SLIP-IN & RUN: SKECHERS GORUN ARCH FIT 2.0 SELESA DAN MUDAH
Skechers, syarikat peneraju global dalam kasut gaya hidup serta prestasi, memperkenalkan koleksi terbaharu Slip-ins: GOrun Arch Fit 2.0 yang direka khusus untuk pelari lelaki dan wanita bagi jarak pendek sehingga 5 kilometer. Koleksi ini menggabungkan kemudahan, keselesaan dan kecekapan dalam satu rekaan moden yang sesuai untuk kegunaan harian.
Dengan teknologi Hands Free Slip-ins®, pelari hanya perlu menyarung kasut tanpa perlu membongkok atau menggunakan tangan, manakala sistem Arch Fit® yang dipatenkan memberikan sokongan lengkungan kaki yang diiktiraf pakar podiatri dengan hasil kajian selama 20 tahun dan lebih 120,000 imbasan kaki. Keselesaan ditambah dengan inovasi Heel Pillow® yang memastikan tumit kekal stabil dan selamat sepanjang larian.
Koleksi ini hadir dalam tiga pilihan warna untuk wanita – Charcoal, Grey, dan White Multi – serta empat pilihan untuk lelaki iaitu White/Black, Yellow/Black, Navy/Orange, dan Black/Charcoal. Setiap rekaan menampilkan gaya versatil dengan teknologi prestasi, menjadikannya sesuai dipakai di trek larian, gimnasium mahupun gaya kasual di jalanan.
Setiap pasang GOrun Arch Fit 2.0 dilengkapi ciri-ciri prestasi terkini Skechers termasuk:
- Arch Fit® insole: Sokongan lengkungan diiktiraf pakar podiatri dengan hasil kajian 20 tahun.
- Hands Free Slip-ins®: Mudah disarungkan pada kaki dengan selesa.
- Heel Pillow®: Menyokong tumit dengan stabil untuk keyakinan setiap langkah.
- M-Strike® midsole: Peralihan tumit ke jari kaki yang lebih lancar dan efisien.
- Ultra-lightweight cushioning: Kusyen ringan untuk keselesaan berpanjangan dan responsif.
- Boleh dibasuh dengan mesin: Mudah dicuci dan kekal segar selepas penggunaan berulang.
- Bahan mesra vegan: Dibina dengan komponen mesra alam untuk pilihan lebih lestari.
Dengan harga RM459 sepasang, koleksi ini kini boleh didapati di butik Skechers terpilih termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall, 1 Utama Shopping Centre dan di seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara dalam talian di Skechers.com.my.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment