ELDON, JENAMA PHARM-D HEALTH SCIENCE, METERAI KERJASAMA DUTA JENAMA DENGAN SELEBRITI CHAN FONG AND HENLEY HII, RAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS


Jenama kesihatan dan kesejahteraan Malaysia Eldon Healthcare, juga dikenali sebagai ELDON, telah melantik personaliti media Malaysia, Chan Fong, serta aktor dan penyanyi Henley Hii sebagai duta jenama. Pelantikan ini bertujuan mencerminkan misi jenama di bawah kumpulan Pharm-D Health Science ini dalam memperkasakan advokasi kesihatan masa sebenar dan boleh dipercayai untuk masyarakat moden Malaysia.

Pelantikan kedua-dua personaliti ini berlangsung seiring dengan pengiktirafan Malaysia Book of Records yang diterima ELDON bagi ELDON DX MAGELAX CAPSULE, produk perdananya yang diiktiraf sebagai kapsul magnesium glisinat dengan jualan tertinggi di Malaysia.

Diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun 2020, ELDON DX MAGELAX merupakan salah satu suplemen magnesium glisinat terawal yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Pada peringkat awal, ELDON memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran awam mengenai magnesium glisinat, ketika pengetahuan pengguna Malaysia tentang jenis dan peranan magnesium masih terhad. Kini, magnesium glisinat semakin popular disebabkan profil serapan yang baik serta toleransi yang lembut, dan sering dikaitkan dengan kebaikan seperti relaksasi otot, migrain serta isu berkaitan tidur seperti insomnia. Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan penerimaan pasaran dari segi jualan, malah turut mencerminkan tahap kebolehcapaian yang luas serta kepercayaan pengguna yang semakin berkembang.

Menurut Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Pharm-D Health Science, Wong Chin Cheang, pelantikan duta jenama tersebut, bersama pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi ELDON DX Magelax, mencerminkan pencapaian yang penting dalam perjalanan jangka panjang kumpulan tersebut.

“Pembangunan ELDON mencerminkan prinsip teras kumpulan kami dalam membangunkan jenama kesihatan Malaysia yang berteraskan sains, berkembang secara bertanggungjawab, dan dibina atas kepercayaan orang awam. Pencapaian ini bukan sekadar dinilai dari segi skala atau angka semata-mata, tetapi juga konsistensi, kredibiliti, dan usaha memenuhi keperluan sebenar komuniti,” katanya.


Duta jenama yang memahami gaya hidup sebenar rakyat Malaysia

Chan Fong dan Henley Hii ialah dua personaliti media tempatan yang amat dikenali serta mempunyai pengaruh kuat dalam lingkungan gaya hidup dan hiburan. Mesra dan aktif, walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing, mereka amat memahami realiti kehidupan kebanyakan rakyat Malaysia moden. Mereka dipilih berdasarkan keserasian dengan falsafah jenama ELDON yang menggalakkan tabiat kesejahteraan praktikal, termasuk mengutamakan rehat yang berkualiti serta gaya hidup yang seimbang.

Kerjasama ini juga selari dengan trend pasca-COVID, di mana tiga daripada empat rakyat Malaysia kini lebih mengutamakan kesihatan holistik. Ini seiring dengan usaha negara di kebelakangan ini dalam mempromosikan langkah pencegahan dan rutin hidup yang lebih sihat.

“Kerjasama ini amat bermakna kepada saya kerana ianya berdasarkan rutin kehidupan sebenar,” kata Chan Fong. “Tabiat harian sangat penting, sama ada bekerja sehingga lewat malam, menguruskan tanggungjawab keluarga, atau sekadar mengikuti rentak kehidupan seharian. Saya menghargai falsafah kesihatan ELDON yang amat praktikal dan mesra orang awam.”

Henley Hii turut menambah, “Ramai beranggapan bahawa kesejahteraan harus kelihatan sempurna, sedangkan kebanyakan kita hanya berusaha untuk kekal konsisten. Oleh itu, saya amat teruja dengan kerjasama jangka panjang ini dengan ELDON kerana tabiat sebenar memang mengambil masa, dan memerlukan usaha yang berterusan.”

ELDON: Jenama kesihatan Malaysia yang berteraskan matlamat dan integriti

Sebagai jenama tempatan, Eldon Healthcare adalah anak syarikat milik penuh Pharm-D Health Science, sebuah kumpulan farmaseutikal dan produk kesihatan Malaysia yang bertekad memajukan kehidupan melalui sains dan inovasi kesihatan yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. ELDON berpenanan sebagai tonggak kesihatan pengguna bagi kumpulan tersebut, yang menumpukan kepada usaha menterjemahkan kepakaran saintifik kepada produk kesihatan harian yang mudah diguna dan diakses.

Bagi ELDON, fokus utama adalah untuk membina kredibiliti secara berperingkat melalui kualiti rumusan, sumber bahan yang telus, serta jaringan pengedaran dan akses yang luas melalui farmasi, klinik, dan ahli profesional kesihatan di seluruh Malaysia dan Singapura.

“ELDON tidak bertujuan mengejar trend atau populariti jangka pendek ,” kata Kenn Siaw, Ketua Pegawai Eksekutif Eldon Healthcare. “Tanggungjawab kami adalah menghasilkan produk kesihatan mampan yang diyakini oleh orang ramai. Pengiktirafan Malaysia Book of Records ini sangat bermakna buat ELDON kerana ia mencerminkan penerimaan dan kepercayaan tinggi daripada pengguna, ahli farmasi, dan rakan penjagaan kesihatan kami.

Beliau turut menambah bahawa pelantikan Chan Fong dan Henley Hii melambangkan fasa seterusnya bagi jenama ini. “Mereka mencerminkan realiti kehidupan rakyat Malaysia hari ini: di mana kami kini berusaha mengimbangi jadual seharian yang sibuk dan padat, menjaga tanggungjawab keluarga dan kerjaya, serta kesihatan diri tanpa merumitkan keadaan. Itulah matlamat utama kewujudan ELDON.”


Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT