WATSONS MALAYSIA RAIKAN RAYA 2026 DENGAN FILEM MUZIKAL PENUH GLAM!



Ketika rakyat Malaysia membuat persiapan menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri, Watsons Malaysia membuka tirai musim perayaan dengan penuh warna, kreativiti dan makna menerusi kempen Raya terbaharunya, “Pentas Raya Glam”, yang berlangsung dari 3 Mac hingga 30 Mac 2026.


Direka untuk menzahirkan semangat sebenar Hari Raya, kempen ini menampilkan pelbagai promosi menarik di kedai dan dalam talian, hadiah eksklusif, serta filem jenama Watsons Raya 2026 yang dinanti-nantikan — sebuah karya penuh warna yang mencerminkan personaliti jenama yang ceria, berani dan kekeluargaan yang akrab di kalangan keluarga di Malaysia.

“Setiap kali Raya, kami berusaha menghasilkan kisah bermakna yang benar-benar menyentuh hati rakyat Malaysia,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Operasi Health & Beauty Asia di AS Watson Group. “Melalui filem dan kempen tahun ini, kami berharap dapat menginspirasikan semua untuk meraikan perbezaan, menghargai ikatan kekeluargaan dan berkongsi rezeki dengan mereka di sekeliling kita.”


Selaras dengan identiti Watsons Malaysia yang sentiasa mengikuti trend dan penuh tenaga, filem jenama Raya tahun ini menampilkan pengalaman muzikal yang meriah dengan visual berwarna-warni, koreografi dinamik serta runut bunyi perayaan yang rancak, menggambarkan keterujaan musim perayaan.

Kisah ini berkisar tentang Kak Long dan keluarganya yang terkenal dengan tradisi lama memakai pakaian sedondon setiap kali Aidilfitri. Namun pada pagi pertama Syawal, Kak Long terkejut apabila setiap ahli keluarganya muncul dengan warna dan gaya glam masing-masing. Apa yang pada awalnya mengecewakan akhirnya membawa kepada satu kesedaran yang menyentuh hati bahawa keindahan sebenar Hari Raya bukan terletak pada keseragaman, tetapi pada kasih sayang, penerimaan dan kebersamaan.


Filem ini turut menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Duta Watsons Ayda Jebat, bersama personaliti terkenal Malaysia seperti Che Puan Sarimah Ibrahim, Fahrin Ahmad, Wani Kayrie, Sharifah Rose, Akhmal Nazri dan Lyssa Jean. Keserasian, pesona dan persembahan mereka yang bertenaga menambah elemen humor, kehangatan dan emosi kepada penceritaan.

Filem Raya ini boleh ditonton di saluran rasmi Facebook, YouTube dan Instagram Watsons Malaysia di https://youtu.be/WFXeEVi4f3w


Selain meraikan musim perayaan dengan pelbagai promosi, Watsons Malaysia juga terus komited memberi kembali kepada masyarakat melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunannya yang bertujuan membawa kegembiraan dan harapan kepada golongan yang memerlukan.

Bersama 535 sukarelawan tempatan di bawah Projek Baju Raya, Watsons Malaysia berjaya mengumpul lebih daripada 17,000 helai Baju Raya baharu dan terpakai daripada orang ramai untuk diagihkan bersama produk penjagaan diri dan barangan keperluan kepada 32 buah rumah kebajikan di seluruh negara, memastikan lebih ramai individu dapat menyambut Aidilfitri dengan kegembiraan dan harapan baharu.


Sebagai sebahagian daripada usaha murni ini, Watsons Malaysia turut meluangkan masa bersama penghuni Rumah Titian Kasih di Kuala Lumpur dengan menyumbangkan keperluan penjagaan diri, barangan keperluan harian, produk tambahan Watsons, pemeriksaan kesihatan asas, bengkel pendidikan kesihatan serta sesi Buka Puasa khas. Inisiatif ini memupuk semangat perpaduan, keprihatinan dan hubungan komuniti yang lebih kukuh menjelang Syawal.

Selain itu, Watsons Malaysia juga memperluaskan komitmen kepada komuniti dengan mengajak ahli Watsons Club untuk turut serta dalam usaha bermakna ini melalui sumbangan mata ganjaran di aplikasi Watsons kepada Rumah Titian Kasih. Ahli boleh menukarkan mata ganjaran mereka kepada sumbangan yang memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Lebih daripada sekadar program ganjaran, inisiatif ini mencerminkan kepercayaan kami dalam memupuk semangat kemurahan hati dan tanggungjawab sosial.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menukar mata ganjaran anda kepada keberkatan Raya, layari - http://www.watsons.com.my/points-donation

“Kami percaya setiap individu berhak menikmati kehidupan yang lebih baik, lebih sihat dan lebih bahagia,” tambah Caryn Loh. “Melalui sambutan dan keprihatinan, kami kekal komited untuk memberi impak positif kepada masyarakat, melangkaui perniagaan runcit.”

Ketika rakyat Malaysia membuat persiapan Ramadan, menyimpan barangan keperluan perayaan dan bersiap untuk perjalanan pulang ke kampung halaman, Watsons Malaysia menjadikan persiapan Raya lebih berbaloi dengan diskaun 60% untuk item kedua bagi semua pelanggan. Promosi ini merangkumi pelbagai produk kosmetik, penjagaan diri, penjagaan kulit dan kesihatan bagi memenuhi keperluan sepanjang bulan Ramadan dan membantu pelanggan bersedia sepenuhnya untuk Raya.

Raya kali ini juga lebih istimewa buat ahli Watsons Club. Dari sekarang hingga 14 April 2026, Watsons Malaysia menawarkan lebih 1.2 juta mata ganjaran Watsons Club setiap hari. Selepas membeli-belah dengan perbelanjaan minimum RM50 di kedai atau dalam talian menggunakan kad debit atau kredit VISA, ahli Watsons Club berpeluang menerima mata ganjaran menarik serta pelbagai tawaran eksklusif dan kejutan perayaan sepanjang tempoh kempen.


Bagi menjadikan setiap perjalanan pulang berhari raya lebih istimewa, ahli juga akan menerima Hadiah Percuma dengan Pembelian (GWP) seperti sampul Raya, kotak Tiffin, beg perjalanan lipat dan banyak lagi — sesuai untuk dijadikan hadiah, dibawa pulang ke kampung atau dikongsi bersama keluarga tersayang.

Pada bulan ini juga, sebagai sokongan kepada usahawan tempatan, Watsons Malaysia terus memperkasa kempen “Sapot Lokal” dengan mengetengahkan pilihan jenama M-Beauty tempatan merangkumi kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan rambut, penjagaan badan dan kesihatan yang boleh didapati di semua stor Watsons seluruh negara serta secara dalam talian. Sebagai sebahagian daripada sambutan Sapot Lokal, pelanggan yang berbelanja untuk jenama Malaysia akan menerima Bayu Somerset Raya Tote Bag PERCUMA, direka khas untuk Watsons dan tersedia eksklusif di stor Watsons serta dalam talian sementara stok masih ada. Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat memberi lebih pendedahan kepada jenama tempatan sambil menawarkan inovasi berkualiti buatan Malaysia kepada pelanggan kami.

Menambahkan lagi kemeriahan musim perayaan, pelanggan juga boleh menantikan kolaborasi perayaan eksklusif Watsons Malaysia, bermula dengan Naturals by Watsons x Bunga dan Bintang Set Hadiah Raya, koleksi istimewa yang menampilkan empat belas rangkaian set hadiah bagi keperluan penjagaan badan dan rambut. Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan koleksi beg viral Machino x Watsons Limited Edition Hana Box, yang direka khas untuk musim perayaan dan sesuai dijadikan hadiah atau dipadankan dengan gaya OOTD Raya.


Dengan pelbagai pilihan produk berkualiti pada harga berpatutan, eksklusif perayaan serta inisiatif bermakna, Watsons Malaysia terus menginspirasikan rakyat Malaysia untuk Look Good, Do Good, Feel Great dan meraikan musim perayaan dengan penuh gaya.

Watsons Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam. Semoga musim perayaan ini dipenuhi dengan kasih sayang, kemaafan dan kebersamaan.

Mulakan kenangan indah bersama insan tersayang pada Hari Raya ini dengan melayari www.watsons.com.my atau memuat turun aplikasi mudah alih Watsons di Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Comments

Popular posts from this blog

SHOPEE 3.8 JUALAN HARI WANITA RAIKAN SEMANGAT KETABAHAN JENAMA AKSESORI SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

CUCKOO MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DENGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAMSUNG DAN TOURISM MALAYSIA, PERKENALKAN PRODUK KEDIAMAN SIHAT PINTAR SERTA MASKOT PERTAMA ‘HEPI’