NESTLÉ MILO® ‘TENAGA UNTUK KEBAIKAN’ MENUTUP TIRAI PROGRAM TAHUN PERTAMA DENGAN KEJAYAAN MENGHASILKAN PERALATAN SUKAN DAN PERABOT SEKOLAH DARIPADA KOTAK MINUMAN KITAR SEMULA
MILO® meraikan kejayaan tahun pertama program Tenaga Untuk Kebaikan (Energy For Good), satu initisiatif anjuran Nestlé Malaysia dan MILO® yang bertujuan menggalakkan gaya hidup lebih sihat, aktif dan lestari dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Pencapaian program ini disempurnakan dengan upacara penghargaan bagi mengiktiraf sekolah-sekolah yang aktif menyertai program ini di samping meraikan komitmen cemerlang para pendidik, murid-murid dan komuniti di seluruh negara.
Dilancarkan pada April 2025, program MILO® Tenaga Untuk Kebaikan mencerminkan komitmen jangka panjang Nestlé terhadap kelestarian alam sekitar. Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Tetra Pak Malaysia, inisiatif ini telah melibatkan lebih 250,000 murid dari lebih 200 buah sekolah melalui sistem kutipan dan penebusan berasaskan mata ganjaran. Sistem ini membolehkan sekolah menebus peralatan sukan mesra alam atau perabot sekolah menggunakan kotak minuman terpakai (Used Beverage Cartons, UBCs) yang dikumpulkan. Setakat ini, sekolah-sekolah yang terlibat berjaya mengumpul sebanyak 4.2 tan UBCs, bersamaan dengan kira-kira 300,000 pek minuman. Selain itu, buat julung kalinya, MILO® bekerjasama dengan AFN Sports Equipment untuk mentransformasikan UBCs kepada peralatan sukan dan perabot sekolah, sekaligus merealisasikan konsep inovatif ini.
Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, berkata: “Bersempena dengan ulang tahun MILO® yang ke-75 di Malaysia, program MILO® Tenaga Untuk Kebaikan ini menjadi contoh inspirasi bagaimana kerjasama strategik mampu memacu perubahan bermakna dengan memperkasakan generasi muda untuk menjalani kehidupan aktif dan memperjuangkan kelestarian. Dengan kerjasama dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, kami berjaya menterjemahkan tabiat kecil kepada kejayaan besar dengan menghidupkan amalan kitar semula melalui pendekatan yang lebih bermakna. Penerimaan positif pelajar menyaksikan peningkatan kutipan lima kali ganda berbanding kadar biasa membuktikan keberkesanan usaha kolektif ini. Bersama-sama, kita mewujudkan sekolah yang lebih hijau, komuniti yang lebih kukuh dan masa depan di mana sukan serta kelestarian bergerak seiring. Matlamat kami jelas iaitu memperluaskan inisiatif ini ke seluruh negara dan membentuk generasi yang mempraktikkan budaya kelestarian sebagaimana mereka menghayati sukan.”
Di majlis penghargaan ini, MILO® turut mengiktiraf lapan buah sekolah di seluruh negara atas pencapaian terbaik mereka di bawah program MILO® Tenaga Untuk Kebaikan – SK Panggong (Kelantan), SJKC La Salle (WP Kuala Lumpur), SJKC Beng Teik (Pusat Pulau Pinang), SK Sri Kelana (Selangor), SK Cheneh Baru (Terengganu), SK Taman Selasih (Kedah), SK Temerloh Jaya (Pahang) dengan SK Putrajaya Presint 18(1) (WP Putrajaya) mengungguli senarai dan muncul juara keseluruhan untuk kutipan UBCs tertinggi.
Zainal Bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Kementerian Pendidikan, berkata: “Kami menggalakkan semua sekolah untuk turut serta dalam gerakan nasional ini bagi mentransformasikan kehidupan murid melalui sukan dan kelestarian. Impak inisiatif ini jelas melalui kejayaan murid seperti Puteri Marsya Darwisya binti Mazadi dari SK Durian Burung, yang berjaya menyerlah dalam arena sukan. Dengan sokongan dan akses kepada peralatan sukan MILO® yang dihasilkan daripada bahan kitar semula, beliau berjaya meraih pingat emas pertamanya mewakili negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST). Pada masa yang sama, SJKC La Salle dan SK Putrajaya Presint 18(1) turut diumumkan sebagai antara pengumpul UBCs tertinggi bagi program ini. Dengan menyertai MILO® Tenaga Untuk Kebaikan, murid bukan sahaja mengamalkan gaya hidup lestari, malah kekal aktif serta memberikan sumbangan positif kepada komuniti dan alam sekitar.”
Muhammad Sufian bin Ishak daripada SK Putrajaya Presint 18(1), turut berkongsi: “Pengiktirafan ini merupakan detik membanggakan buat sekolah kami. Melalui inisiatif MILO® Tenaga Untuk Kebaikan, murid berpeluang mempelajari bahawa tindakan kecil seperti mengitar semula bahan-bahan terpakai mampu mencetus perubahan yang besar. Kami komited untuk meneruskan inisiatif ini ke arah kelestarian dan menginspirasikan sekolah lain untuk melakukan perkara yang sama.”
Sejak 2012, MILO® dan Tetra Pak Malaysia telah mempelopori usaha mengitar semula UBCs melalui Projek CAREton. Projek ini berjaya mengumpulkan 6,554 tan, bersamaan 500 juta UBCs yang telah dikitar semula menjadi bumbung dan perabot untuk komuniti yang memerlukan. Kempen MILO® Tenaga Untuk Kebaikan kini meneruskan legasi tersebut serta memperkukuhkan pembelajaran mampan dan pembangunan sukan, sambil membina masa depan yang lebih hijau.
Untuk maklumat lanjut mengenai MILO® Tenaga Untuk Kebaikan, sila layari:
Comments
Post a Comment