FENDER AUDIO® PERKENAL ELIE™ DAN MIX™ DI MALAYSIA, BAWA WARISAN BUNYI IKONIK KE GENERASI BAHARU
Fender Audio®, jenama elektronik pengguna milik Fender Musical Instruments Corporation (FMIC) yang dikendalikan di bawah lesen Riffsound Pte. Ltd., melancarkan dua produk utama di Malaysia: siri pembesar suara mudah alih ELIE™ dan fon kepala MIX™. Kedua-duanya diperkenalkan di CES 2026 dan menerima pengiktirafan Best of CES, menandakan kemasukan Fender Audio ke pasaran audio peribadi premium dengan produk berprestasi tinggi untuk gaya hidup moden.
Pembesar Suara ELIE™
Siri Bluetooth® mudah alih ELIE™ (Extremely Loud Infinitely Expressive) hadir dalam dua model, E6 dan E12, dengan subwoofer terbina dalam serta teknologi Waves SOC yang pertama di dunia. Ia menawarkan audio bertenaga tanpa distorsi, kecekapan kuasa unggul dan kelantangan luar biasa, menjadikannya antara pembesar suara paling berdaya saing dalam kelasnya. Direka untuk fleksibiliti, ELIE™ menyokong sehingga empat saluran audio serentak, sambungan Bluetooth dan input berwayar, serta boleh dikonfigurasi dalam mod stereo atau berbilang untuk pengalaman bunyi menyeluruh.
Fon Kepala MIX™
Fon kepala MIX™ pula menampilkan seni bina modular sepenuhnya, membolehkan pengguna menyesuaikan bunyi dan gaya mengikut citarasa. Ia dilengkapi pemacu Graphene 40mm, teknologi Pembatalan Bunyi Aktif hibrid, dwi mikrofon dengan Pembatalan Bunyi Persekitaran, serta pilihan main balik berwayar dan tanpa wayar. Dengan ketahanan bateri sehingga 100 jam dan komponen modular yang boleh diganti, MIX™ direka untuk pendengar yang menuntut prestasi maksimum.
Komitmen Inovasi
Menurut Mah Chernwei, Ketua Pegawai Eksekutif Riffsound, “Fender Audio dibina untuk membawa legasi sonik Fender ke masa depan dunia pendengaran. ELIE dan MIX direka untuk cara orang mendengar hari ini – mudah alih, fleksibel dan sangat peribadi.”
Ketersediaan dan Harga
ELIE 12 ditawarkan pada harga RM1,899, manakala MIX™ dan ELIE 6 masing-masing berharga RM1,399. Semua produk akan mula dijual secara rasmi bermula Mac 2026 di kedai dalam talian dan fizikal terpilih, termasuk Lazada, Shopee dan Swap Asia.
Dengan pelancaran ini, Fender Audio membawa warisan bunyi legenda ke Malaysia, memperkenalkan ekosistem audio peribadi generasi baharu yang menggabungkan ketepatan teknologi dengan gaya hidup moden.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Fender Audio – Swap Asia
Comments
Post a Comment