Huawei Malaysia baru-baru ini memperkenalkan barisan peranti pintar terbaharunya, diterajui oleh
HUAWEI MatePad Pro Max yang serba baharu, di samping
HUAWEI nova 15 Max,
Siri HUAWEI WATCH KIDS X1 dan
HUAWEI WATCH GT Runner 2 Racing Legend Edition. Secara keseluruhan, penambahan baharu ini memperkukuh visi Huawei terhadap ekosistem terhubung yang menyokong produktiviti, kreativiti, hiburan dan gaya hidup aktif dengan lancar di setiap peringkat kehidupan. Peranti-peranti ini turut menunjukkan bagaimana Huawei terus memperluas portfolionya untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza sambil memberikan pengalaman merentas peranti yang lebih terhubung dan pintar.
Menerajui pelancaran ini ialah HUAWEI MatePad Pro Max, sebuah tablet peranti utama (flagship) ultra-nipis yang direka untuk mentakrifkan semula produktiviti dan kreativiti mudah alih. Dibina berasaskan Seni Bina Cloud Falcon Huawei yang inovatif, peranti ini hanya seberat 509g dan berukuran nipis 4.7mm sahaja, menjadikannya tablet paling nipis dan paling ringan di dunia. Menggabungkan ciri mudah alih dengan prestasi, HUAWEI MatePad Pro Max direka untuk membantu pengguna bekerja, mencipta kandungan dan melakukan pelbagai tugasan (multitasking) dengan lebih cekap pada satu peranti.
HUAWEI MatePad Pro Max juga menampilkan Paparan Flexible OLED PaperMatte 13.2-inci 3K dengan bingkai ultra-sempit dan reka bentuk skrin penuh yang sebenar, memberikan pengalaman tontonan yang imersif dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 94%. Peningkatan oleh Huawei melalui teknologi PaperMatte mereka meningkatkan lagi kejelasan dan keselesaan mata, manakala punaran tahap-nano (nano-level etching) membantu mengurangkan silau dan meningkatkan ketajaman untuk penggunaan jangka masa panjang seperti membaca, menonton dan mencipta kandungan.
Selain daripada pengalaman paparannya, HUAWEI MatePad Pro Max memberikan aliran kerja produktiviti yang berkuasa melalui WPS Office bertaraf PC yang dikuasakan oleh AI, bersama-sama dengan keupayaan multitasking yang dipertingkatkan, penyuntingan dokumen dan kolaborasi dalam talian. Apabila digandingkan dengan HUAWEI Glide Keyboard dan HUAWEI M-Pencil Pro, tablet ini bertukar menjadi stesen kerja mudah alih serba boleh yang menyokong tugasan profesional dan ekspresi kreatif secara lancar.
%20(Custom)%20(Custom).jpeg)
HUAWEI MatePad Pro Max boleh dipra-pesan bermula daripada RM5,999 melalui Kedai Rasmi HUAWEI, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,154, termasuk HUAWEI M-Pencil Pro, tetikus HUAWEI, WPS AI, HUAWEI Notes, Waranti APAC 1 tahun percuma dan Perlindungan Paparan PaperMatte 1 tahun sebanyak 2 kali. Direka untuk melangkaui sempadan pengkomputeran mudah alih, peranti ini memberikan pengalaman yang berkuasa namun mudah alih untuk pengguna yang memerlukan lebih fleksibiliti merentas kerja, pengajian dan kegunaan kreatif.
Melengkapi ekosistem Huawei ialah HUAWEI nova 15 Max, sebuah telefon pintar yang direka untuk pengguna yang mementingkan kreativiti, hiburan dan penggunaan harian. Dibina berasaskan falsafah Huawei, HUAWEI nova 15 Max menggabungkan estetika bergaya dengan kepraktisan harian, menawarkan reka bentuk nipis dan moden yang tersedia dalam warna Blush Gold dan Golden Black bagi melengkapi gaya hidup yang berbeza sambil mengekalkan keselesaan genggaman tangan untuk kegunaan harian.
Menguasai Huawei nova 15 Max ialah bateri Super 8,500mAh dengan set cip Siri Kirin 8000 bagi memberikan prestasi optimum merentas kerja, hiburan dan komunikasi harian. Disokong oleh teknologi pengoptimuman kuasa pintar, peranti ini direka untuk memaksimumkan penggunaan sepanjang hari, membolehkan pengguna kekal terhubung, produktif dan berhibur dengan gangguan yang minimum.
Meningkatkan lagi pengalaman hiburan ialah Paparan OLED Eye Comfort 6.84-inci yang terang, menampilkan kadar segar semula pintar 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 4000 nits, memberikan visual yang imersif untuk interaksi yang lebih lancar merentas tugasan harian. Sama ada pengguna sedang menstrim kandungan, bermain permainan video atau melayari internet, paparan ini direka dengan pengalaman tontonan yang lebih selesa.
Di samping itu, HUAWEI nova 15 Max menampilkan dwi-pembesar suara stereo simetri yang menakjubkan yang mampu mencapai sehingga 85dB untuk prestasi audio yang lebih kaya dan imersif. Peranti ini juga direka untuk ketahanan dan kebolehpercayaan, dengan pensijilan Prestasi Premium Rintangan Jatuh 5-bintang SGS (SGS 5-star Drop Resistance Premium Performance), rintangan bengkok yang dipertingkatkan serta rintangan air dan habuk IP65 untuk perlindungan tambahan merentas pelbagai persekitaran, semuanya sambil mengekalkan profilnya yang ramping dan bergaya. HUAWEI nova 15 Max juga dilengkapi dengan Kamera Ultra-Jelas RYYB 50MP, merakam imej yang lebih jelas dan terperinci dalam pelbagai keadaan pencahayaan.
%20(Custom)%20(Custom).jpeg)
HUAWEI nova 15 Max boleh dibeli di Laman Web Rasmi HUAWEI bermula hari ini pada harga RM1,699, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM827, termasuk rebat RM200, HUAWEI Band 10 dan banyak lagi. Dipadankan dengan ciri-ciri pintar seperti AI Smart Control, pengguna boleh menikmati akses yang lebih pantas ke aplikasi kegemaran mereka melalui satu ketukan, mengaktifkan alatan dikuasakan AI seperti Gemini dengan ketukan dua kali, atau mengakses pintasan ke aplikasi yang kerap digunakan seperti WhatsApp dan TNG eWallet melalui tekanan lama, untuk pengalaman mudah alih yang lebih lancar.
Menandakan kemasukan Huawei ke dalam kategori jam tangan pintar keluarga, Siri HUAWEI WATCH KIDS X1 direka untuk membantu keluarga kekal terhubung sambil memperkasakan pengguna muda untuk meneroka, belajar dan mengekspresikan diri mereka dengan penuh keyakinan. Menggabungkan ciri komunikasi, kreativiti dan keselamatan, siri ini memberikan pengalaman jam tangan pintar yang menarik yang disesuaikan untuk generasi akan datang.
Menampilkan paparan AMOLED 1.82-inci yang bertenaga, kamera HD depan dan belakang dengan reka bentuk boleh tanggal dan boleh dipusing, termasuk kamera berasingan (standalone) pada model X1 Pro. Siri WATCH KIDS X1 menggalakkan pengguna muda untuk merakam pengembaraan mereka, berkongsi momen bermakna dan mengalami dunia melalui lensa mereka sendiri.
Tersedia dalam empat pilihan warna berani berinspirasikan mecha (robotik), Pink dan Blue untuk X1, serta Black dan Purple untuk X1 Pro, siri ini menggabungkan reka bentuk yang ceria dengan fungsi praktikal. Ciri ketersambungan dan keselamatan yang dipertingkatkan, termasuk kesedaran lokasi masa nyata (real-time location awareness) dan alatan komunikasi, memberikan kebebasan yang lebih besar kepada pengguna muda di samping memberikan ketenangan minda tambahan kepada ibu bapa.
Masing-masing dijual pada harga RM1,599 dan RM999, HUAWEI WATCH KIDS X1 Pro dan HUAWEI WATCH KIDS X1 kini boleh dipra-pesan di Kedai Rasmi HUAWEI, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM808, termasuk langganan 1 tahun HUAWEI Care+ dan Waranti APAC 1 tahun percuma.
Bersama-sama, MatePad Pro Max dan nova 15 Max mewakili strategi ekosistem dua hala Huawei, menggabungkan inovasi berfokuskan produktiviti dengan pengalaman mudah alih yang dipacu gaya hidup untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza dalam satu persekitaran digital yang bersatu.
Untuk peminat kecergasan, HUAWEI WATCH GT Runner 2 Racing Legend Edition dibina berasaskan inovasi peranti boleh pakai sukan Huawei dengan reka bentuk yang diinspirasikan oleh perlumbaan marathon dan kebijaksanaan latihan lanjutan. Dicipta khas untuk pelari, ia membawakan struktur yang ringan dan aerodinamik yang dioptimumkan untuk keselesaan larian jarak jauh, di samping mengekalkan keseimbangan yang kukuh antara ketahanan dan kebolehgunaan harian.
Racing Legend Edition memperkenalkan kebijaksanaan latihan yang dipertingkatkan melalui Indeks Keupayaan Larian (RAI) dan Papan Pemuka Kem Latihan (Training Camp Dashboard) yang dipertingkat, bagi menyediakan panduan larian yang lebih berstruktur dan dipacu data. Ia membantu pengguna memahami tahap prestasi mereka dengan lebih baik, menjejak kemajuan dengan lebih tepat, dan mengoptimumkan intensiti latihan untuk persediaan perlumbaan yang lebih berkesan, menjadikan setiap larian lebih bermakna dan berfokuskan prestasi.
HUAWEI WATCH GT Runner 2 Racing Legend Edition dijual pada harga pasaran RM1,499, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM491, termasuk Waranti APAC 1 tahun percuma, Tali Jam Tangan Fluoroelastomer di dalam kotak, dan langganan HUAWEI Health+ selama 3 bulan. Pengguna boleh membeli jam tangan pintar ini melalui Kedai Rasmi HUAWEI.
Bersama-sama, MatePad Pro Max dan nova 15 Max mewakili strategi ekosistem dua hala Huawei, menggabungkan inovasi berfokuskan produktiviti dengan pengalaman mudah alih yang dipacu gaya hidup untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza dalam satu persekitaran digital yang bersatu.
Comments
Post a Comment