LIFE-SPACE FIBER JELLY: SOLUSI SERAT MODEN UNTUK KESIHATAN USUS
Dalam dunia moden di mana kemudahan sering mengatasi pemakanan seimbang, Life-Space Fiber Jelly tampil sebagai inovasi baharu untuk kesihatan usus dengan kerjasama R Pharmacy. Acara interaktif yang diadakan di Kuala Lumpur memberi peluang kepada para tetamu untuk menghasilkan mangkuk oat berkhasiat, mempelajari tip pemakanan sihat, serta mengenali bagaimana Life-Space Fiber Jelly – suplemen berasaskan jeli yang enak – memberikan pengalaman baharu kepada pengambilan serat harian, menjadikannya satu pengalaman yang menyeronokkan.
Dihasilkan dengan rasa tropika buah markisa, bebas lemak, rendah kalori dan tanpa gula tambahan, Fiber Jelly menawarkan fungsi tanpa kompromi. Bahan utama yang menjadi tumpuan ialah Litesse®, sejenis serat larut unik dan prebiotik yang membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik di seluruh kolon melalui proses fermentasi lembut, sekali gus mengurangkan ketidakselesaan pencernaan seperti angin dan kembung.
Produk ini turut menyokong pergerakan usus yang lebih teratur secara semula jadi, meningkatkan rasa kenyang untuk tempoh lebih lama, serta mengurangkan pengambilan kalori harian – kombinasi yang mendorong tabiat pemakanan lebih sihat dan metabolisme yang lebih baik. Dengan format jeli yang mudah dan enak, Fiber Jelly menjadikan pengambilan serat harian sesuatu yang dinanti-nantikan.
“Dengan Fiber Jelly, menjaga kesihatan usus bukan lagi satu beban, malah sesuatu yang saya nantikan setiap hari. Mudah, enak dan praktikal – ia sesuai dengan rutin saya sama ada ketika berlatih, mengembara atau bertanding. Serat bukan sahaja baik untuk pencernaan, malah ia menyokong tenaga, fokus dan prestasi. Fiber Jelly menjadikan amalan kecil harian sebagai kemenangan besar untuk tubuh,” kata Goh Sze Fei, Duta Jenama Life-Space dan pemain badminton Malaysia.
Dirumus untuk semua peringkat umur dan gaya hidup, Fiber Jelly memudahkan pengguna mengekalkan kesihatan usus. Sama ada untuk mengurus berat badan, memperbaiki pencernaan, atau menangani isu berkaitan usia seperti sembelit dan kembung, ia sesuai dimasukkan ke dalam rutin harian. Dengan formulasi seimbang tanpa gula, Fiber Jelly turut menyokong kesihatan jantung dan sistem pencernaan secara mudah, berkesan dan menyeronokkan.
“Berakar daripada sains mikrobiom, Life-Space kini melangkaui probiotik dengan pendekatan ekosistem usus yang lebih menyeluruh. Fiber Jelly mengukuhkan portfolio produk kami, manakala inovasi akan datang yang menggabungkan konsep pre-, pro- dan post-biotic akan membawa sains usus maju ke dalam produk harian yang ringkas dan menyeronokkan,” kata Alan Yi, Pengurus Besar Life-Space Group.
Maklumat lanjut mengenai Life-Space boleh didapati di laman web rasmi, Facebook dan Instagram, atau melalui rangkaian produk yang akan mula ditawarkan di R Pharmacy bermula pertengahan Disember 2025.
.jpg)
.jpg)
.jpeg)
Comments
Post a Comment