SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT


Dunia gaya hidup sihat kini lebih ceria dengan kehadiran Sipzz, jenama tumbler ekspresif yang diasaskan di Singapura. Jenama ini secara rasmi membuka Kedai Perdana pertama mereka di Paradigm Mall Petaling Jaya, membawa konsep rekaan pastel yang menyeronokkan dan penuh personaliti. Sipzz bukan sekadar menjual tumbler, tetapi mengajak pelanggan untuk mengekspresikan mood, warna dan keunikan diri sambil menggalakkan pengambilan air setiap hari untuk kesejahteraan yang lebih baik.

Catherine Soo bersama pihak pengurusan dan kakitangan Sipzz di Majlis Pembukaan Kedai Perdana.

Dengan falsafah “Drop the Boring, Sip the Fun”, Sipzz mentakrifkan semula rutin hidrasi harian. Tumbler mereka direka dengan lengkungan lembut dan warna pastel yang estetik, diperbuat daripada keluli tahan karat 304 gred makanan yang menjamin ketahanan, keselamatan serta pengekalan suhu lebih baik berbanding tumbler konvensional. Produk seperti H2O Medium dan H2O Large turut menerima pengiktirafan SGS, memberikan jaminan kualiti dan keselamatan untuk kegunaan harian.

Pilih rekaan kegemaran anda, padankan warna pilihan, jadikan ia milik anda di Sudut DIY Tumbler Sipzz.

Kehadiran Sipzz bertepatan dengan peningkatan kesedaran kesihatan di kalangan generasi muda. Gen Z kini semakin mengutamakan hidrasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup seimbang. Menurut laporan Glanbia Nutritionals, hidrasi bukan sahaja penting untuk kesihatan fizikal, tetapi juga membantu meningkatkan fokus, emosi dan kesejahteraan harian. Dengan tumbler kreatif dan praktikal, Sipzz mahu menjadikan tabiat minum air lebih menyeronokkan dan bermakna.

Orang ramai boleh memilih aksesori yang sepadan dengan Tumbler Sipzz mereka.

Sempena pembukaan rasmi Kedai Perdana ini, Sipzz memperkenalkan dua koleksi edisi terhad yang pasti mencuri perhatian. Koleksi Spring hadir dengan rekaan segar dan ceria yang membawa vibe musim bunga, manakala Koleksi Mew Mew tampil comel, kreatif dan penuh personaliti. Kedua-duanya menambahkan sentuhan unik dalam rangkaian tumbler Sipzz yang sudah sedia berwarna-warni.

Koleksi Mew Mew

Pengunjung yang hadir ke Paradigm Mall PJ berpeluang melihat keseluruhan koleksi tumbler Sipzz, memilih warna kegemaran mereka dan mengukir nama sendiri pada tumbler, menjadikannya lebih peribadi dan eksklusif. Dengan harga bermula RM49.90 untuk coffee cups sehingga RM149.90 untuk mega bottles, Sipzz menawarkan kualiti premium pada harga mampu milik, sesuai untuk pelbagai gaya hidup.

Catherine Soo, Pengurus Pemasaran Sipzz Malaysia

Menurut Catherine Soo, Pengurus Pemasaran Sipzz Malaysia, “Sipzz dicipta untuk menjadikan rutin meminum air sesuatu yang menyeronokkan dan ekspresif. Apabila hidrasi menjadi seronok dan peribadi, orang akan secara semula jadi minum lebih banyak air. Matlamat kami adalah untuk menjadikan tabiat minum air lebih mudah, menyeronokkan, dan sebahagian daripada rutin harian gaya hidup sihat.”


Selain Kedai Perdana di Paradigm Mall PJ, Sipzz merancang untuk memperluaskan rangkaian mereka dengan pembukaan kedai konsep di Paradigm Mall JB, Sungei Wang Plaza, 1st Avenue Penang, JBCC dan Sunway Square pada suku pertama 2026. Produk Sipzz juga boleh didapati di store-in-store Tataa & Friends serta secara dalam talian melalui Shopee dan TikTok Shop.

Pembukaan Kedai Perdana ini berlangsung dari 9 hingga 11 Januari 2026, dengan pelbagai pengalaman immersif menanti pengunjung termasuk demo engraving, pratonton produk, aktiviti interaktif dan pelancaran eksklusif Koleksi Spring serta Mew Mew.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, sila layari https://www.sipzz.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!