MALIK CHOO LANCAR SINGLE KETIGA “MOVE ON” – PERJALANAN MELEPASKAN MASA LALU DAN BANGKIT SEMULA


Penyanyi dan pelakon Malik Choo kembali dengan single solo ketiganya berjudul “Move On”, sebuah karya rap pop dengan sentuhan R&B yang mengangkat tema melepaskan masa lalu, mencari kekuatan dan memilih untuk pulih.


Single ini diterbitkan oleh SVLTAN Management dengan kerjasama Sony Music Entertainment Malaysia, hasil kolaborasi nama-nama besar industri termasuk Altimet selaku penulis lirik, Mas Dewangga, Jova Devito dan Kidd Santhe sebagai penerbit serta komposer. “Move On” menandakan evolusi kreatif Malik dengan gaya persembahan lebih matang, berinspirasikan K-pop, serta koreografi yang lebih kemas.


Malik yang memulakan kerjaya muzik pada 2009 sebagai DJ Kino, pernah mencipta beberapa kolaborasi berjaya seperti “Kita Jaga Kita” bersama Altimet (10 juta tontonan YouTube), “Lelaki Di Telefon” bersama Afieq Shazwan (12 juta tontonan), dan “Ralit” bersama Tuju. Kini, “Move On” hadir sebagai manifestonya untuk berani melangkah ke depan. “Ada sedikit sentuhan peribadi, tetapi ia mewakili perasaan yang semua orang pernah rasa – melepaskan sesuatu dan mula hidup dengan hati lebih ringan,” jelas Malik.


Video muzik “Move On” arahan Evan Lim menampilkan koreografi oleh Meor Mukhris, dengan visual dinamik dan berdisiplin yang menonjolkan sisi baharu Malik. Lagu ini juga merupakan sebahagian projek di bawah Dana Kebolehpasaran Domestik (DKK Industri Muzik 2.0) yang disokong oleh MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.

“Move On” boleh didengari di semua platform digital utama bermula 5 Disember 2025, manakala video muzik rasmi akan ditayangkan di saluran YouTube VEVO @MalikChoo pada 10 Disember 2025.

Comments

Popular posts from this blog

PAPA ZOLA THE MOVIE RAIH LEBIH RM25.6 JUTA, DOMINASI CARTA NOMBOR 1, KETEPIKAN FILEM ANTARABANGSA

RAGAM KRISMAS: SENARAI HADIAH IKEA UNTUK SETIAP PERSONALITI DALAM HIDUP ANDA