GUARDIAN MALAYSIA RAIKAN TAHUN BAHARU CINA DENGAN SEGALANYA ONG


Tahun Baharu Cina (CNY) semakin hampir, dan bagi mereka yang menyambut perayaan penuh keriangan ini, usaha mengejar kesihatan dan kemakmuran dalam tahun kalendar lunar baharu kekal sebagai tradisi bermakna yang diwarisi turun-temurun dalam pencarian ONG.

Erica Soh, Pengarah Hartanah, guardian Malaysia & Brunei (tengah) bersama barisan pelakon mini-drama Tahun Baru Cina guardian semasa pelancaran.

“Walaupun pencarian ONG sangat sinonim dengan Tahun Baharu Cina, setiap generasi dalam keluarga hari ini mentafsirkannya daripada perspektif yang tersendiri,” kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia.

Generasi terdahulu melihat ONG sebagai lambang kebersamaan dan kesinambungan tradisi, manakala generasi ibu bapa mengaitkannya dengan kekayaan dan kestabilan kewangan. Berbeza pula dengan generasi muda hari ini yang menafsirkan ONG secara simbolik sebagai cerminan ekspresi diri dan keyakinan.


Mencari ONG, menerusi kempen CNY dan Drama Mini guardian Malaysia

Menerusi kempen Tahun Baharu Cina terbaharunya, ‘Stay ONG in Health and Radiance’, guardian Malaysia berhasrat merapatkan jurang perbezaan antara generasi dengan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia melalui perspektif baharu terhadap makna dan tafsiran pencarian ONG sempena musim perayaan ini.

Anna menambah, “Kami mengambil pendekatan yang santai dan menyeronokkan menerusi drama mini lima episod ‘Stay ONG in Health and Radiance’ bagi mengetengahkan sudut pandang baharu terhadap makna ONG.”

Melalui drama mini tersebut, rakyat Malaysia diajak menyelami kehidupan keluarga Ong yang sedang membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina dan menerusi pelbagai interaksi dan episod yang dinamakan secara kreatif seperti ‘The Beauty Queen’ dan ‘The Oral Ace’, ahli-ahli keluarga Ong akhirnya menemui makna sebenar ONG.


“Kami percaya bahawa ONG yang sebenar membawa maksud kesihatan, kesejahteraan dan kecantikan yang dikongsi merentas generasi dalam sesebuah keluarga. Ia bukan sekadar kemakmuran semata-mata. Ia melangkaui harapan dan ucapan zahir. Sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai, guardian Malaysia percaya bahawa ONG adalah sesuatu yang sangat berkait rapat dengan keserian, kecergasan, kesihatan dan kecantikan,” jelas Anna.

Drama mini ini, yang mula ditayangkan secara dalam talian hari ini, bertujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan dengan baik dengan mengutamakan penjagaan diri serta insan tersayang. Para pelakon drama mini ini turut hadir di acara pratonton media dan pempengaruh yang berlangsung hari ini di cawangan guardian Malaysia, Pavilion Bukit Jalil, bagi berkongsi pengalaman peribadi serta tafsiran mereka tentang ONG.

Segalanya ONG di Pavilion Bukit Jalil, dari 15 hingga 18 Januari!

Acara yang diberi nama ‘Unlock Your Ong’ ini menghimpunkan rakan-rakan jenama Platinum seperti Dove, Skintific, Garnier dan Silkygirl bagi mewujudkan zon berkonsep pengalaman, khas untuk pempengaruh, wakil media dan para pelanggan meraikan ONG dalam pelbagai bentuk.

Aktiviti yang berlangsung di stor dan ruang atrium dari 15 hingga 18 Januari ini merangkumi tiga elemen ONG iaitu keserian, kecantikan dan kesihatan. Para pelanggan berpeluang mendapatkan konsultasi penjagaan kulit, mempelajari tip solekan serta mendapatkan nasihat kesihatan. Acara ini turut diceriakan dengan ‘Wall of ONG’, ‘Trail of ONG’, serta pelbagai tawaran perayaan eksklusif, hadiah istimewa untuk ahli, nasihat kesejahteraan dan kejutan kecantikan.

Dalam semangat menghidupkan segalanya ONG kepada pelanggannya, guardian Malaysia turut mengadakan pemberian paket ang pow, persembahan tarian singa, pratonton drama mini serta tawaran eksklusif ‘Your ONG, Your Way’ untuk ahli MYguardian Rewards di mana pelanggan boleh membuka rezeki dan menikmati ganjaran yang diperibadikan, sama ada di stor mahupun secara dalam talian!


ONG! ONG! Dan lebih banyak ONG untuk pelanggan guardian Malaysia di seluruh negara!

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, yang berlangsung sepanjang Januari dan Februari 2026, pelanggan guardian Malaysia boleh menikmati pelbagai promosi istimewa ONG, antaranya:
  • Penjimatan sehingga 50% untuk lebih 8,000 produk di guardian sepanjang musim perayaan ini
  • Tawaran eksklusif untuk ahli: Pemberian ang pow bersama Baucar Bounce Back untuk pembelian minimum RM 88, hadiah span kusyen solekan bersaiz besar untuk pembelian minimum RM 188, dan Lucky Bag edisi terhad (Semenanjung Malaysia Sahaja) bernilai RM 300. Lucky Bag ini dipenuhi dengan pelbagai produk dan kejutan kecantikan, dan ditawarkan pada harga istimewa RM 88 sahaja sepanjang tempoh kempen
  • Diskaun 30% untuk pembelian Cecair Mandian Shokubutsu 900g dan ubat gigi Colgate Optic White
  • Penjimatan sehingga 40% untuk Tisu Basah Bayi Bebas Wangian guardian 90 keping dan Mandian Kanak-Kanak guardian ‘Head to Toe’ Strawberi 750 ml





Ahli MYguardian Rewards boleh menyertai peraduan Beli & Menang di guardian dan berpeluang memenangi 8,888,888 MYpoints, eksklusif untuk 10 pemenang sepanjang tempoh kempen berlangsung. Ahli juga layak menerima kupon bernilai RM250 serta memperoleh 2x Mata Ganjaran semasa pembelian.


Dengan tibanya tahun baharu, perjalanan menuju kesejahteraan bermula bersama guardian dan ANDA.

Mengakhiri kenyataan beliau, Anna berkata, “guardian Malaysia ialah destinasi utama ANDA untuk kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan perayaan. Kami mahu pelanggan berasa teruja, terinspirasi dan lebih dekat dengan tafsiran baharu tentang makna ONG yang sebenar. Kunjungi guardian Malaysia untuk segala ONG yang anda inginkan dan impikan untuk ANDA dan seisi keluarga.”

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

STEMEY MELANCARKAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT ‘STEM CELL’ TUMBUHAN DR SYS

KINOHIMITSU PERKENAL KOLEKSI HAMPER TAHUN BARU CINA 2026

HARVEY NORMAN MALAYSIA LANCAR LAKARAN MALAYSIA: GABUNGAN SENI KONTEMPORARI DAN WARISAN TEMPATAN

AEON MALL BAWAKAN KEMAKMURAN "PROSPERITY BLOSSOM" SEMPENA TAHUN BAHARU CINA