KLTRIC2025 MENGANGKAT MALAYSIA KE PERSADA TOWERRUNNING DUNIA
Kuala Lumpur Tower sekali lagi menjadi pentas bersejarah apabila seramai 2,000 pelari dari 30 negara menamatkan cabaran mendaki 1,608 anak tangga dalam Turkish Airlines Kuala Lumpur Tower Run International Challenge 2025 (KLTRIC2025), yang diiktiraf sebagai Kejohanan Kebangsaan Malaysia oleh Persatuan Towerrunning Malaysia (MTA).
Dengan tema “Victory is Vertical”, edisi kali ini menyaksikan penyertaan antarabangsa yang memberangsangkan, mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab larian menara bertaraf dunia dan destinasi pelancongan sukan utama menjelang Visit Malaysia 2026.
Sorotan Pemenang Utama KLTRIC2025
Kategori Lelaki Terbuka
Juara: Soh Wai Ching (Malaysia) – 08:11.404
Naib Juara: Muhammad Hazim Zuhairi Bin Azahari – 09:09.763
Tempat Ketiga: Ching Chun Lo – 09:11.725
Kategori Wanita Terbuka
Juara: Tea Faber – 10:10.970
Naib Juara: Klaudia Krajewska – 11:17.262
Tempat Ketiga: Li Tsz Yau – 11:38.100
Kategori Veteran Lelaki
Juara: Emanuele Manzi – 09:45.888
Naib Juara: Jeff – 09:57.622
Tempat Ketiga: Geoffrey Birgen – 11:04.328
Kategori Veteran Wanita
Juara: Valentina Belotti – 10:44.916
Naib Juara: Jane Wanjiru Muriuki – 11:53.955
Tempat Ketiga: Serene Cheong – 12:28.498
Kategori Remaja Lelaki
Juara: Muhammad Adam Amjad Bin Mohd Azizul – 10:09.708
Naib Juara: Muhd Haziq Bin Mohd Hairol Izmi – 10:38.678
Tempat Ketiga: Muhd Harrrith Hazim Bin Mohd Hairol Izmi – 10:51.701
Kategori Remaja Perempuan
Juara: Raisya Adelea Binti Rohazam – 12:53.304
Naib Juara: Adele Manzi – 13:09.090
Tempat Ketiga: Helena Sailer – 15:06.621
Penganjuran Bertaraf Dunia
Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., Khairil Faizal Hj Othman, menegaskan bahawa KLTRIC2025 adalah detik membanggakan buat Malaysia: “Kuala Lumpur Tower bukan sekadar ikon, tetapi kini gelanggang rasmi larian menara bertaraf dunia. Penyertaan atlet dari Asia, Eropah, Australia dan Amerika Syarikat membuktikan pengiktirafan tinggi terhadap acara ini.”
Dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM80,000, KLTRIC2025 muncul antara perlumbaan tangga terbesar di rantau ini. Tambahan pula, 20 peserta terpantas setiap kategori menerima Official Finisher Jersey edisi eksklusif, simbol ketahanan dan semangat “Victory is Vertical”.
Momentum ke KLTRIC2026
Penganjur mengesahkan bahawa KLTRIC2026 akan berlangsung pada 14 Jun 2026 di Kuala Lumpur Tower, bertepatan dengan kempen Visit Malaysia 2026. Acara ini dijangka menarik lebih ramai atlet antarabangsa dan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi sukan aksi bertaraf dunia.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment