PAVILION BUKIT JALIL SAMBUT TAHUN KUDA DENGAN “JOYFUL PROSPERITY TOGETHER, HERE.”


Pavilion Bukit Jalil meraikan kedatangan Tahun Kuda dengan kempen perayaan Tahun Baru Cina bertemakan Joyful Prosperity Together, Here., berlangsung sepanjang sebulan dari 23 Januari hingga 24 Februari 2026.

(Dari kiri) Dato’ Philip Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT; Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara; Encik Md. Gharif bin Talib, Ketua Bahagian Kad, Malaysia, Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Maybank; dan Encik Daniel Lim, Ketua Jualan Gold Art, pada pelancaran rasmi sambutan Tahun Baru Cina Pavilion Bukit Jalil JOYFUL PROSPERITY Together, Here.

Berlandaskan semangat pertemuan keluarga, keberkatan dan permulaan baharu, pusat beli-belah ini tampil dengan dekorasi meriah, persembahan tradisional serta pengalaman interaktif yang mengundang pengunjung untuk berkumpul dan meraikan musim perayaan bersama-sama.
Pelancaran Rasmi

Para pengunjung boleh menikmati persembahan robot pertama di Malaysia oleh XiaoMa dan MaBao sepanjang sambutan Tahun Baru Cina di Pavilion Bukit Jalil, diiringi tarian singa yang penuh warna-warni serta persembahan budaya yang menghidupkan semangat perayaan.

Majlis pelancaran rasmi disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, bersama Dato’ Philip Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT Management Sdn Bhd dan Mr. Md. Gharif Talib, Ketua Bahagian Kad Maybank Berhad. Acara ini menegaskan peranan Pavilion Bukit Jalil sebagai destinasi gaya hidup utama yang menyatukan perayaan budaya, komuniti dan pengalaman membeli-belah dalam landskap pelancongan Malaysia.

Sorotan utama ialah persembahan robotik Leap Into Luck oleh XiaoMa & MaBao, menjadikan Pavilion Bukit Jalil pusat beli-belah pertama di Malaysia menampilkan persembahan perayaan robotik. XiaoMa, diinspirasikan daripada simbol Tahun Kuda, melambangkan tenaga, ketabahan dan permulaan positif, manakala MaBao menambah kehangatan dengan pesona mesra. Persembahan ini boleh disaksikan pada 24 dan 31 Januari serta 2 dan 14 Februari 2026.


Centre Court Pavilion Bukit Jalil dihiasi dengan Pokok Emas setinggi 16 kaki oleh Gold Art, lapan arca kuda setinggi 6 kaki dan sebuah arca kuda utama setinggi 15 kaki. Suasana ini diperkaya dengan peluang bergambar di lokasi Instagrammable serta tarikan karusel untuk keluarga.

Sepanjang musim perayaan, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian singa tradisional dan akrobatik, pertunjukan muzik sekolah, persembahan fesyen serta sesi meet-and-greet. Pavilion Bukit Jalil turut menganjurkan Horse Ride Experience di Level 3, PIAZZA, dari 6 hingga 8 Februari 2026, di mana pengunjung berpeluang memberi makan dan bergambar dengan kuda sebenar.


Kempen ini turut menawarkan ganjaran eksklusif:
  • Tier 1: Set Ang Pow Fortune dengan perbelanjaan RM300 ke atas (atau RM200 dengan Kad Maybank).
  • Tier 2: Set Gelas Vatiri Prosperity + Ang Pow Fortune dengan perbelanjaan RM700 ke atas (atau RM500 dengan Kad Maybank).
  • Tier 3: Pyrex Bakeware 1.7L eksklusif Maybank dengan perbelanjaan RM1,000 ke atas menggunakan Kad Maybank.
Selain itu, ahli Pavilion Privileges yang berbelanja RM500 ke atas berpeluang menyertai Peraduan Shop & Win bersama Apple Vacations untuk memenangi percutian 6 hari 5 malam ke China.

Kejohanan Tarian Singa

Kemuncak lain termasuk 2026 The Lion King Championship di PIAZZA, Level 3, dengan cubaan rekod ASEAN LED Lion Dance. Pada 31 Januari akan berlangsung Kejohanan Kebangsaan Tarian Singa Tradisional, diikuti Kejohanan Antarabangsa Tarian Singa Akrobatik Tiang Tinggi pada 1 Februari, serta upacara "pembukaan mata singa LED" melibatkan 118 kepala singa.


Untuk jadual penuh dan maklumat lanjut mengenai aktiviti serta promosi, layari www.pavilion-bukitjalil.com, ikuti Pavilion Bukit Jalil di Facebook dan Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03-8092 8833.

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

TOURISM MALAYSIA & ORIENTAL KOPI PROMOSI RASA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL SEMPENA VM2026