RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT
Suu Balm, jenama penjagaan kulit kepala yang diformulasi oleh pakar dermatologi dan diiktiraf dengan pelbagai anugerah, kini meluaskan rangkaian Suu Balm Scalp Care di Malaysia dengan pelancaran Suu Balm Scalp and Hair Conditioner yang terbaharu. Rangkaian ini turut merangkumi Syampu Anti-Kelemumur dan Semburan Rapid Itch Relief untuk penjagaan kulit kepala yang lengkap.
Sejak pelancaran rangkaian penjagaan kulit kepalanya, Suu Balm telah membantu ribuan pengguna mengatasi masalah kulit kepala kering, gatal dan sensitif menerusi gabungan syampu dan semburan yang dirumus khas. Diformulasikan oleh pakar dermatologi untuk menangani punca ketidakselesaan kulit kepala, rangkaian ini terbukti secara klinikal mampu mengurangkan kelemumur dalam tempoh hanya tiga hari.
Suu Balm Scalp and Hair Conditioner yang baharu ini melengkapkan rawatan penjagaan kulit kepala secara menyeluruh, khusus untuk kulit kepala sensitif, dengan memastikan bahan aktif disalurkan terus ke punca masalah. Dirumus dengan 6x agen berkhasiat untuk hidrasi dari akar hingga ke hujung rambut, ia memberikan kelembapan berterusan sambil mengekalkan keselesaan optimum kulit kepala. Keseimbangan pH serta formulasi hipoalergenik telah diuji secara klinikal serta terbukti selamat untuk semua jenis rambut dan kulit kepala. Berdasarkan ujian pengguna, 93 peratus peserta mendapati produk ini membantu menenangkan kulit kepala gatal*, manakala 97 peratus bersetuju kulit kepala mereka menjadi lebih lembap*.
Formula inovatif Suu Balm Scalp and Hair Conditioner ini selamat digunakan terus pada kulit kepala. “Rangkaian Suu Balm Scalp Care telah dibangunkan hampir tujuh tahun lamanya. Produk pertama kami, Semburan Rapid Itch Relief, dilancarkan pada tahun 2019, diikuti dengan Syampu Anti-Kelemumur pada 2023. Dengan pengenalan Suu Balm Scalp and Hair Conditioner ini, rutin penjagaan rambut dan kulit kepala kami kini lengkap. Rangkaian ini dibangunkan melalui pemilihan bahan yang teliti serta ujian menyeluruh bersama pengguna sebenar selama bertahun-tahun bagi memastikan keberkesanan untuk kulit kepala dan rambut, khususnya bagi individu yang mempunyai kulit kepala sensitif,” kata Dr John O’Shea, Pengasas Bersama Suu Balm, pada majlis pelancaran.
Rangkaian Suu Balm Scalp Care direka untuk menangani masalah kulit kepala seperti kelemumur, kegatalan dan sensitiviti, yang sering dialami dalam iklim panas dan lembap Malaysia serta gaya hidup kerja yang pantas. Keadaan ini lebih ketara dalam kalangan individu dewasa yang menghabiskan masa panjang berulang-alik, terdedah kepada haba luar dan persekitaran berhawa dingin, termasuk mereka yang memakai penutup kepala untuk tempoh lama. Masalah ini bukan sahaja meluas di peringkat tempatan, malah turut menjadi antara rungutan paling biasa di peringkat global melibatkan rambut dan kulit kepala.
“Saya kagum dengan keputusan ujian klinikal yang menunjukkan rutin penjagaan lengkap ini mampu mengurangkan kelemumur dalam tempoh hanya tiga hari serta meningkatkan tahap kelembapan kulit kepala melebihi 138 peratus*, sekaligus membantu memulihkan keseimbangan mikrobiom kulit kepala dan memberikan kelegaan kepada kulit kepala gatal,” kata Dr Goh Siew Wen, Pakar Perunding Dermatologi. Selain mengurangkan ketidakselesaan kulit kepala, rangkaian ini membantu pengguna mengatasi masalah kelemumur yang ketara dan kegatalan berpanjangan, sekaligus meningkatkan keyakinan diri harian serta membolehkan mereka kekal fokus sepanjang hari.
Seiring dengan komitmen Suu Balm terhadap formulasi yang lembut dan selamat, rangkaian ini tidak mengandungi silikon, sulfat, paraben, minyak pati serta pewangi. Suu Balm Scalp and Hair Conditioner yang baharu ini dibangunkan sepanjang tempoh setahun bersama Dr Tey Hong Liang, pakar dermatologi bertaraf dunia dari National Skin Centre, Singapura, yang turut merumuskan produk-produk lain dalam rangkaian Suu Balm.
Semua produk dalam rangkaian Suu Balm Scalp Care telah mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM Malaysia, sekaligus memberikan keyakinan tambahan kepada pengguna yang mengutamakan penjagaan diri patuh syariah. Syampu Anti-Kelemumur Suu Balm ditawarkan dalam saiz 230ml dan 480ml, masing-masing pada harga RM77.15 dan RM123.50, manakala Semburan Kulit Kepala Rapid Itch Relief Suu Balm tersedia dalam saiz 40ml dan 100ml dengan harga RM59.30 dan RM116.50. Perapi Rambut dan Kulit Kepala Suu Balm yang baharu, dibungkus dalam botol plastik kitar semula yang boleh dikitar sepenuhnya, ditawarkan dalam saiz 250ml pada harga RM84.90. Keseluruhan rangkaian Suu Balm Scalp Care kini boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka termasuk Caring Pharmacy, serta secara dalam talian menerusi Kedai Rasmi Suu Balm Malaysia di e-store, Shopee, Lazada dan TikTok.
Ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur, legakan kegatalan dan kembalikan kesihatan kulit kepala anda hari ini! Roadshow Suu Balm Scalp Care kini berlangsung di 1 Utama, Aras G (di hadapan Royal Selangor), bermula hari ini hingga 11 Januari 2026.
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment