RAGAM KRISMAS: SENARAI HADIAH IKEA UNTUK SETIAP PERSONALITI DALAM HIDUP ANDA


Mencari hadiah untuk yang tersayang boleh jadi satu cabaran. Ada yang jenis "pijak semut tak mati," dan ada pula yang jenis "pening kepala dibuatnya."

Tahun ini, IKEA memudahkan urusan anda dengan panduan hadiah mengikut ragam manusia. Sama ada mereka adalah pelangkap hidup anda, rakan pejabat yang rajin, ataupun sepupu yang suka menyelongkar dapur—IKEA ada pilihan yang tepat (dan mesra bajet!) untuk semua.

KATEGORI: SI PENYEJUK HATI

Buat mereka yang sentiasa memudahkan urusan dan menjadi kesayangan keluarga.

Anak Dara yang Impikan Bilik "Pinterest": KURA (RM899)

Berikan ruang untuk kreativiti si puteri berkembang dengan katil KURA. Bingkai ikonik ini boleh diterbalikkan mengikut usia. Ia boleh jadi katil rendah yang selamat, atau ditukar jadi loteng (loft) untuk ruang privasi atau "mini studio" mereka sendiri. Hadiah terbaik untuk anak yang nak bilik ada vibe "Main Character."


Buat Pasangan yang Suka "Rumah Macam Showroom": HÖGVER (RM375)

Tiada apa yang lebih membahagiakan pasangan anda selain melihat ruang makan yang seragam dan kemas. Kerusi HÖGVER tampil dengan rekaan klasik dan elegan—hadiah "akhirnya!" yang mereka tunggu-tunggu untuk melengkapkan dekorasi rumah supaya nampak lebih luxury dan tersusun.


Buat Ibu, "Ratu Sambal" Kesayangan: RÅSKOG (RM179)

Dapur Mak-mak di Malaysia tak sah kalau tak ada koleksi pelbagai jenis kicap, sos, dan balang sambal rahsia. Troli RÅSKOG adalah pembantu terbaik untuk simpan segala "harta karun" dapur Ibu. Mudah ditolak ke meja makan, kukuh, dan sangat praktikal supaya Ibu tak perlu ulang-alik ke dapur masa kita tengah makan.


Anak Saudara yang Berjiwa "Explorer": Beg Simpanan SANDLÖPARE (RM69)

Sesuai untuk si kecil yang suka berimaginasi. Beg simpanan berbentuk beg pakaian pengembara ini memudahkan mereka simpan mainan atau "harta karun" sebelum balik ke kampung atau rumah nenek. Ringkas, kemas, dan senang diangkut!


Buat Sahabat yang Suka "Healing": RUDSTORP (RM145)

Meja sisi yang ringkas dan moden ini umpama penambah seri dalam bilik. Sesuai untuk sahabat yang suka self-care atau "healing" di rumah—tempat letak lilin wangi atau kopi sambil layan drama. Hadiah kecil yang membawa makna besar pada ruang peribadi mereka.


Buat "Junior Chef" Kebanggaan: SILLTRUT (RM299)

Semaikan minat memasak dari awal. Dengan set dapur mainan ini, anak saudara anda boleh beraksi seperti chef profesional (mungkin bakal juara MasterChef!). Hadiah yang bukan sahaja menghiburkan, malah memupuk kreativiti mereka di dapur.

KATEGORI: SI PENGUSIK JIWA

Hadiah "diplomatik" buat mereka yang selalu menguji kesabaran, tapi tetap kita sayang.

Anak Kawan yang "Aktif Luar Biasa": KRAMIG (RM15)

Jika mereka jenis yang tak reti duduk diam dan suka "praktis silat" di ruang tamu, panda plush yang lembut ini adalah sasaran terbaik. Ia selamat, empuk, dan sedia menerima setiap "pukulan atau tendangan" tanpa sengaja. Anggaplah ini sebagai pelindung untuk perabot rumah anda!


Sepupu yang "Kaki Snek" Atas Katil: FARMARKVAST (RM29)

Kita semua ada seorang sepupu yang suka makan keropok atau biskut atas katil sampai bersemut. Berikan mereka tong sisa FARMARKVAST ini. Ia adalah cara halus untuk kata: "Dah makan tu, tolonglah buang sisa tu sendiri, jangan tunggu Mak membebel."


Adik yang "Liat" Nak Mandi: Tuala Bertudung SANDLÖPARE (RM60)

Bila sebut "pergi mandi!", dia punya pecut macam nak kejar bas sekolah. Tuala bertudung corak cheetah ini adalah cara terbaik untuk memujuk mereka. Lembut dan comel—pasti mereka rasa macam superhero lepas selesai "berperang" di bilik mandi.


Rakan Pejabat yang Suka "Menyewa" Barang: TROFAST (RM20)

Ada rakan yang stapler atau guntingnya sentiasa "ghaib" secara misteri? Bekas TROFAST ini adalah penyelesaiannya. Berikan mereka tempat khas untuk simpan alat tulis supaya mereka tak perlu lagi merayau ke meja anda untuk "pinjam tapi tak pulangkan" barang.


Cucu yang Suka "Vandalisme" Kreatif: LÄTT (RM99)

Sebelum dinding atau sofa mahal anda jadi mangsa lukisan abstrak mereka, berikan mereka set meja dan kerusi LÄTT. Ia adalah ruang khas untuk mereka berkarya. "Lukislah sepuas hati dalam kawasan ni saja, jangan sampai ke sofa Tok!"


Jiran yang Suka "Pinjam" Pinggan (Tapi Lupa Jalan Pulang): DAGGASTER (RM23)

Kita semua ada jiran yang "mesra" sebegini—datang bawa juadah, tapi pinggan kita yang dia simpan. Daripada anda pening memikirkan koleksi pinggan yang makin berkurang, lebih baik hadiahkan mereka set pinggan DAGGASTER sendiri. Sekarang mereka ada pinggan sendiri, dan koleksi anda pun selamat!

Untuk lebih banyak idea dan inspirasi kelengkapan rumah, layari ikea.my.

Comments

Popular posts from this blog

GAME ON THEME PARK BAWA DIMENSI LIBURAN BAHARU DI THE MINES