebudayaan Kuala Lumpur, artisan tempatan, khazanah kulinari, dan ruang kreatif – sekali gus memperlihatkan bagaimana kisah tentang tempat dan manusia terus membentuk identiti bandar ini sebagai sebuah ibu kota budaya moden.

“Ketika Malaysia bersedia menyambut jutaan pengunjung sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, kerjasama seperti ini membuktikan bagaimana sektor awam dan swasta boleh berganding tangan untuk mencipta impak yang bermakna,” kata Ketua Negara Airbnb bagi India dan Asia Tenggara, Amanpreet Bajaj. “Dengan mengetengahkan nadi budaya Kuala Lumpur, kami berharap dapat menginspirasikan lebih ramai pelancong untuk meneroka secara bertanggungjawab, menyokong komuniti tempatan, serta mengalami warisan unik Malaysia melalui model pelancongan yang mampan dan inklusif.”

Pelancaran panduan ini selaras dengan pendedahan data Airbnb yang menunjukkan pertumbuhan berterusan di seluruh Malaysia, dengan Kuala Lumpur muncul sebagai bandar di Malaysia yang paling banyak ditempah di platform Airbnb pada separuh pertama 2025. Destinasi kaya warisan seperti Pulau Pinang, Melaka dan Kuching juga kekal sebagai pilihan utama – mencerminkan peningkatan minat pelancong terhadap pengalaman berteraskan budaya dan warisan*.

“Kuala Lumpur terus berdenyut dengan tenaga yang mengujakan apabila warisan, budaya dan kehidupan komunitinya terus disemarakkan melalui usaha kolektif bandar yang dijalankan di seluruh ibu kota menjelang 2026. Panduan Warisan ini, yang dihasilkan melalui kerjasama kami, mengajak para pelancong untuk menyelami tawaran warisan dan budaya KL, memperkaya perjalanan mereka, sambil menonjolkan rasa bangga warga kota terhadap identiti Kuala Lumpur,” kata Pengarah Urusan Think City, Datuk Hamdan Abdul Majeed.

Mengenai Panduan Warisan Kuala Lumpur Airbnb

Panduan Warisan Airbnb Kuala Lumpur merupakan sumber digital untuk pelancong yang menginginkan pengalaman asli dan bermakna. Ia menampilkan seni bina, makanan, pasar, kraf, ruang kreatif serta hos tempatan yang masing-masing melambangkan kekayaan warisan budaya Kuala Lumpur serta orang ramai yang terus memeliharanya.

Setiap bahagian dalam panduan ini memperkenalkan pelbagai sisi Kuala Lumpur, termasuk:

● Mercu Tanda Budaya & Kreatif: Daripada Pasar Seni yang ikonik, ruang komuniti kreatif GMBB, hinggalah semangat ‘indie’ Bangunan Zhongshan.

● Ikon Bersejarah: Mercu tanda seperti Dataran Merdeka serta Katedral St. Mary yang bersebelahan, iaitu gereja tertua di kota ini.

● Makanan, Kisah & Kawasan Kejiranan: Daripada Betel Leaf di tengah-tengah kota yang membawakan cita rasa Tamil Nadu; Jao Tim, rumah kedai yang dipulihara menjadi bar jazz; hinggalah Kedai Buku Riwayat, ruang intim yang meraikan kesusasteraan tempatan.

● Hos Tempatan & Penglipur Lara Budaya: Kenali Manjeet Dillon yang menghidupkan warisan Malaysia melalui pengalaman kuliner ‘Culture on a Plate’. **

Terokai Heritage Guide to Kuala Lumpur Airbnb di sini.


Comments

Popular posts from this blog

PAPA ZOLA THE MOVIE RAIH LEBIH RM25.6 JUTA, DOMINASI CARTA NOMBOR 1, KETEPIKAN FILEM ANTARABANGSA

SERTAI SAMBUTAN PALING EPIK DAN GEMPAK DI FESTIVAL KIRAAN DETIK VISIT MALAYSIA 2026

RAGAM KRISMAS: SENARAI HADIAH IKEA UNTUK SETIAP PERSONALITI DALAM HIDUP ANDA