HONG KONG SAMBUT TAHUN 2026 DENGAN PERSEMBAHAN MUZIK DAN PERTUNJUKAN CAHAYA DI CENTRAL
Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) bakal meraikan ketibaan tahun baharu dengan acara Hong Kong New Year Countdown 2026 yang berlangsung di Chater Road Pedestrian Precinct, Central, pada malam Ambang Tahun Baharu. Bertemakan “New Hopes, New Beginnings”, acara ini menggabungkan persembahan muzik secara langsung dan pertunjukan cahaya imersif bagi mencipta pengalaman penuh inspirasi buat penduduk tempatan serta pelawat.
Acara utama menampilkan kumpulan legenda antarabangsa Air Supply, bersama artis Hong Kong Jay Fung dan Cloud Wan, selain koir kanak-kanak dan Hong Kong Police Band. Menjelang detik tengah malam, fasad lapan mercu tanda ikonik di Central akan bertukar menjadi jam kiraan detik gergasi dengan unjuran cahaya berwarna-warni, diikuti pertunjukan cahaya selama tiga minit.
Siaran langsung turut dipaparkan di skrin LED berskala besar di Chater Garden dan Edinburgh Place, manakala fasad Hong Kong Cultural Centre di Tsim Sha Tsui serta Hong Kong Convention and Exhibition Centre di Wan Chai akan menampilkan visual kiraan detik khas. Penonton global, termasuk di Malaysia, boleh mengikuti acara ini melalui laman rasmi DiscoverHongKong.com dan saluran media sosial HKTB.
Selain itu, pelbagai acara kiraan detik turut dianjurkan di seluruh Hong Kong, termasuk parti sambutan di Hong Kong Disneyland dan konsert khas di West Kowloon Cultural District. HKTB menasihatkan pengunjung untuk merancang perjalanan lebih awal kerana pengaturan khas trafik dan pengangkutan awam akan dilaksanakan pada malam Ambang Tahun Baharu.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, layari DiscoverHongKong.com.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment