TRADISI KITA: BUFET NOSTALGIA WARISAN MALAYSIA DI TRACE RESTAURANT


Apabila tiba bulan Ramadan, saat yang paling dinantikan sudah tentu momen berkumpul bersama yang tersayang untuk mengeratkan semula silaturahim. Tahun ini, TRACE Restaurant di Element Kuala Lumpur mengajak anda menggamit memori lama melalui Bufet Makan Malam Tradisi Kita—sebuah bingkisan kulinari yang mengangkat kegemilangan resipi warisan Malaysia.

Terletak tinggi di Aras 40, Menara Ilham, anda bukan sahaja disajikan dengan hidangan yang membangkitkan selera, malah ditemani pemandangan indah panorama kota Kuala Lumpur yang cukup menarik.

Menu yang disusun rapi oleh pasukan kulinari hotel ini direka khas untuk membawa generasi muda mengenali semula keindahan masakan warisan yang merentasi pelbagai budaya di Malaysia. Antara hidangan yang menjadi bualan ramai termasuklah Gulai Daging Rias Pisang yang dimasak perlahan selama lima jam untuk memastikan tekstur daging yang cukup lembut. Tidak ketinggalan, tetamu boleh menikmati Udang Goreng Mentega Telur Masin, Tauhu Sumbat Bakar, serta hidangan nostalgik Ubi Kayu Kukus yang dimakan bersama Sambal Ikan Bilis.

Bagi peminat hidangan yang lebih berat, Kambing Panggang bersama Nasi Mandi dan Herb-Crusted Black Angus Beef Striploin pasti memenuhi selera anda. Selain itu, terdapat juga pilihan Salmon Bakar ala Portugis yang dihidangkan bersama sos sambal pedas manis serta Nasi Ayam Hainan yang disediakan menggunakan resipi turun-temurun. Lengkapkan hidangan anda dengan pilihan Sup Tiga Sekawan yang merangkumi Sup Tulang, Sup Merah Lamb Shank, dan Sup Ayam Mamak yang kaya dengan aroma rempah ratus.

Sebagai penutup bicara rasa, sudut pencuci mulut menyajikan pelbagai kuih-muih tradisional seperti Onde-Onde yang disediakan segar, serta kegemaran ramai seperti Ais Kacang dan puding berkrim. Suasana berbuka puasa akan terasa lebih meriah dengan kehadiran pelbagai pilihan Air Balang tempatan yang ditukar perisanya setiap hari. Selain hidangan istimewa tersebut, lauk-pauk ikonik seperti Ayam Masak Merah dan Rendang Ayam Bonda serta pelbagai pilihan sate dan makanan laut bakar turut tersedia untuk dinikmati sepuas hati.

Bufet Tradisi Kita ini akan berlangsung dari 22 Februari sehingga 18 Mac 2026, bermula jam 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga biasa bagi seorang dewasa ialah RM198 nett, namun anda boleh menikmati tawaran Early Bird pada harga RM148 nett jika tempahan dibuat sebelum atau pada 22 Februari 2026. Keistimewaan tambahan turut diberikan kepada ahli Marriott Bonvoy, Club Marriott, serta pemegang kad kredit bank terpilih yang layak menerima diskaun sebanyak 20 peratus.

Jika anda merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa atau ingin memberikan penghargaan kepada rakan niaga, baucar hadiah juga disediakan untuk pembelian. Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau urusan tempahan, anda boleh menghubungi pihak restoran di talian 03-2771 3351 atau layari laman SevenRooms TRACE Restaurant. 

Pastikan anda mengikuti perkembangan terbaru mereka di Facebook dan Instagram Element Kuala Lumpur untuk maklumat promosi terkini.

Comments

Popular posts from this blog

BERSIAP SEDIA UNTUK RAMADAN DENGAN SHOPEE BAZAR HEBAT RAMADAN

ELLA UMUM ARTIS JEMPUTAN UNTUK KONSERT MAJLIS TERTINGGI ROCKQUEEN